CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelik Kubur Cikgu Langsung Tak Terjejas Dilanda Banjir Lumpur, Takut Jadi Tempat Pemujaan Pula

2-9-2021 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3941| Komen: 27

Yan: Penularan foto sebuah kubur didakwa tidak terjejas ketika dilanda banjir lumpur dalam tragedi kepala air Gunung Jerai, 18 Ogos lalu, menimbulkan keresahan kepada penduduk setempat.


Ini kerana gambar kubur milik seorang guru yang meninggal dunia beberapa tahun lalu, dikhuatiri bakal menarik perhatian tetamu tidak diundang ke kawasan Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Badlishah, di sini.

Tindakan individu berkongsi gambar terbabit sehingga tular tanpa usul periksa dibimbangi akan menjadikan kubur berkenaan tempat pemujaan, sekali gus mencetuskan perbuatan khurafat.

Foto: Harian Metro

Berkongsi situasi sebenar isu terbabit, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Masjid Jamek Badlishah, Mohd Yusof Ismail, 61, berkata, gambar kubur didakwa tidak 'disentuh' lumpur itu sebenarnya terletak di kawasan tanah agak tinggi berbanding kubur lain.


Menurutnya, dia menerima kiriman gambar terbabit melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar anak arwah bagi bertanya sama ada kubur berkenaan sudah dicuci selain dia mendakwa ia tidak ditenggelami air.

"Bagaimanapun, saya tidak sempat menjawab pertanyaan itu dan terkejut apabila ia mula tular dalam media sosial dengan pelbagai andaian sendiri dibuat individu yang memuat naik gambar kubur berkenaan.

"Sepatutnya, individu menularkan gambar kubur itu siasat terlebih dahulu atau setidak-tidaknya datang sendiri melihat keadaan di tanah perkuburan ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, tanah perkuburan di kawasan itu terbahagi kepada beberapa bahagian dengan ada antara lokasinya di tempat agak tinggi dan ada rendah selain menjadi tempat takungan air.

Menurutnya, kubur tular serta didakwa tidak 'disentuh' lumpur itu sebenarnya terletak di kawasan tanah keras serta tinggi, malah ia turut diletakkan batu-bata dan batu putih.

Katanya, ada beberapa kubur lain turut tidak terjejas kerana kedudukan sama iaitu terletak di tempat tinggi, manakala kubur tenggelam pula berada di kawasan rendah.

"Sebagai penduduk setempat, saya tidak mahu peristiwa hampir 30 tahun lalu kembali berulang kerana tindakan orang luar datang melakukan pelbagai perbuatan khurafat dan tahyul di masjid ini.

"Satu masa dahulu, ada kubur alim ulama di pekarangan masjid ini hingga menarik perhatian penduduk luar yang datang melakukan upacara serta penyembahan dengan menyalakan lilin.

"Tindakan mereka ini menimbulkan keresahan kepada kami yang akhirnya bersepakat menggali kubur terbabit dan memindahkannya ke tanah perkuburan disediakan selepas mendapat pandangan alim ulama," katanya.

Menurutnya, sejak itu, kehadiran orang luar untuk melakukan upacara pelik mula berkurangan, namun ada segelintir yang degil masih bertanyakan kepadanya lokasi tepat kubur dipindahkan itu.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak pernah memberitahu mereka lokasi sebenar dan mereka bersepakat tidak meletakkan sebarang tanda di kubur alim ulama dipindahkan itu.

"Jadi, saya harap orang ramai tidak perlu tularkan gambar kubur guru didakwa tidak terjejas itu kerana dikhuatiri akan mencetuskan perbuatan khurafat dan pelik kepada individu tertentu," katanya.

Semalam, tular gambar kubur arwah seorang guru kerana didakwa tidak disentuh lumpur ketika banjir kilat dalam tragedi kepala air Gunung Jerai.

