|
Penyanyi Dr Fitri Haris menimang anak lelaki apabila isteri yang juga pengurusnya iaitu Fazilah Omar selamat bersalin pada 9.07 pagi, Isnin di Hospital Pakar An-Nur, Bangi.
Fitri, 36, berkata isterinya terpaksa menjalani pembedahan dan melahirkan bayi awal dari tarikh sepatutnya disebabkan berdepan penyakit asma yang teruk. Bukan itu sahaja, Fitri serta isteri juga berdepan dengan dugaan apabila bayi mereka menghadapi masalah pernafasan selepas dilahirkan dan kini dipantau di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU). "Alhamdulillah... isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 9.07 pagi tadi secara pembedahan. Ikutkan due date dia sekitar 15 Julai depan.
"Tapi terpaksa bersalin awal sebab isteri saya ada masalah asma yang teruk dan dia sudah ditahan wad sejak tiga hari lalu. Sebelum itu, memang keadaan dia dah teruk... seperti nyawa-nyawa ikan dah. "Itu yang doktor memang cadangkan untuk lakukan pembedahan awal. Buat masa sekarang isteri masih berehat tapi bayi kami pula alami masalah pernafasan.
|







3chanceno replied at 29-6-2021 02:30 PM
Tahniah tapi Sapa nie???
3 kali menduda umur baru 36 tahun dan anak dgn ex-1st w ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.069241 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.