|
Sebuah hospital lapangan Covid-19 di Samut Prakan, barat daya Bangkok diserbu pihak polis susulan laporan yang mengatakan berlaku pesta seks dan dadah dalam kalangan pesakit di sana, lapor akhbar Thaiger News semalam.
Serbuan dilakukan selepas pasukan perubatan yang mengendalikan hospital menempatkan 1,000 pesakit itu mengadu tentang sebilangan pesakit terlibat dalam seks beramai-ramai hingga tercetus perbalahan. Serbuan yang dilakukan Pihak Operasi Keselamatan Dalam Negeri Thailand gagal menemui barang terlarang kecuali 23 karton rokok seludup. Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) ada menunjukkan bahawa beberapa pesakit keluar masuk di wad lelaki dan wanita tetapi tiada bukti bahawa pesta seks berlaku. Pesakit yang dipercayai terlibat dalam aktiviti terlarang itu telah diberi amaran oleh pihak berkuasa dan mengingatkan sebarang kesalahan berulang akan mengakibatkan mereka dipindahkan ke hospital lapangan lain.
Pegawai kesihatan yang bertugas di semua hospital lapangan Thailand sentiasa ditemani oleh anggota polis dan tentera untuk mencegah pergaduhan, penggunaan dadah atau pesta seks daripada berlaku. Sumber: Kosmo
|
tiada bukti bahawa pesta seks berlaku






ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 01:37 PM GMT+8 , Processed in 1.542110 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.