CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Filem Seram, Kiamat & Zombi Buat Kita Lebih Kuat Berdepan Pandemik?

2-9-2021 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3766| Komen: 22

Kajian mendapati, filem seram membolehkan seseorang mengatasi kebimbangan terhadap pandemik dengan lebih baik.

Pakar psikologi Universiti Chicago, Dr Coltan Scrivner menjelaskan, genre itu mampu membantu seseorang mengatasi situasi dalam dunia nyata melalui fiksyen.



Kredit foto: People

"Jika filem itu bagus, maka ia boleh menarik perhatian seseorang dan mengambil sudut pandang daripada karakternya bahkan tanpa disedari anda akan rasa lebih tenang," katanya.

Dr Coltan dalam kajiannya meminta 310 responden menonton filem berkaitan pandemik dan penyelidik kemudiannya bertanyakan pelbagai soalan berkaitan kemurungan, rasa terganggau, kebimbangan atau tahap rasa mengantuk.

Hasil kajian itu mendapati bahawa seseorang yang menyukai filem seram memiliki ketahanan lebih kuat dalam suasana pandemik.

Manakala mereka yang biasa menonton filem fiksyen seperti alien, berkaitan kiamat dan zombi memberi impak lebih kuat dan bersedia menghadapi suasana pandemik ketika ini.


Dr Coltan menyimpulkan responden yang menonton filem dengan kejadian lebih menakutkan diketahui lebih kuat dalam menghadapi pandemik dan Covid-19.

Ini kerana mereka menyerap maklumat mengenai bagaimana sesuatu karakter bertindak dalam situasi dipaparkan dalam filem. Filem juga boleh membuatkan pemikiran seseorang memproses maklumat tentang konflik yang berlaku meskipun ia sekadar fiksyen.


Kredit foto: People

"Meskipun ia fiksyen namun penonton boleh menggunakan maklumat itu sebagai strategi dalam dunia nyata dan membuatkan mereka ini lebih tenang dalam menghadapi pandemik," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 2-9-2021 03:17 PM
Ohh.. Sebab tu aku tenang. Sbb aku suka layan zombie..
Quote dua_chzy 2-9-2021 03:32 PM
Edited by dua_chzy at 2-9-2021 03:34 PM
sarah82 replied at 2-9-2021 03:17 PM
Ohh.. Sebab tu aku tenang. Sbb aku suka layan zombie..


Bulan lepas ai tetiba depress sampai tak semangat kunun2 buat hapa pon dalam hidop.

End of month, tetiba semangat balik pehtu ai sebokkan diri join pertandingan online ngan latih bebudak join karnival bahasa. Dah la JPN weol hanat bagi keja adhoc last minit. Tapi ai hepi karna 4 pelajar ai hanto bertanding join esei writing, poetry writing ngan public speaking, suma menang nomo 1-3. 2 orang wakil pi nugri. Terus positif. Now tengah latih meka huntok scrabble, sketch ngan mini dokumentari. Fak yu kobid. I'll survive. Gitoh.
Quote lipans 2-9-2021 03:33 PM


Bagus juga. Mesti semua taknak jadi orang yg pentingkan diri sendiri cam dia ni.


Quote sarah82 2-9-2021 03:59 PM
dua_chzy replied at 2-9-2021 03:32 PM
Bulan lepas ai tetiba depress sampai tak semangat kunun2 buat hapa pon dalam hidop.

End of mo ...

Alhamdulillah... Chuols mangkit dan terus bantu student chuols berjaya dlm pertandingan... Betul.. Kernacarutkan saja kat kobid ni.. Muahahahaha.
Quote ninja boy 2-9-2021 04:30 PM
Film2 potong2 tangan potong2 kepala tembak2 spt perang2, saw, Texas massacre chainsaw, maikel myer
Quote dua_chzy 2-9-2021 04:38 PM
sarah82 replied at 2-9-2021 03:59 PM
Alhamdulillah... Chuols mangkit dan terus bantu student chuols berjaya dlm pertandingan... Betul.. ...

