CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemas Kini: Dah Dibebaskan, Petisyen Untuk Anhar Deek- Dipaksa Bersalin Dalam Penjara Israel

3-9-2021 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2154| Komen: 3

Kemas Kini: Anhar al-Deek Dibebaskan

RAMALLAH: Seorang wanita Palestin Anhar al-Deek yang hamil sembilan bulan dan ditahan Israel di penjara, hari ini dibebaskan.


Bagaimanapun Israel meletakkan syarat untuk Anhar diikat jamin 40,000 shekel atau kira-kira 12,500 dolar Amerika Syarikat (USD).

Selain itu Zionis juga mensyaratkan wanita itu dikenakan tahanan rumah di kediaman keluarganya.

Anhar dilapor bakal melahirkan bayinya dalam tempoh beberapa hari lagi.

Sebelum ini masyarakat dunia mengecam tindakan negara haram tersebut yang memenjarakan Anhar menerusi tanda pagar #saveanhar.

Alhijrah Online juga sebelum ini melaporkan ibu muda berusia 25 tahun itu langsung tidak menerima simpati dan belas kasihan daripada pihak penjara Zionis walaupun sedang sarat hamil selain berkemungkinan besar akan melahirkan bayinya dengan keadaan kakinya bergari.

Anhar ditahan tentera Israel kira-kira lima bulan lepas kerana dituduh cuba melakukan serangan tikaman di sebuah kawasan penempatan haram Israel dekat pekan yang menjadi tempat tinggal mereka.


Beliau bagaimanapun dilapor langsung tidak dibicarakan, malah penahanannya dikatakan dilakukan tanpa sebab munasabah. – CARI

Sumber: AlHijrah Online

________________________________________________________________________________________________
Satu petisyen selamatkan tahanan Palestin, Anhar Deek yang kini sedang hamil sembilan bulan dimulakan netizen di platform media sosial, change.org.

Petisyen yang dimulakan seorang individu itu bertujuan mendapatkan 150,000 tandatangan sebagai sokongan kepada usaha mendesak rejim Israel membenarkan Anhar melahirkan bayinya di luar penjara.

Anhar dijangka bersalin beberapa hari lagi dan tindakan Israel yang mahu wanita itu melahirkan bayinya di dalam penjara disifatkan sebagai bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai-nilai kemanusiaan.



Setakat jam 9 malam Khamis, petisyen itu berjaya mengumpul lebih 11,000 tandatangan.

Wanita berusia 25 tahun itu sebelum ini pernah menulis surat dari penjara untuk memohon bantuan kumpulan hak asasi manusia bagi mendesak pembebasannya seterusnya membolehkan dia bersalin di luar pusat tahanan.

Anhar ditahan tentera Israel sejak usia kandungannya lima bulan kerana dituduh cuba menikam seorang anggota rejim itu di penempatan haram Israel.


Wanita itu kemudian dibawa ke Penjara HaSharon dan Mahkamah Israel menolak rayuan keluarga Anhar untuk membebaskannya walaupun dia mengalami komplikasi semasa kehamilan.

Dalam pada itu, Liga Arab pada Rabu turut mendesak Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Anhar.

Dalam masa sama, Pertubuhan Masyarakat Awam (CSO) seluruh dunia digesa memberi tekanan kepada Israel agar mematuhi undang-undang antarabangsa. -CARI

Sumber: Kosmo 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mini.Me 3-9-2021 10:21 AM
Latest news israhell dah bebaskan laaa ngan ikat jamin 50k...
Quote syakuntala 3-9-2021 12:31 PM
Ikat jamin 50k ngan hanya boleh dok rumah famili dia jer.... Semoga dipermudahkan
Quote edayildiz 3-9-2021 12:38 PM
dah keluar khenzz..pnt la tgk dorg ni gaduh..semoga anhar slmt bersalin..
btw smlm terajin tgk kehidupan dlm israel..mmg nampak tenang dan teratur..xtau la bethol ke idok tp yg tnjk tu org melayu kita yg pergi sana..
perumahan dorg nampak kemas dan cantikk.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.033792 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top