Saat ini, ramai menanggung rasa malu dengan perbuatan tidak bermoral bawang rangers yang menyerang laman sosial atlet paralimpik Ukraine. Tidak terkecuali, pelakon dan penerbit teater terkenal Puan Seri Tiara Jacquelina, 54, turut menzahirkan rasa kecewanya dengan gelagat tidak semenggah netizen Malaysia.
“Malu saya bila bayangkan satu dunia membaca komen-komen netizen kita. Kalau nak bela Ziyad, bela nama Malaysia. Bukan dengan cara ini, tolonglah,” katanya di Instagram Story semalam yang dipetik Utusan. Reaksi Tiara itu adalah ekoran tindakan biadab warganet menghina fizikal Maksym Koval, menghujani laman sosialnya dengan kecaman dan paling melampau menggodam Instagramnya hingga dia terpaksa membuka akaun baru. Tindakan melulu dan tidak bertanggungjawab netizen Malaysia adalah berikutan rasa tidak puas hati kerana menganggap Maksym punca pembatalan pingat emas milik Ziyad. Tiara juga kesal dengan budi bahasa orang Melayu hari ini makin pudar. Malu satu dunia bila netizen kita 'buat kerja'. - CARI
|
Sham143 replied at 3-9-2021 01:36 PM
Menunjukkan betapa ramainya yg bermentaliti ppr di kalangan orang melayu..
kakigojes replied at 3-9-2021 01:35 PM
Entahler…… Malaysia je ke ada netz camni.. confirm negara lain takde netz camni? Tbh benda ni wala ...
Gianna111 replied at 3-9-2021 01:52 PM
memang betul pun...kes shah firdaus dan jack carlin hari tu.mak si jack pun netizen kita sentuh.husb ...
ADVERTISEMENT