CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pesakit 'Histeria' Dihampiri Lembaga Serba Putih Dalam Wad

4-9-2021 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6454| Komen: 30

Seorang pesakit wanita menjerit ketakutan apabila dihampiri ‘lembaga serba putih’ di dalam wad sebuah hospital sehingga mengejutkan pesakit lain yang sedang lena tidur.


Kredit foto: Idro Nafiz


Bagaimanapun, ketakutan wanita itu segera ditenangkan lembaga berkenaan yang sebenarnya merupakan petugas kesihatan lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) dengan dibantu dua lagi rakan sekerjanya.

Menerusi satu klip video berdurasi 38 saat yang dimuat naik Idro Nafiz di Facebook, kelihatan pesakit berkenaan dipercayai sedang tidur di atas katil sebelum dihampiri petugas kesihatan yang mahu melakukan pemeriksaan.

Sebaik dihampiri, pesakit berkenaan yang terkejut terus berteriak mengakibatkan pesakit di katil sebelah terjaga daripada tidur dan terpinga-pinga, malah petugas kesihatan berkenaan juga dilihat berusaha menenangkannya.


Loading FB Post...

Klip video berkenaan yang kini tular di platform media sosial mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menyifatkannya sebagai tragedi seram melucukan serta sedikit sebanyak dapat menghiburkan petugas barusan hadapan yang terlibat.

Kasihan pada pesakit lain yang lena tidur tersentak dengar orang menjerit.

Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 4-9-2021 04:49 PM
Aku gelak mengekek tgk video ni... Kelakar pun ada.. Mesti malu pesakit tu.. Dia bukan sengaja
Quote imransulaiman 4-9-2021 04:51 PM
Edited by imransulaiman at 4-9-2021 04:53 PM

Kawan send tengah malam tadi.. Ingatkan video seram! Pagi baru aku play

Aku gelak lepas nampak petugas ke3 tu tekan perut gelak!
Quote whimsicalmusic 4-9-2021 05:10 PM
Hahhaha kelakar..kesian kt yg menjerit terkejut tu sbb lama n kesian jgk kt frontliner tu, die pn tkejut hahahah
Quote misuke 4-9-2021 05:23 PM
Senak perut aku tahan taknak gelak kuat sbb baby tengah tido
Quote misuke 4-9-2021 05:24 PM
Senak perut aku tahan taknak gelak kuat sbb baby tengah tido
Quote LadyCarefree 4-9-2021 05:40 PM
Lawak tapi boleh ke spital sebar cctv camni? Xbaik ah. Pastu makcik sebelah tu xpakai tudung kotlah dia bertudung.
Quote sambaldurian 4-9-2021 06:30 PM
kt Malaysia ke , apsal ak bunyi mcm ckp vietnam, bunyi khmer je.
Quote None68 4-9-2021 07:10 PM
Macam bukan kat Malaysia aje
Quote mijot 4-9-2021 08:26 PM
terkekeh aku gelak bila petugas ketiga tu dok tahan perut...
kesian tgk pesakit yg sebelah tu...tercengang2 dia..
Quote cucutokwan89 4-9-2021 08:40 PM
Bkn kita tau dia tgh mimpi apa. Tiba2 dtg serba putih. Nsb baik jiran sebelah tak sakit jantung.
Quote Eva_yy_Ellin 4-9-2021 09:41 PM
Maaf la mak cik, tergelak pula.
Comel je petugas tu lambai tangan dekat pesakit tu nak cool down kan dia
Quote edayildiz 4-9-2021 09:49 PM
kelakar pakcik yg tgh tdo tu
Quote Carcosa 4-9-2021 09:51 PM
imransulaiman:    Edited by imransulaiman at 4-9-2021 04:53 PM  Kawan send tengah malam tadi.. Ingatkan video seram! Pagi baru aku play Aku gelak lepas nampak ...



Bahahhahaha. Chuols mentioned baru meols perasan. Me'ols pon tergelak! Kemain dia smp rukuk sebab tergelak. Bahahahha
Quote Fortiori02 4-9-2021 10:00 PM
Haha, kalo iols pun mau terjun katil kalo tgh sedap2 tido tetiba ada 'lembaga bungkus putih' kat tepi katil
Quote Fortiori02 4-9-2021 10:03 PM
sambaldurian replied at 4-9-2021 06:30 PM
kt Malaysia ke , apsal ak bunyi mcm ckp vietnam, bunyi khmer je.


Bahasa mcm bkn bahasa kita, cuma x dpt tangkap bahasa apa drg guna tu... Tp mmg lawak je vid ni..
Quote Missrarara 4-9-2021 10:33 PM
Hahahaha
Quote che-cikL 4-9-2021 11:10 PM
LadyCarefree replied at 4-9-2021 05:40 PM
Lawak tapi boleh ke spital sebar cctv camni? Xbaik ah. Pastu makcik sebelah tu xpakai tudung kotlah  ...

Makcik ke tu? Iols heran ingatkan apek. Heran pulak lelaki perempuan sebilik.
Quote che-cikL 4-9-2021 11:12 PM
Iols simpati nurse yg diingat hantu tu, cepat spontan dia selak tabir tu utk elak salah faham harassment
Quote LadyCarefree 5-9-2021 12:12 AM
che-cikL replied at 4-9-2021 10:10 PM
Makcik ke tu? Iols heran ingatkan apek. Heran pulak lelaki perempuan sebilik.

Kalau kat bilik observation emergency department memang campur lelaki perempuan.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.083712 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top