|
Hampir tujuh jam berada dalam bilik bersalin, isteri kepada pelakon dan peyampai radio Gegar FM Issey iaitu Noor Aimi Jamel akhirnya selamat melahirkan anak pertama mereka kira-kira pukul 1.48 tengah hari, Selasa.
Cerita Issey atau nama sebenar, Fazlisham Mat Hussin, 34, dia bersyukur apabila diberi peluang menemani isterinya menyambut kelahiran cahaya mata mereka di sebuah pusat perubatan di Shah Alam. "Alhamdulillah isteri selamat bersalin dah, perasaan saya sangat seronok dan bersyukur sangat. "Sekarang SOP agak ketat, saya tak boleh masuk awal, masa baby nak keluar baru dapat masuk. Syukur saya dapat menyambut kelahiran anak saya," katanya kepada mStar.
Ujar Issey, kehadiran bayi lelaki pada sambutan Hari Kebangsaan 2021 adalah hadiah bermakna buat mereka.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.108093 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.