CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Kebaikan Daun Ganja Yang Tidak Diketahui Ramai

26-11-2013 11:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 61143| Komen: 25



Sebut sahaja ganja sudah pasti kita terbayang keburukannya kerana ianya sering digunakan uhtuk di jadikan bahan khayal dan berseronok.Di sebalik semua itu tahukah anda tentang kebaikan daun ganja itu?

Terdapat lebih daripada 400 sebatian "cannabinoids" bahan ini terbukti mampu mengubati kanser, mengurangkan kecenderungan psikotik pesakit schizophrenia dan mengubati pelbagai penyakit kronik yang lain.



POKOK Ganja sukar hidup jika tidak dijaga dengan rapi.


Sebatian-sebatian berkhasiat perubatan tersebut diantaranya seperti cannabidiol (CBD), cannabinol (CBN), cannabichromene (CBC), cannabigerol (CBG) dan tetrahydrocannabivarin (THCV). Kandungan ini tidak boleh membuat anda mabuk.

Malangnya di Malaysia, undang-undang Dadah No. 35 Tahun 2009, memasukan sebatian-sebatian tersebut sebagai Dadah Golongan 1. Dimata kerajaan Malaysia, sebatian-sebatian cannabinoids non-psikoaktif dianggab sama berbahayanya dengan heroin mahupun Napza lain.

Berbeza dengan pandangan para penyelidik perubatan di dunia, sebatian-sebatian cannabinoids tersebut mampu menjadi ubat yang selamat dan berkesan dalam melawan penyakit-penyakit kronik. Untuk itu mari kita lihat lebih dalam mengenai sebatian-sebatian berkhasiat menyalahi undang-undang tersebut.


KHASIAT PERUBATAN DALAM DAUN GANJA



CANNABIDIIOL (CBD)

Setelah THC, CBD merupakan cannabinoids yang paling banyak dikaji oleh ahli sains. Ditemukan pertama kali tahun 1940, majoriti saintis mengatakan bahawa CBD mungkin sahaja menjadi satu-satunya cannabinoid yang paling penting. Bahkan para saintis menganggab CBD sebagai sebatian perubatan terbaik yang dimiliki pokok ganja.

Hasil kajian Antonio Zuardi yang diterbitkan The Brazilian Journal of Psychiatry tahun 2008 mendapati pelbagai potensi perubatan dari cannabidiol untuk mengubati parkinson, alzheimer, serebral iskemia, diabetes, rheumatoid arthritis, keradangan, mual dan kanser.

Tahun 2009, saintis dari Israel dan Itali mengembangkan penemuan tersebut dan mendapati bahawa CBD memiliki sifat anxiolytic (anti-cemas), anti-psikotik, anti-epilepsi, neuroproteksi, vasorelaxant (membesarkan pembuluh darah), Antispasmodic (meringankan kejang otot), anti- ischemic (memperlancar aliran darah), anti-kanser, antiemetic (menghilangkan mual dan muntah), anti-bakteria, anti-diabetes, anti-inflammatory (anti keradangan / pembengkakan), dan merangsang pertumbuhan tulang.

Martin Lee, pengasas dan pengarah Project CBD, yang menyifatkan cannabidiol sebagai “The Cinderella Molecule”; Sebatian kecil yang tidak beracun, non-psikoaktif dan multiguna.


CANNABINOL (CBN)

Cannabinol adalah produk ekstrak dari THC. Pertama kali ditemui saintis pada tahun 1896. Sebatian cannabinol ditemui dapat membantu proses tidur, mengurangkan rasa sakit mahupun kejang, melambatkan gejala ALS (Penyakit Lou Gehrig), meningkatkan nafsu makan, dan menghentikan penyebaran residu ubat-ubat tertentu.


CANNABICHROMENE (CBC)

CBC pertama kali ditemui pada tahun 1966. Secara khusus banyak ditemui pada tanaman ganja yang baru dituai. Namun, kajian terhadapnya belum dilakukan sebanyak CBD ataupun CBN.

Sebuah ringkasan jurnal-jurnal di tahun 2009 mendapati fungsi CBC sebagai anti-inflammatory (anti keradangan / pembengkakan), anti-mikrob, analgesik, anti-kanser, dan merangsang pertumbuhan tulang.

Kajian terbaru di tahun 2011 mendapati bahawa CBC boleh mempengaruhi hujung saraf autonomi dalam mengubah rasa sakit.


CANNABIGEROL (CBG)

Sama seperti CBC, CBG juga kurang mendapat perhatian serius dari para saintis. Berdasarkan hasil penemuan dalam The British Journal of Pharmacology tahun 2011, ekstraksi CBG-chemotype boleh dijadikan agen antiseptik yang sempurna dan selamat untuk membunuh bakteria.

Kajian terbaru kemudian mendapati bahawa sebatian non-psikoaktif tersebut mampu mengubati pelbagai gangguan sistem saraf autonomi, termasuk epilepsi.


TETRAHYDROCANNABIVARIN

Dijumpai tahun 1970, THCV merupakan sebatian khas yang boleh ditemui pada cannabis yang berasal dari selatan afrika.

Mengikut dosnya, THCV boleh menjadi agen antagonis bagi THC (dos rendah THCV dapat menurunkan nafsu makan) atau malah sebaliknya (dosis tinggi THCV bermanfaat untuk proses pembentukan tulang).

