|
Tular insiden seorang pelanggan di restoran makanan segera marah kerana restoran tersebut tidak menyediakan hidangan utama iaitu pizza. Video tersebut dirakamnya sendiri lalu dimuat naik di Facebook peribadinya. Ianya mengundang kemarahan ramai orang kerana perakam seolah-olah tidak memahami apa yang cuba dijelaskan oleh kakitangan restoran tersebut.
Pertanyaan yang bertalu-talu membuatkan kaki tangan wanita itu berasa kurang sabar kerana pelanggan tidak mendengar penjelasannya hingga terpaksa ditenangkan oleh rakannya. "Kenapa rosak? Bila rosak? Bagaimana rosak? Apa rosak?" Keadaan menjadi hangat apabila wanita itu mendakwa di tahan di restoran tersebut oleh polis Kampar, Perak. Malahan, status-status yang dimuat naik di laman Facebooknya juga dilihat tidak stabil dengan memaparkan gambar polis, ambulan dan sebagainya. Setakat artikel ini ditulis, Aminah memuat naik gambar pizza dan roti yang diperolehinya. Tidak dapat dipastikan di mana dan bagaimana kerana tidak diperincikan. Malahan ruangan komen juga ditutup. Namun kisah ini sudah tular dipelbagai sosial media. |


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.148146 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.