CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tertinggal Kunci Tunjuk Skil Panjat Hingga Tingkat 14

3-9-2021 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2813| Komen: 13

Gara-gara tertinggal kunci rumah, lelaki di China mengejutkan orang ramai apabila dia memanjat sehingga tingkat 14 sebuah pangsapuri.

Lapor Daily Star, lelaki berusia 50-an itu tinggal di tingkat 14 kompleks kediaman di bandar Dongguan di tenggara China.



Kredit foto: Douyin/gdtvdvxc

Dia dilaporkan menyedari terlupa membawa kunci rumah bersamanya ketika dalam perjalanan pulang ke pangsapuri tersebut.

Dalam satu klip video tular di laman Douyin, lelaki itu dilihat berpaut pada paip saliran di luar bangunan tinggi dan memanjat sehingga ke tingkat 14.

Dia kemudian memanjat ke pagar balkoni sebelum memasuki ke dalam rumahnya.


Kredit foto: Douyin/gdtvdvxc


Menurut beberapa jiran dari bangunan bersebelahan, lelaki tersebut tidak menggunakan sebarang peralatan ketika memanjat apartmen itu.

“Lelaki mula memanjat dari platform tingkat dua kemudian naik sehingga ke tingkat 14.



Seorang pengguna media sosial menyifatkan tindakan lelaki berkenaan sebagai melulu kerana sanggup membahayakan nyawanya.

“Dia merisikokan nyawa sendiri dengan melakukan sesuatu yang melulu dan tidak masuk akal.

“Lelaki itu mungkin sengaja ingin menunjuk kemahirannya kerana dia boleh sahaja naik ke rumah menggunakan lif,” katanya.


Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-9-2021 12:09 PM
Susah payahnya apek ni. kalau iols, panggil je orang suruh ketuk tombol pintu. Tak luak pun bayar upah + beli tombol baru dari hilang nyawa gitu je
Quote terma2nkondisi2 3-9-2021 12:15 PM
dia berpaut pada paip tu je

mmg kuat mung pokcik
Quote Bangbot 3-9-2021 12:30 PM
Macam nak menunjuk ajar geng pecah rumah cara-cara nak masuk dari balkoni
Quote Adrif 3-9-2021 12:53 PM
gayat pulak aku tengok gambar tu
Quote Thunderclouds 3-9-2021 02:59 PM
Ape purpose manjat smpi tgkat 14??
Quote matchstick 3-9-2021 03:15 PM
Kalau nasib tak baik paip tu reput/ patah saje je mati katak
Quote nakkomenjugak 3-9-2021 03:27 PM
dah la apartment kat china tu tinggi2 belaka
serem
Quote Artemesiaa 3-9-2021 03:30 PM
Tindakan yang membahayakan macam tak ada cara lain yang lebih selamat boleh dipilih
Quote highcastle 3-9-2021 03:47 PM
Teringat lelaki Peranci yg panjang KLCC dulu..........
Quote Skuau 3-9-2021 04:00 PM
udah dia ore China.apa nk heran....
Quote edayildiz 3-9-2021 05:17 PM
kalau naik lift sampai 13..pastu ketuk rumah bwh  dia tak blh ke pakcik?dari situ panjat la..satu level jah.. tp nk senang lg panggil tukang pintu..ke dia sewa jer rumah tu
Quote edayildiz 3-9-2021 05:18 PM
highcastle replied at 3-9-2021 03:47 PM
Teringat lelaki Peranci yg panjang KLCC dulu..........

apa yg cuba disampaikan..panjang wat is dat?
Quote TOPwind 3-9-2021 05:50 PM
Kurex replied at 3-9-2021 12:09 PM
Susah payahnya apek ni. kalau iols, panggil je orang suruh ketuk tombol pintu. Tak luak pun bayar up ...

panjat dari Tkt 13 masuk rumah jiran pun oklah

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.137002 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top