Betui. Jangan fikior sangat. Btw ai pon suka tengok zombie ngan slasher movies tapi sekarang jarang tengok sebab malas layan movies. Ai layan sinopsis di cenel Daniel CC Movies dan cenel2 seumpamanya di Yiutiub jah.
Quote nakkomenjugak 2-9-2021 05:06 PM
iol je ke yang tak rasa seram nengok siccin?
Quote sarah82 2-9-2021 05:45 PM
dua_chzy replied at 2-9-2021 04:38 PM
Betui. Jangan fikior sangat. Btw ai pon suka tengok zombie ngan slasher movies tapi sekarang jaran ...

Hahaha.. Daniel cc.. Sama mcm iols.. Suka layan dia punya sinopsis..selain tu iols suka layan kat utube ttg Gregory 3rd eyes.. Kisah ttg cina yg ada mata ketiga dan lawan setan.. Hahaha.
Quote becir 2-9-2021 06:23 PM
dua_chzy replied at 2-9-2021 04:38 PM
Betui. Jangan fikior sangat. Btw ai pon suka tengok zombie ngan slasher movies tapi sekarang jaran ...

I baru habis layan ceta Indonesia the raid tu..gila ganaslah tapi somehow I rasa puas hati tengok...lol
Quote TeropongThaico 2-9-2021 06:26 PM
Mungkin juga la sebab iols rasa bise2 je. Cam pernah tempuh benda2 cam ni sebelum2 hini giteww
Quote edayildiz 2-9-2021 06:32 PM
xsuka cite  ganas ganas sgt..i suka cite korea yg ada power..so far kalau serabut sgt i akan layan dua cite ni jer..strong do bong soon ngn korean odessey.
tp cite kingdom i lyn..best
Quote doubleharmonic 2-9-2021 06:34 PM
so kau nak kata kalau tengok pilem seram bawah ni boleh tenang hadapi pandemik gituh?

Quote Adrif 2-9-2021 11:27 PM
tak mampu nak layan dah berumur gini weh..

dah la darah senang naik.. satgi tengkuk kejang, sakit kepala, cramp sana-sini pulak

asal ada jumpscare je, dengan hbp aku jump high

last2 duduk goyang kaki sebelah mak, recycle tengok movie Shrek
Quote awanearisu 2-9-2021 11:33 PM
Beberapa malam lepas, TV2 ada menayangkan filem seram Annabelle Comes Home.
Quote dani-rox 3-9-2021 01:58 AM
ai ulang tengok trilogi the eye kat netflix... takdalah seram sgt pun berbanding masa memula tengok kat wayang dulu. btw hensemnya Jesdaporn Pholdee

btw byk tengok citer seram dan gory akan desensitize korang, so apa2 bencana buruk berlaku takdalah panik dan terkejut giler
Quote ina_na 3-9-2021 02:14 AM
Adrif replied at 2-9-2021 11:27 PM
tak mampu nak layan dah berumur gini weh..

dah la darah senang naik.. satgi tengkuk kejang, sakit ...

Nk tanye ape maksud tengkuk kejang,sakit kepala,cramp sana sini..ni petanda sakit pe
Quote Adrif 3-9-2021 03:14 AM
ina_na replied at 3-9-2021 02:14 AM
Nk tanye ape maksud tengkuk kejang,sakit kepala,cramp sana sini..ni petanda sakit pe

bila saya punye darah tinggi naik, selalu kena tanda-tanda tu.
kadang2 dengan mata sekali kabur, sebab sakit kepala.

tapi kalau orang lain, tak tau la. sebab tanda2 ni terlalu general. kurang air kosong pun boleh jadi tanda yang sama juga
Quote gideoncross 3-9-2021 03:57 AM
dani-rox replied at 3-9-2021 01:58 AM
ai ulang tengok trilogi the eye kat netflix... takdalah seram sgt pun berbanding masa memula tengok  ...

Iol slh sorg yg x panik haha, rilek je, sbb kita mnusia ni klau dh trlmpau panik, smua jdi klam-kbut, x boleh brfikir dgn baik pastu jdi panic buying tpi tu lh, skrg ni x boleh ckp yg kita rilek sbb dh tntu rmai yg akn trasa hti. Btw tngok crita psl zombies mmg best, dlm msa yg sma blajar itu ini utk sneaking out.
Quote gideoncross 3-9-2021 03:58 AM
sarah82 replied at 2-9-2021 03:17 PM
Ohh.. Sebab tu aku tenang. Sbb aku suka layan zombie..

Tekaan iol tepat, uol mmg ada komen sbb ada psl zombies haha. Sameeee.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.256208 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top