|
Kata orang, sesuatu perkara mahupun tugas tidak akan sempurna sekiranya tidak mendapat reda daripada seorang ibu. Perkara tersebut turut dipersetujui oleh pelakon Syifa Melvin, 27, yang berpendapat sekiranya tiada restu daripada wanita bergelar ibu, semua perkara yang hendak dilakukan pasti tidak akan menjadi.
Bagaimanapun, adik kepada aktres Syatilla Melvin itu tidak sesekali menolak ke tepi tentang keberkatan Allah SWT dalam semua perkara. “Sejak usia semakin meningkat, apa yang saya perasan ialah mengenai restu dan berkat. Tanpanya, apa sahaja yang dilakukan pasti tidak menjadi. “Keberkatan Allah ialah nombor satu. Tetapi berkat dan restu daripada seorang ibu ialah satu hal yang lain,” katanya dalam InstaStory semalam.
Ujar pemilik nama penuh Nur Syifa Athirah Amirol Melvin itu, dia juga percaya bahawa reda Allah bersandarkan pada restu seorang ibu.
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.302179 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.