Tidak seperti CBD, CBN, CBC, dan CBG, dosis tinggi THCV mampu membuat anda mengalami fenomena “melayang atau khayal” (lebih rendah dari THC).



DAUN Ketum juga banyak khasiatnya, tetapi kini ramai yang mengunakkannya dengan cara yang salah.


Bagi saya, tumbuh tumbuhan ini juga seperti daun ketum yang sekarang ini di kategorikan sebagai beracun kerana sikap segelintir orang yang mengambilnya dengan tujuan untuk berkhayal dan berseronok dengan cara yang salah.



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 24-11-2013 02:52 PM
Apa saja yang disalah guna memang akan memudaratkan
Quote safieyah1984 25-11-2013 02:50 PM
cantik bentuk daun dia, kalo jumpa kat hutan ni mati hidup semula xtau tu daun ganja
Quote ikinbest 25-11-2013 05:12 PM
Leave of magical , turn human life upside down.  
Quote BelovedTaeyeon 25-11-2013 07:59 PM
Salaam.

Sayangnya.

Kalau mengedar berkilo2...hukuman gantung.


Quote cikatilia 26-11-2013 10:55 AM
bagus sebenarnya kan
tp effect high dia buat org jahat salah guna



Quote maltase 26-11-2013 11:34 AM
best ni...try lah..
Quote aimanfarhan 18-2-2014 10:40 AM
Ganja Or Weed is not Drugs.. But it is herbs!
Quote nizam49 18-2-2014 11:24 AM
dlu ketum orng bt ubt...tp skrng bt minum mcm air biasa...
Quote hydrocloric 18-2-2014 11:53 AM
kisah ganja nih sama cite dia dgn arak kenapa ia di haramkan.. kenapa arak di haramkan .. selain menyebabkan penyakit .. kita boleh hilang pertimbangan dalam membuat keputusan kerana is mengkhayalkan dan ia mengiankan.. !!

Quote alphawolf 18-2-2014 12:06 PM
Beb...wa layan ganja bukan wa gian beb...wa nak ubat migraine wa ni...tak tahan siot....
Quote BelovedTaeyeon 18-2-2014 12:09 PM
alphawolf posted on 18-2-2014 12:06 PM
Beb...wa layan ganja bukan wa gian beb...wa nak ubat migraine wa ni...tak tahan siot....


Quote fazzrules 18-2-2014 01:43 PM
layan ganja ni..pas high nampak lipas kat atas lantai pun boleh gelak tak hengat dunia....
Quote shamsadis 18-2-2014 01:49 PM
boleh tarik bulan...tak caya lu orang semua try
Quote Hatida 15-9-2015 04:01 PM
daun ketum sebenarnya dibuat ubat. dipercayai mujarab untuk melegakan sakit pinggang, sakit2 urat, lenguh2 badan. rebus 2-3 helai daun ketum, kemudian air rebusan tu diminum. zaman tok nenek kita dolu2 pernah buat kot.
la ni daun ni disalahgunakan pulak. bila banyak sangat daun tu direbus and then dicampur bahan2 lain, mula laa
rasa high.. tak hengat doniya jadiknye. bahaya betul.. huhuhu!!
Quote fatoush! 15-9-2015 04:10 PM
#tenangisgood
Quote yatikamar 30-12-2015 12:29 AM
Salam..nk tanya mcm mana cara nk gunakan daun ganja ni utk penawar bgi sakit cancer..ank buah sakit cancer pundi kencing stage3..doc ckp klu buat kimo 50/50..xbuat pn 50/50..so,ingat nk try cara lain..mudah2an dpt info..tq
Quote yatikamar 30-12-2015 12:32 AM
Hatida replied at 15-9-2015 04:01 PM
daun ketum sebenarnya dibuat ubat. dipercayai mujarab untuk melegakan sakit pinggang, sakit2 urat, l ...

Mcm mana daun ganja nk buat penawar bgi pesakit cancer? Semoga encik dpt membantu saya..tq
Quote Hatida 30-12-2015 10:28 AM
yatikamar replied at 30-12-2015 12:32 AM
Mcm mana daun ganja nk buat penawar bgi pesakit cancer? Semoga encik dpt membantu saya..tq

err... maaf ye. tang penawar untuk kanser saya tak tahu sangat kalau guna daun ganja ni. memang dah takde cara lain kecuali kimo.mungkin yati boleh guna kaedah tradisional. usaha dan tawakkal kan kata orang. semoga anak buah yati cepat sembuh seperti sediakala.
saya memang tak boleh membantu.. mungkin ada orang lain boleh bantu atau tahu kaedah2 tradisional? wallahu'alam..



Quote Hatida 30-12-2015 10:37 AM
yatikamar replied at 30-12-2015 12:32 AM
Mcm mana daun ganja nk buat penawar bgi pesakit cancer? Semoga encik dpt membantu saya..tq

maaf en. mod... off topic sat.
cuba yati baca artikel ni. harap sikit sebanyak dapat membantu.
makan betik banyak2. bismillahitawakkaltu 'alallah..

http://b17nitrilosides.blogspot. ... -betik-dan-b17.html

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.103152 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top