CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu Ratu Cantik, Akhirnya Mati Sebagai Gelandangan Sebab Adik-Beradik Dengki

6-9-2021 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6365| Komen: 27

Caracas: Wanita ini pernah hidup bergelumang dengan kemewahan dan terkenal selepas dinobatkan Miss Venezuela pada 1973.

Mempunyai wajah dan susuk tubuh menawan membuatkan dia digelar wanita paling cantik di negara itu satu masa dulu.


Damarys Ruiz melalui puncak kejayaan apabila dirinya menarik perhatian ramai ketika berusia 26 tahun.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila dia yang mengalami masalah keluarga hinggalah ditemui mati di jalanan sebagai gelandangan, lapor The Sun.


Foto: The Sun

Dia juga memutuskan untuk tidak meneruskan kerjayanya dalam bidang perundangan.

Ruiz tinggal bersama adik-beradik lelakinya dan tidak pernah mempunyai teman lelaki yang baik.

Rakannya mengatakan, adik-beradik lelaki Ruiz iri hati kepadanya hingga tidak memberi kebebasan buat wanita itu.

"Mereka membuat saya kelaparan dan sering mengancam memukul saya.

"Saya berulang kali melaporkan kepada polis tetapi tiada tindakan," katanya dipetik media sebelum ini.

Tidak tahan hidup diseksa, Ruiz memilih melarikan diri dari rumah pada 2000.

Dia yang tidak mempunyai sebarang tujuan akhirnya menjadi gelandangan di jalanan.

Rosalba Gomes yang mengenali Ruiz dalam dua tahun terakhir bertemu dengannya dua atau tiga kali dalam seminggu.

"Hidupnya berakhir dengan kemurungan teruk tanpa mendapat sokongan dari keluarga dan rakannya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote downiey 6-9-2021 09:27 AM
even gelandangan n dh tua pon still cntik
Quote rosmahisham 6-9-2021 09:30 AM
Jahatnya adek2 dia.. pnh dgr org tua kata org cantik ni selalu nsb kurang baik sbb ramai org dengki..aku suka tgk pompuan cantik lgsung x de perasaan dengki pon!
Quote mclaren 6-9-2021 09:35 AM
Teringat documentary pageant factory kat Venezuela. Kemiskinan buatkan semua parents dan guardians harapkan anak2 mereka dapat jadi Miss Venezuela dan hantar anak2 kecil ke pageant factories dan golok gadai entry fees yang mahal moga2 dapat jadi ratu cantik dan ubah nasib keluarga.
Quote bottombikini 6-9-2021 09:46 AM
dulu2 venezuela selalu menang kalo ratu cantik

pastu tak lama kemudian ada keluar article ada sorang ratu tu dilucutkan title sbb buat plastic surgery. rupanya depa2 yg masuk ratu2 ni pun buat surgery. patut la cantik2 !
Quote kikuri 6-9-2021 09:57 AM
cantik acik ni...dah tua jadi gelandangan pun nampak lagi cantiknya..
Quote spankee_fili 6-9-2021 10:10 AM
Serius still cantik even dah tua selekeh
My condolences, RIP
Quote naina 6-9-2021 10:14 AM
mclaren replied at 6-9-2021 09:35 AM
Teringat documentary pageant factory kat Venezuela. Kemiskinan buatkan semua parents dan guardians h ...

Hanya ilmu dan pendidikan sahaja yang boleh ubah nasib manusia..
Quote Buritan 6-9-2021 10:17 AM
rosmahisham replied at 6-9-2021 09:30 AM
Jahatnya adek2 dia.. pnh dgr org tua kata org cantik ni selalu nsb kurang baik sbb ramai org dengki. ...

Yep mcm kawan aku mmgcantik dan pandai.. tp tu laa kawin pun dgn bewak..
Quote KamikuP 6-9-2021 10:42 AM
Yg terindah hanya sementara - ujar acik EF
Quote TeropongThaico 6-9-2021 10:44 AM
Edited by TeropongThaico at 6-9-2021 12:15 PM
naina replied at 6-9-2021 10:14 AM
Hanya ilmu dan pendidikan sahaja yang boleh ubah nasib manusia..


Yes ai setuju dgn statement ni. Kalau ada ilmu tu apa2 jd blh lagi cover lg. Macam biji benih... Mana2 pun blh bercambah kata nenek moyang kita

Tapi dia pun kena berani gak la utk ubah keadaan/nasib. Harap kat org @ adik beradik takkan ke mana kalau jumpa yg cam gitu
Quote TeropongThaico 6-9-2021 10:46 AM
Kesian acik nih... Adik beradik lelaki pulak yg dengki, gilo apa Kalau perempuan tu satu hal la kan. Tapi sampai rosal hidup orang tu melampau sangat la
Quote Suchi 6-9-2021 11:15 AM
Dah tua jadi gelandangan pun dia masih nampak cantik.
Org kalau dh cantik mmg akan cantiklah dlm apa jua keadaan.
Heran adik badik lelaki pun nak mendengki kalau pompuan tu paham la juga mmg sifat dengki iri hati tu dah sebati dlm drh daging.
Tp lelaki pun jenis rumit gak rupanya.
Quote Nenasketum 6-9-2021 11:17 AM
Still pretty. Latin Americans memang toxic, tu pasal drama depa berjela2 aka telenovela. Tetiba irrelevant.
Quote xtinkerbellx 6-9-2021 11:23 AM
Dah tua pun still lawa lagi
Quote HappyGumbira 6-9-2021 11:28 AM
dia memutuskan untuk tidak meneruskan kerjaya dlm bidang perundangan
.
.
sedihnya life sheols... famili dia mmg bongok ke apa. at least boleh tumpang senang, kalau sheols bjaya
Quote cik_sssara 6-9-2021 11:40 AM
HappyGumbira replied at 6-9-2021 11:28 AM
dia memutuskan untuk tidak meneruskan kerjaya dlm bidang perundangan
.
.

A'ah, dia ada law degree, too depressed i guess.

Lagi sedih takde siapa pun tuntut mayat dia kat hospital.

Families can be the worst bullies.

Quote gelas_pelastik 6-9-2021 11:46 AM
dah tua pun masih cantik
Quote Imkhai 6-9-2021 11:47 AM
HappyGumbira replied at 6-9-2021 11:28 AM
dia memutuskan untuk tidak meneruskan kerjaya dlm bidang perundangan
.
.

kiranya pandai la kn sape kata hnya trpelajar blh aman2 hidup dlm dunia ni x semua dlm dunia ni nk kena jd pandai bnyk je kes org pndai ni jd org gila kemurungan x brnasib baik contoh dia ni dan x semestinya org x pandai tu kehidupan dia x akan berubah di masa akan dtg
Quote novelloverzz 6-9-2021 11:56 AM
cik_sssara replied at 6-9-2021 11:40 AM
A'ah, dia ada law degree, too depressed i guess.

Lagi sedih takde siapa pun tuntut mayat dia k ...

sgt setuju...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.036376 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top