CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China Haramkan TV Siar Imej Lelaki Tak Cukup Maskulin

5-9-2021 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8307| Komen: 63

Pemerintah China mengharamkan stesen penyiaran negara itu memaparkan imej lelaki berpewatakan lembut dan mengarahkan untuk mempromosikan ‘budaya revolusi’ bagi memperluaskan kempen kawalan terhadap perniagaan dan masyarakat serta menegakkan moral rasmi, lapor saluran berita Fox News.


Presiden Xi Jinping mengarahkan pelaksanaan ‘pembaharuan nasional’ itu dengan Parti Komunis China mengawal ketat perniagaan, pendidikan, budaya dan keagamaan dalam visi untuk menjadikan masyarakat China sebagai lebih kuat dan sihat.


Kredit foto: AP/Voice of America

Menurut undang-undang televisyen negara itu, stesen penyiaran perlu ‘menghentikan tayangan imej lelaki yang bersifat keperempuanan’.

Mereka turut diarahkan untuk menggunakan istilah berbentuk penghinaan kepada golongan itu yang dikenali sebagai ‘niang pao’ yang bermaksud ‘bersikap keperempuanan’.

Ia menggambarkan selebriti China yang dipengaruhi imej keperempuanan daripada penyanyi dan pelakon dari Korea Selatan serta Jepun gagal dalam menggalakkan golongan lelaki muda di negara itu untuk bersifat maskulin.


Selain itu, stesen penyiaran turut perlu berhenti mempromosikan ‘selebriti internet yang tidak sopan’ serta sikap mengagumi kekayaan golongan tersebut.

Mereka sebaliknya, perlu mempromosikan budaya tradisional Cina, revolusi serta sosialis yang maju.

Selain itu, pemerintah turut mengenakan kawalan ketat terhadap selebriti dengan meminta stesen penyiaran untuk tidak menyiarkan selebriti yang ‘melanggar ketenteraman awam’ atau ‘tidak bermoral’.


Kredit foto: Dawn

Pelakon popular, Zhao Wei sebelum ini turut dilaporkan dipadam maklumatnya dari internet dan semua platform penstriman kerana dikatakan sering terlibat dengan kontroversi. 


Sumber: Kosmo
4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mclaren 5-9-2021 02:33 PM
So KPop tak boleh tayang lah kat sana?

Semua muka macam perempuan.
Quote namemysoul 5-9-2021 02:50 PM
Diaorg mmg tgh siap nak perang ke...itukan moto diaorg dr beribu2 thn dulu...nak satukan wilayah kne tawan semua tmpt...dah perasan kot generasi skrg byk memberontak n lbh bebas...
Quote edayildiz 5-9-2021 02:52 PM
lelaki turki jgk yg terlebih maskulin
Quote hyie 5-9-2021 02:52 PM
kesian lah ah kua kat sana tak boleh cari makan nanti tiberrrr
Quote lonely_surina 5-9-2021 03:04 PM
elok pun..
kdg naik annoying tgk pipi mulut jate korea cina yg berlakon neh pink2 oren..
tu belum lagi berlakon jadi anak megah holding versi korea, yaa ampun ngalahkan heroin pink mulutnya..

comfirm depa neh kalo baling lipas meloncat..

elok lagi pelakon lelaki tamil telegu yg masih nampak btl2 lelaki..

Quote tahanie 5-9-2021 03:06 PM
Elok pula negara kafir ni
Quote ninja9 5-9-2021 03:12 PM
kerajaan china ni takut  pengaruh2 pelakon terutama yang dah jadi milionaire atau billionaire tu akan jejaskan pengaruh mereka, aku rasa gitu.. budaya lelaki bersolek ni pun tak disukai, kerajan chiana nak imej lelaki seperti dulu-dulu.... ada dah artis yang popular kena blaklis tanpa ada penjelasan yang jelas, tapi ada yang kata artis2 besar yang ada bisnes jutaan itu haruslah mengambil peranan untuk memakmurkan masyarakat bersama....
Quote ketupatnasi 5-9-2021 03:13 PM
Ce mintak Annuar Musa komen
Quote tumpanglalu74 5-9-2021 03:30 PM
Edited by tumpanglalu74 at 5-9-2021 03:31 PM

Kunoon..  Dedolu nak koje istane kene potong kote ape cerite?  Kote ato kebulor.


https://preview.redd.it/4pcsp5eu ... 0913eb518adcc107d7c
Quote scorpionkiki 5-9-2021 03:39 PM
Baguslah....elok gov malaysia pun buat mcm ni
Quote bakingsoda 5-9-2021 03:41 PM
kalau dorang ban kpop terus alamatnya habis lah jualan album retis2 kpop yg bergantung dgn chinese fanbars kecuali bts dgn twice. bts ada peminat barat ramai gila, twice dari zaman rookies dulu lagi dah lunyai kena buli ngan china
Quote Nham22 5-9-2021 03:45 PM
bakingsoda replied at 5-9-2021 03:41 PM
kalau dorang ban kpop terus alamatnya habis lah jualan album retis2 kpop yg bergantung dgn chinese f ...

Tp bts kene buli kat US.. Hahaha... Kaw2x punye kene buli dgn market US... Sadisss depa
Quote sarah82 5-9-2021 04:11 PM
Depa tgh kalut.. Sebab byk drama classic kononnya promote homoseks cara diam2
Quote TomyamPuteh 5-9-2021 04:19 PM
Nasib baik @Kurex jantan kekar.
Quote cikpuanviolet 5-9-2021 04:20 PM
Nham22 replied at 5-9-2021 03:45 PM
Tp bts kene buli kat US.. Hahaha... Kaw2x punye kene buli dgn market US... Sadisss depa

Hitampink kena buli tak kat us tu?
Quote AbukRokok 5-9-2021 04:53 PM
belanikah social justice warrior menengking China kerana diskriminasi ini?
Quote Kurex 5-9-2021 06:02 PM
TomyamPuteh replied at 5-9-2021 04:19 PM
Nasib baik @Kurex jantan kekar.

Iols jantan yg dihati ada taman
Quote pxlbb 5-9-2021 06:07 PM
Oooh yang ini iols setuju sangat
Quote Dorotheas 5-9-2021 06:29 PM
Bagus sngat sebab kdrama boys love da tumbuh mcm cendawan,biar pupus terus di china!

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.061806 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top