CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangan Terkoyak Celah Basikal 1 Jam !

22-11-2013 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16605| Komen: 45


MUAR , 22 November - Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam apabila tangan kanannya tersepit pada besi basikal ketika cuba membetulkan rantai kenderaan itu yang tercabut di Kampung Simpang Baba di sini kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, tangan Mohd. Nur Iman Mohd. Zafri, 9, terperosok ke celah besi antara rim dan rantai basikal tersebut.
Akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan dengan kulit terkoyak sehingga menampakkan tulang ketika cuba menarik keluar tangannya.


Bapanya, Mohd. Zafri Said, 38, berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu selepas dimaklumkan oleh seorang guru dari sebuah sekolah tahfiz yang ternampak Mohd. Nur Iman menahan kesakitan.


Menurutnya, pada mulanya dia terkejut dan menyangka anaknya dilanggar kenderaan lain kerana melihat guru itu cemas ketika datang ke rumahnya yang terletak kira-kira 20 meter dari tempat kejadian.


"Anak saya tidak menangis, cuma sesekali dia mengerang menahan sakit dan saya cuba untuk mengeluarkan tangannya yang tersepit tetapi tidak berhasil," ceritanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini semalam.


Mohd. Zafri berkata, kerana terlalu bimbang keselamatan anaknya dia lantas menghubungi pihak bomba untuk membantu mengeluarkan tangan kanak-kanak itu.


Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Ismail Mahmod berkata, pihaknya terpaksa memotong besi basikal itu dan meregangnya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan tangan mangsa.


"Usaha menyelamat itu mengambil masa kira-kira 15 minit dan dia kemudian dihantar ke hospital," katanya ketika dihubungi.

2

Bagus
13

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 22-11-2013 06:04 AM
kemalangan macam2
Quote Kassim_Patalon 22-11-2013 06:29 AM
ngerinya                              
Quote AdsMsia 22-11-2013 06:30 AM
dah besar nanti dia tgk balik gambaq ni
tersenyum sorang2 la
sambil terasa ngilu of cos
he he he
Quote tongkatwaran75 22-11-2013 07:32 AM

abg bomba jugak kena panggil...
Quote yayah8989 22-11-2013 07:55 AM
waa ngerinye dikkkkk
Quote batmana 22-11-2013 07:59 AM
dh beso nnti ada harapan jadi skilled engineer..
Quote cikatilia 22-11-2013 08:04 AM
alahai siannya dik oii


Quote azrain98 22-11-2013 08:08 AM
tulah nakal sngt
Quote Ya82 22-11-2013 08:16 AM
dulu masa umur 5/6 thn kaki masuk dlm rim basikal.. smpi skang ada parut kat tumit..
Quote haryatie 22-11-2013 08:17 AM
aduhhh...sakit nyer..
kesian nyer...
Quote axl_bach 22-11-2013 08:19 AM
ni laa puncanya bebudak zaman skang dh x kenal permainan luaran,bahaya kuhnunnya.....deme lagi suka abiskan masa bermain PS2,ipad,kendikerash bagai.....

kalo zaman aku dulu kala cuti sekolah balik kampung mmg main basikal keliling kampung sambil main caplom,main senapang kayu guna peluru buah ceri malaysia,main badminton sama2 sepupu sepapat......
Quote RosesAre_Red 22-11-2013 08:28 AM
sakitnye tu weiii
ngilu tgk gambar
Quote rosasa 22-11-2013 08:42 AM
baca tajuk pun dah ngilu
Quote PostBanhammer 22-11-2013 10:28 AM
Sejam tu abaq ang!
Quote ejans 22-11-2013 10:36 AM
dulu banyak je kawan2 aku kena mcm nih..
x masok paper pon..
banyak dah kes tecepit kaki tangan kat basikal..
skang ni je berita mcm ni rare .. sebab budak2 dah jrg main luar..
dulu aku main gelong2 kat tmn permainan, lompat dr satu gelong ke  1 gelong. x lepas kepala tekena gelong berdarah terkoyak.. x masok paper ponnnn
Quote annehuda 22-11-2013 10:40 AM
dh takde berita sgt ke kosmo ni? budak2 tgn tersepit kt basikal pun nk publish gak
Quote sapp73 22-11-2013 10:41 AM
cuti sekolah dah bermula...macam-macam kes ada...jadi ibu bapa, sila pantau anak-anak anda yang sedang bercuti itu.

kesian adik ni...tengok gambo pun boleh rasa camna sakitnya
Quote pumpkingirl 22-11-2013 10:45 AM
Aduhai kesiannya..ni mesti sebab nak betulkn rantai beskat yg jatuh ..
Quote twins 22-11-2013 10:50 AM
cuti sekolah panjang2 ni memang selalu jadi igauan ngeri mak bapak... anak2 seronok cuti sampai tak sedor diri... mak bapak nak kerja pun susah hati....

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.269467 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top