CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bangga Tayang Sijil Masa Dine-In- "Berlagak Macam Dia Seorang Ambil Vaksin"

7-9-2021 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15930| Komen: 176

Gelagat sekumpulan lelaki seolah-olah berbangga dapat menikmati hidangan di sebuah kedai makan sambil menayang sijil digital vaksinasi pada telefon pintar masing-masing dikecam netizen baru-baru ini.


Berdasarkan sebuah video berdurasi 13 saat yang dikongsi @Jamalhujan di TikTok, kelihatan sekumpulan lelaki menunjukkan sijil digital vaksinasi sambil menikmati hidangan di atas meja.

Menerusi video itu, dia merakam gelagat rakannya yang gembira apabila akhirnya dapat melakukan aktiviti ‘dine-in’ setelah beberapa bulan ‘berkurung’ di rumah.


Foto: Kosmo

Perkongsian tersebut, meraih 1.8 juta tontonan dan 7,363 komen pengguna sosial media yang memberikan pelbagai reaksi terhadap sikap ‘angkuh’ dan disifatkan tidak menjaga sensitiviti orang ramai.


“Penyebab merebak jangkitan Covid-19, walaupun dah cukup dos duduk rumah sahaja,” kata @AmirAshraff

“Jagalah sikit hati orang ramai, walaupun dah lengkap dos tak perlu menunjuk-nunjuk sijil itu,”@SulaimanZabyy

“Budak-budak baru dapat sijil vaksin, janganlah berlagak macam dia seorang ambil vaksin,” @Ilasuhaila

Perkongsian itu mendapat perhatian orang ramai kerana banyak individu yang masih belum lengkap vaksinasi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 7-9-2021 10:00 AM
Porumer Cari antufeksin ke tu?
Quote noor2 7-9-2021 10:02 AM
Knp pula nk marah...yg marah ni mesti antivaksin atau x cucuk vaksin lagi....
Quote white_musk 7-9-2021 10:04 AM
Tu la antivakxx ni dengki sungguh bak Siti Carsem lakunya

Quote MeghanK 7-9-2021 10:06 AM
laa, upload kat socmed sendiri pon kena pikir hati orang ke..konsep je senang weyy, tak suka jangan tengok..dah masuk rumah orang nak komplen macam2..sesapa yang dah lengkap vaksin nak dine in pegi je la..yang komplen2 tu sapa suruh tak vaksin
Quote makadek 7-9-2021 10:07 AM
Dengki ke
Quote AbukRokok 7-9-2021 10:11 AM
org lain pun boleh masuk dek xyah tunjuk
lu kne tunjuk nk dine in... org lain dine in je mcm biase
sapa lagi terer
Quote supermum 7-9-2021 10:14 AM
Light up la. Benda gini pun boleh menimbulkan kemarahan
Quote KamikuP 7-9-2021 10:20 AM
Antivvaxx dengki le tew.. ekekeke
Quote mclaren 7-9-2021 10:26 AM
Edited by mclaren at 7-9-2021 10:48 AM
MeghanK replied at 7-9-2021 10:06 AM
laa, upload kat socmed sendiri pon kena pikir hati orang ke..konsep je senang weyy, tak suka jangan  ...


Entah lah Meg

Kena ingat surah AtTakaatsur yang larang kita bermegah2.

Kadang tu kan bila si blastop ada kongsi kisah seorang dua provax yang hina2 antivax terang2 dalam social media dan bangga dqpat vaksin tu dan ended up meninggal sebab covid, ada kadang terdetik kat minda ai maybe sebab teruk sangat bangga.

Apa2 pun tak tahulah insan2 kat atas tu punya niat. If just sharing tanpa riak, then takde apa hal kot. If meriak... then better not.
Quote Manjahati 7-9-2021 10:31 AM
Overnya bbnu ni…
Quote shiraloveyou 7-9-2021 10:38 AM
Bagi iols, over sgt riaknya....jaga la hati org lain jugak.....ada yg dah boleh dine in siap record video kawan tu duduk luar sorang2 sebab belum complete vaksin...kesian tgk kawan tu cangkung sorg2 kat luar restoran....semua berlumba2 tayang itu ini demi content...ingat lawak ke?meluat okeh....
Quote KIM.K 7-9-2021 10:40 AM
shiraloveyou replied at 7-9-2021 10:38 AM
Bagi iols, over sgt riaknya....jaga la hati org lain jugak.....ada yg dah boleh dine in siap record  ...

Komen ni lawak
Quote famri7 7-9-2021 10:41 AM
Kesiannya..di kelate kedai penuh jah.di tanah suchi barat semua jakun2 tunjuk screencap bagai..sampahnya
Quote sayawifenikmie 7-9-2021 10:43 AM
... gurau gurau sambil cari viral jer tu ...
tapi lebih afdol kalau makan kat rumah bersama keluarha
kes jangkitan pun masih tinggi sesangat
Quote Thunderclouds 7-9-2021 10:46 AM
Mcm ni pn nk kira xpikir sensitivity org lain ka?? It's a choice la wei. Hg nk vaksin @ x,is a choice. Hg dh lengkap vaksin nk dine in @ x also a choice. Hg xnk vaksin then xleh nk dine in pn itu pilihan hg. I anggap depa nk tyg kt kwn2 sendri. Mebi ada yg lom dpt appointment vaksin,mebi yg lom lengkap,mebi  ada lom tamat edah. Tp org yg xdak kna mngena triggered.
Quote bellaa 7-9-2021 10:50 AM
bbnu sangat..

i dapat cert vaxx since april'21 ritu.
tak da nak tayang2 pon.
Quote Nham22 7-9-2021 10:54 AM
Klu aku buat mcm tag klip kat baju... Kalau nak poyo lg... Pakai tali tag.. Hahahaha..
Quote tupai 7-9-2021 10:55 AM
Aiyoo ape yg angkuh nye.... dah die happy dh complete vaksin & dpt dine in so let them enjoy the moment....why org lain bitter? Sah2 org x vaksin
Quote noor2 7-9-2021 10:59 AM
Akak yg dah ada cert dan dah vaksin ni x de rasa apa pun budak2 tu nk tunjuk...hehe..mungkin depa x nk orang salah anggap depa x vaksin duk makan ramai2 gitu...

Lihat semua komen(176)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.117410 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top