CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bisnes Kedai Runcit Berkembang, Lan Solo Nak Miliki Gudang 2 Tahun Lagi

7-9-2021 10:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7024| Komen: 28

Rezeki penyanyi Lan Solo dalam bidang perniagaan terus mencurah-curah apabila kedai runcit miliknya, Solo Borneo Mart di Puchong Prima, Selangor berpindah ke bangunan yang lebih besar.


Kredit foto: IG Sheila

"Sekarang kita dah berpindah ke Bukit Puchong, lokasi kedai baharu dan lama dekat sahaja, jarakkan tak sampai 10 kilometer pun... kenapa kita pindah sebab nak kembangkan lagi bisnes kami selepas dua tahun beroperasi.

"Kedai lama hanya satu tingkat sahaja, macam dah tak relevan sebab situlah tempat letak stok, tempat pelanggan membeli, pejabat dan sebagainya, jadi kurang selesa untuk orang ramai yang datang.

"Alhamdulillah kami dapat menyewa bangunan tiga tingkat... lokasi pun strategik dan luas untuk menyimpan barang. Kedai sebelum ini agak sempit, kurang selesa untuk pelanggan dan pekerja,” kata Lan, 36, kepada mStar.





Lan juga memberitahu beberapa insiden seperti rompakan dan aduan masyarakat setempat sebelum ini bukanlah penyebab utama dia berpindah.

"Dua tahun berniaga kita memang ada perancangan untuk kembangkan lagi. Sejujurnya orang buat aduan ke, kes rompak ke atau isu lain pun tak memberi kesan buruk kepada kami.

"Sebaliknya mereka menyumbang bisnes kami menjadi lebih baik dibantu laporan media dan sebagainya. Itu juga membantu promosi kedai kami.

"Mungkin sebab kita meniaga kedai runcit jadi tiada kesan yang buruk. Alhamdulillah bila kita kata nak pindah, pelanggan suka dan mereka rasa tempat baharu ini lebih selesa.

"Dua tahun lagi kita ada plan mahu miliki gudang sendiri. Buat masa ni menyewa dulu untuk lancarkan perniagaan. Doa-doakanlah kalau ada rezeki kami mampu beli bangunan sendiri nanti," katanya.



Pada Disember tahun lalu, Lan mengalami kerugian lebih RM500 apabila kedainya itu dirompak penjenayah.

Bukan itu sahaja, Lan juga pernah berkongsi video menunjukkan pihak penguatkuasa datang mengeluarkan saman terhadap kedainya selepas menerima aduan mendakwa kedai runcitnya menganggu lalu lintas pada Jun lalu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 7-9-2021 10:44 PM
Oo dqh pindah situ ya
Dkt sikit dgn rumah iols..
Quote dudaberhias 7-9-2021 10:46 PM
Ooooo ok, alhamdulilah moga bisnes terus maju. Lepasni parking leklokkk dekk oiii, jap lagi orang report ko menganggu jalan raya marah pulak kau kata orang dengki... Bawak turun la barang memalam atau awal pagi tanpa ganggu orang.
Quote biozipstar 7-9-2021 10:47 PM
moga terus berjaya.. jangan kutuk2 kawan sendiri secara terbuka beramai2 lagi ya...
Quote nakkomenjugak 7-9-2021 10:54 PM
haa baguslah
lepas ni kawan ajak ngutuk
cakap je ko busy niaga
Quote slyfynx 7-9-2021 11:07 PM
Ok
Pasni parking buat loading bay sendiri ye.
Baru boleh marah kalau orang panggil penguatkuasa.
Pastu, kutuk kawan buat google meet je tau.
Jangan live.
Quote anilanil 7-9-2021 11:41 PM
Semoga byk masa dihabiskan dgn kerja. Kurangkan masa utk membawang & gi salon dye rambut ntah pape.
Quote LadyCarefree 7-9-2021 11:45 PM
slyfynx replied at 7-9-2021 10:07 PM
Ok
Pasni parking buat loading bay sendiri ye.
Baru boleh marah kalau orang panggil penguatkuasa.

Kan dia kata benda tu semua bagi dia liputan media dan bagus.
Quote dua_chzy 7-9-2021 11:52 PM
Kenapa Solo Borneo? Ko jual Kicap Ayam Borneo? Gula Apong Borneo? Belacan Borneo?
Quote naina 8-9-2021 12:03 AM
Tahniahh. Semoga terus maju.
Quote woven11 8-9-2021 12:56 AM
Laki bini ni elok fokus kat bisnes. Jangan kutuk kawan2 tutup pintu rezki orang lain plak.
Quote imanda 8-9-2021 12:59 AM
dua_chzy replied at 7-9-2021 11:52 PM
Kenapa Solo Borneo? Ko jual Kicap Ayam Borneo? Gula Apong Borneo? Belacan Borneo?

mmg brg2 dr borneo kan dia jual sb tu nma borneo
Quote QueenCaramel 8-9-2021 01:01 AM
Elok la tu fokus bisnes..change ur circle of frens..byk2 kan kwan dgn org meniaga..jgn ngumpat berjemaah secara live lagi la yeee
Quote supermum 8-9-2021 01:05 AM
dua_chzy replied at 7-9-2021 11:52 PM
Kenapa Solo Borneo? Ko jual Kicap Ayam Borneo? Gula Apong Borneo? Belacan Borneo?

Benda yang banyak orang Borneo request dia jual. Belacan papar pun ada hahha tapi aku belum pernah pergi.
Quote zie_indah 8-9-2021 02:11 AM
Ok leh bayar duit saman
Quote KamikuP 8-9-2021 06:17 AM
Tahniah dan kurangkan membawang dan dye rambut anak - eh kisah pulak aku
Quote fadz84 8-9-2021 06:22 AM
Lah dkt ngn ofis I klu location baru ni.. kalau sederet Jazmina Bistro tu ada Speedmart, pastu kawasan byk kereta, nk loading barang siang hari mmg x sesuai..
Quote eely_shana 8-9-2021 08:16 AM
Bagus tu berusaha gigih mencari rezeki. semoga berjaya
Quote ninjago 8-9-2021 11:50 AM
syoknya tengok org meniaga ada kedai nie. semangat rasa kerja hari2 tu kan.
Quote shernazz 8-9-2021 12:59 PM
dua_chzy replied at 7-9-2021 11:52 PM
Kenapa Solo Borneo? Ko jual Kicap Ayam Borneo? Gula Apong Borneo? Belacan Borneo?

Port iols beli kordial sun valley yach!!

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.179908 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top