CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharifah Amani Heran Geng Forevernya Tak Support Filem Kawan Sendiri

5-9-2021 01:24 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10786| Komen: 38|Original author: Oleh: Cari-Azza





"Dahsyat monopoli."


Aktres, Sharifah Amani meluahkan kehairanannya terhadap rakan-rakan seni yang tidak menolong mempromosikan hasil karya terbaharunya.


Ianya rentetan filem Mencari Rahmat yang kini ditayangkan menerusi platform streaming, Mubi.

Jelas Amani lagi, dia pelik kerana tiada sokongan daripada rakan baiknya yang dikatakan berpunca kontrak syarikat yang tidak membenarkan mereka bercerita mengenai filem lain.

Siapa rakan Amani itu?

Foto :Twitter

Luahan tersebut mendapat perhatian netizen yang merasakan ianya tidak patut berlaku. Sudahlah industri seni Malaysia kecil, tidak menyokong antara satu sama lain ni ikut perangai siapa?

"Fuh, ingat dekat China je macam ni???"

Foto : IG


Bagaimanapun, bagi segelintir netizen pula menyatakan ianya perkara biasa dan di mana-mana pun sama.

Foto : Twitter

Filem komedi yang lain dari lain lakonan Namron, Amerul Affendi, Nadia Aqila, Adibah Nor dan Sharifah Amani sendiri ini dikatakan mengetengahkan aspek teater ke kamera filem sendiri antara keistimewaanya.

Foto : IG

Namun, bagi Amani, ianya bukan isu persahabatan tetapi isu kapitalis yang tidak berkesudahan. Jadi jangan lah melaga-lagakan dirinya dan rakan-rakannya.

Tetapi, kita mesti nak tahu, siapa kawan Sharifah Amani yang tak tolong promo tu? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 5-9-2021 01:30 PM
faham ni pun satu bentuk promo jua
Quote LadyCarefree 5-9-2021 01:35 PM
Macam. Semua samada nak duit atau takut org lain buat duit dia tak dapat apa.
Quote kakigojes 5-9-2021 01:39 PM
I wonder why tak boleh nak reveal nama geng & company tu.. cause kalau benar monopoli, wouldn’t you want to expose it? Ke geng2 tu auta je lol
Quote besi_kelabu 5-9-2021 01:49 PM
pelakon macam best
Quote kakakpositifker 5-9-2021 01:53 PM
Walau apa dia cakap ni ada lah kot benarnya. Tapj akak tetap tak dapat nak minat dia. Tab lah. Akak minta maaf
Quote dudaberhias 5-9-2021 02:02 PM
Cerita macam menarik sebab arahan pun oleh pelakon yang pandai jugak berlakon. Cumanya memang kita kena bagitahu la geng2 tu suruh promosikan di laman sosial macam netflix memang ada kontrak suruh pelakon promosi di balik tabir sampai la release date.

Dah tu engko jadi agen kek mamasabariah pun leader hari2 push suruh promot dekat media sosial 5x sehari sampai bertimbun2 orang block. Baik engko berguru dengan tokey ikan paus perap tu dik macam mana nak paksa orang buat marketing hari2. Ni takat berharap je memang la tak jadi.
Quote exclusive_vvip 5-9-2021 02:14 PM
dah tu, dah ko tau memember terikat ngan kontrak, ko nak merempan lagi dah kenapa?
Quote exclusive_vvip 5-9-2021 02:16 PM
ko pun kalu tgh ikat kontrak jadi ambassador skincare Estée Lauder, takkan lah ko boleh promote serum muka terbaru Dior yang member ko jadi ambassador pulak…
Quote nakkomenjugak 5-9-2021 02:38 PM
alamak
cite ni ada pelakon fav iol
nanti la tengok
nak buat caneee naniiii
dah member tepaksa kunci mulut
Quote cmf_premierleag 5-9-2021 02:47 PM
ala zaman2 covid ni, sapot je la member2 tu
kut2 la esok lusa dia ditidurkan kat spital sbb covid ke kan
ada gak kebaikan yg ko penah buat sbb tlg member tu promote produk dia
x kisah la artis or bukan artis....sapot je la each others kalao dia jual karipap skalipun
dunia nk akhir zaman pun dekkkk
Quote tigerads 5-9-2021 02:48 PM
dudaberhias replied at 5-9-2021 02:02 PM
Cerita macam menarik sebab arahan pun oleh pelakon yang pandai jugak berlakon. Cumanya memang kita k ...

kesahnya slps lipat sejadah kena buat promosi mamasabun tu??

astaga....

apapun mubi je netflix ke...tidok la i langgan....tunggu tayang kat astero je citer ni
Quote Catpaw 5-9-2021 04:55 PM
Gelinya tengok fambardia peluk2 tu, fefeing kekanak ke
Quote dudaberhias 5-9-2021 04:59 PM
tigerads replied at 5-9-2021 02:48 PM
kesahnya slps lipat sejadah kena buat promosi mamasabun tu??

astaga....

Yer kaka, di tambah pula kena live dan bodohkan diri mengcekik kek keras kejung. Kalau mati tercekik time live Terkambuihhh la sekali dengan kek2 expired.
Quote fadz84 5-9-2021 07:08 PM
dudaberhias replied at 5-9-2021 04:59 PM
Yer kaka, di tambah pula kena live dan bodohkan diri mengcekik kek keras kejung. Kalau mati tercek ...

Lawak la hahahaha... Mati tercekik kek kejung mamasabariah..
Quote kitmal9545 5-9-2021 08:43 PM
filem ni kurang promo...tak sapa yang tahu
Quote alesandra 5-9-2021 09:08 PM
posternya tak menarik dan kelihatan membosankan
Quote pinkzara 5-9-2021 09:24 PM
Tindakan ke belakang sgt kalau betul mcm tu.
Skrg ni zmn kolaborasi. Bukan zmn biz sorang2.
Quote beta_carotene 5-9-2021 09:36 PM
tajuk filem very the mekar sejambak RTM.

n pelakon2 laki kepam2 je. amik la sorg eye candy aiyooo
Quote rosannazmia 5-9-2021 09:38 PM
Masa remaja dulu baca ler oscar wilde ni.. Abah beli buku literature utk grade 3 ( version dimudahkan kot) mak ai, pening jugak.. Last2 tgk movie rupert everrett ngn colin firth belakon, tu pon dah tua (dah grad U) baru paham sikit. Tapi menarik lah movie tu.. Teringin juga nak tgk versi melayu ni, interpretasi nya bagai mana..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.042086 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top