|
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah perkembangan terkini pemain gitar legenda, Man Kidal, 57, yang bukan sahaja disahkan positif COVID-19, malah berdepan kesempitan hidup akibat tidak bekerja lebih setahun lalu.
Berkongsi perkara itu, isteri Man Kidal, Norlaila Yusof mendedahkan hidup mereka sukar sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Mac tahun lalu apabila kerajaan melarang aktiviti persembahan terbuka demi mengawal penularan COVID-19. Norlaila yang juga pengurus Man Kidal memberitahu, suaminya yang menjadikan bidang muzik sebagai periuk nasi, hilang pendapatan akibat tiada 'job'. "Dalam situasi sekarang, saya rasa sedih dengan nasib menimpa suami. Sudahlah hampir dua tahun tidak dapat bekerja, sekarang dijangkiti COVID-19.
"Terus-terang, kami memang mengharapkan bantuan seikhlas hati daripada mana-mana pihak. "Tidak kisahlah apa sahaja bantuan yang bakal dihulurkan. Dengan keadaan abang Man yang dijangkiti virus COVID-19 dan tidak berkerja, kami terima sahaja. "Lagipun, sepanjang pembabitan abang Man dalam bidang seni, belum pernah kami meminta bantuan daripada mana-mana pihak. Kalau ada pun, tak pernah dapat," luahnya kepada BH Online.
|


mamajawie replied at 23-7-2021 04:49 PM
susah la nak cakap..even si jijang hidung tu pn menyesal skang taknak beli aset masa tengah top sbab ...
Suchi replied at 23-7-2021 05:49 PM
Ler dia takde beli umah ke? Dah tu selama ni duk mana? Sayangnya duit kepuk2 boleh beli umah cash ...

kerunai replied at 25-7-2021 02:18 PM
Retis kebanyakan camni la..saving ke laut...idop joli xingat..kena covid ramai yg xleh move on...
ezacbee replied at 26-7-2021 12:04 AM
Aku baca komen kat FB, dia ni scammer MK Label. Ramai yg kena tipu RM5k setiap sorang.
Ad ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.048929 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.