|
Pelawak dan penyampai radio, Issey mengakui gurauan kasar terhadap rakan seperjuangannya, Shuk dalam program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim keempat menerusi TV3, tiga hari lalu pengajaran buat dirinya.
Katanya, walaupun sudah meminta maaf kepada pengacara dan pelawak berkenaan, secara peribadi dia akan sentiasa beringat untuk berpada-pada dalam ‘menyakat’, sekali gus tidak mengguris perasaan orang lain. “Rakaman itu berlangsung pada April lalu secara tertutup dan disebabkan terlalu selesa kerana Shuk juga antara kawan baik yang selalu bertepuk tampar membuatkan saya mengusiknya sebegitu. “Ikutkan kami memang rapat dari dahulu, malah kalau tengok kami bergurau pun agak kasar sebab suka ‘membahan’ sesama sendiri tapi saya tahu itu bukan alasan untuk saya mengatakan isu curang itu secara terbuka dalam televisyen.
“Sejujurnya saya tiada niat apa-apa ketika mengeluarkan ayat itu, jauh sekali mahu memalukannya. Namun benda sudah jadi, saya minta maaf dan lebih berhati-hati pada masa akan datang. “Saya sudah pun menghubunginya untuk meminta maaf, bukan disebabkan perkara itu menjadi viral tetapi secara ikhlas saya tidak bermaksud cuba menjatuhkan maruahnya,” katanya kepada Kosmo! Online.
|

LadyCarefree replied at 7-7-2021 08:52 PM
Dia ni yg pagar rumah kena langgar kan? Hehe

Cik_jantung replied at 8-7-2021 06:12 PM
Tu bukan ke azad
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.192077 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.