Keadaan kubur itu dikaitkan dengan amalan guru besar terbabit yang didakwa seorang pendiam dan tidak pernah mencampuri urusan orang lain ketika masih hidup. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 2-9-2021 10:08 AM
ermm...doa yg baek2 jah
Quote kakigebang 2-9-2021 10:14 AM
itula, takuut japgi afa pulak colok dsn berhala pakai serbsn datuk kong plak  kat situ
Quote domestobot 2-9-2021 10:15 AM
wokeh jom pegi puja kubur minta nombor
Quote rospinki 2-9-2021 10:17 AM
kubur tu kan tinggi skit dari yg lain
Wallah hua'lam
Quote noor2 2-9-2021 10:17 AM
DNA indon je yg suka puja2 ni....
Quote yenil95 2-9-2021 10:17 AM
achik tengok tak pelik pun dia tak tenggelam.
dah tentu nampak nisan dan batu tu lebih tinggi dari kawasan sekeliling.
Quote stingerlympics 2-9-2021 10:19 AM
rospinki replied at 2-9-2021 10:17 AM
kubur tu kan tinggi skit dari yg lain
Wallah hua'lam

moh kita pi malam nanti.....

chai nombor....

kahkahkahkahkahkah
Quote budaktua 2-9-2021 10:20 AM
aku tnya kwn ddk area2 situ ... dia marah.. dia kata,

habeh semua yg lain tu jahat la..?
Quote zamzam 2-9-2021 10:24 AM
domestobot replied at 2-9-2021 10:15 AM
wokeh jom pegi puja kubur minta nombor


Dulu ada kwn india ckp dia pernah buat puja kubur mintak nombor. Dorang kena buh darah ayam kamu kalau xsilap. Tp kena berjanji mesti sedekah anak dara dia kat antu tu. Dia tak jadi buat terus balik. Seramnya.
Quote rospinki 2-9-2021 10:27 AM
stingerlympics replied at 2-9-2021 10:19 AM
moh kita pi malam nanti.....

chai nombor....

biasa buat la tu
Quote gekkou 2-9-2021 10:49 AM
apa nak pelik?
pelik2 lah rakyat malaysia punya pemikiran
Quote chinta89 2-9-2021 11:24 AM
dah agak dh kubur tu tinggi sikit dari tempat lain...

kesian kubur lain, diorg masa hidup x baik ke..
Quote 3chanceno 2-9-2021 11:36 AM
Kubur pun boleh jadi bahan & punca fitnah
Quote stingerlympics 2-9-2021 11:51 AM
rospinki replied at 2-9-2021 10:27 AM
biasa buat la tu

hidup dalam masyarakat majmuk...nak jadi kera sumbang lantak kau tapi jgn sampai tak ambik peduli kisah peel segelintir masyarakat....

[youtube]8SAq7cptNfE[/youtube]








kahkahkahkah
Quote Supersirap 2-9-2021 11:57 AM
Mari kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada semua orang muslim yang sudah meninggal
Quote domestobot 2-9-2021 12:00 PM
zamzam replied at 2-9-2021 10:24 AM
Dulu ada kwn india ckp dia pernah buat puja kubur mintak nombor. Dorang kena buh darah ayam kamu ...

darah ayam tu ok lagi, ni kena bagi anak dara tu memang la seram.
Quote zamzam 2-9-2021 12:03 PM
domestobot replied at 2-9-2021 12:00 PM
darah ayam tu ok lagi, ni kena bagi anak dara tu memang la seram.

Ye betul. In fact india tu my best friend. We can talk anything about work family politics sex etc. Kalau ada secret pun we can both trust each other.
Quote cucutokwan89 2-9-2021 12:07 PM
Dedulu dlm mastika, byk la cite mcm ni.
Quote Thunderclouds 2-9-2021 12:10 PM
Sikit2 nk pelik. Sikit2 nk kagum. Xkena tempat pulak tu. Ntah hapa2

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.130450 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top