CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fauziah Nawi Bengang Ada Produksi Ambil Pelakon Tak Vaksin-"Jangan Buat Hal! Ada Cable Besar Ke?"

8-9-2021 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14486| Komen: 72

Tindakan seorang penerbit dan pengurus produksi (PM) mengambil pelakon yang belum lengkap vaksinasi untuk memulakan penggambaran mengundang kemarahan aktres Fauziah Nawi.

Fauziah, 68, mengakui bimbang kelonggaran yang diberikan ditarik balik jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengetahui perkara itu.

Foto: IG

"Macam mana ada penerbit dan PM boleh ambil pelakon atau karyawan yang tak vaksin? Janganlah buat hal. Nanti kerana kalian, kebenaran akan ditarik balik.

"Menyusahkan. Kalau pihak #KKM #MKN #Finas dapat tahu macam mana? Atau kalian ada cable besar ke? Ini bukan cemburu tapi diam-diamlah," kata Fauziah.

Terdahulu, Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai ibu Fauziah menerusi Instagram meluahkan rasa kesal terhadap penerbit yang mengambil kesempatan terhadap kebenaran yang diberikan.




Pada Selasa, kerajaan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersetuju melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif, berkuatkuasa 9 September.

Persetujuan untuk memberi kelonggaran berkenaan adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan oleh MKN, termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

Dalam pada itu, Fauziah memberitahu semua penggiat seni yang ingin memulakan kerja sepatutnya mematuhi SOP yang ketat seperti yang ditetapkan kerajaan.




Biarpun vaksinasi itu merupakan pilihan individu namun Fauziah berharap semua pihak tidak bersikap pentingkan diri sendiri.

"Ramai dah dapat tawaran untuk mula kerja dengan SOP yang sangat ketat. Semua kena ikut SOP... kena vaksin, swab test sebelum dan selepas shooting.

"Ramai yang belum dapat kerja dan tengah seksa hidup ini. Tolong la... sesiapa yang tak nak vaksin itu, terpulang la. Itu pilihan anda dan hak individu.



"Hak asasi manusia tapi janganlah sombong, tak ada siapa cemburu anda shooting. Memang rezeki Allah tapi boleh tak, jangan cakap.

"Diam-diam sudahlah. Kenapa buat macam ini, selfish dan sombong," katanya menerusi video di laman Instagram.



Bagaimanapun tidak dapat dipastikan siapakah individu yang dimaksudkan Fauziah menerusi perkongsian berkenaan. -CARI

Sumber:mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 8-9-2021 01:41 PM
Industri paling sampah dalam Malaysia.
Quote Skuau 8-9-2021 01:43 PM
udah 'jalan citernyer' camtu...
Quote sharlenetexas 8-9-2021 01:43 PM
Ritrud ka?
Quote haruslah 8-9-2021 01:44 PM
Jap lg acik ritrud moyan
Quote white_musk 8-9-2021 01:45 PM
Asik nak marah je
Quote dudaberhias 8-9-2021 01:48 PM
Janda tak boleh move on dengan dagu macam pembuka tin sardin cap ayam brand tu ke?
Quote LadyCarefree 8-9-2021 02:09 PM
"tapi diam-diamlah"

Ini pun salah. Exposekan dan tarik balik kebenaran produksi yg buat ni dan saman penerbit dan PM.
Quote missHaidiD 8-9-2021 02:11 PM
Sapa retis yg menganjing tak ambik vaksin pun bole berlakon. Ritrud makjan ke??
Quote Rogue98 8-9-2021 02:17 PM
Antara industri yang teruk terjejas kerana PKP ialah industri seni. Tapi masih ada pihak yang masih tak serik2 nak menyusah kan orang lain yang sentiasa akur dgn saranan kerajaan.
Quote enot_sibudak 8-9-2021 02:18 PM
btl la.. adil la.. kesian org lain xkeja.. nnt xpasal2 kerajaan xbg shooting
Quote bbasir 8-9-2021 02:24 PM
hopefully crew n anak seni yg lain ambil iktibar apa yang berlaku kat rakan artis yg da pergi sbb kena covid ni... jgn la nak compromise dgn org2 yg high risk. particularly yg tak ambil vaksin ni....
Quote Suchi 8-9-2021 02:25 PM
dudaberhias replied at 8-9-2021 01:48 PM
Janda tak boleh move on dengan dagu macam pembuka tin sardin cap ayam brand tu ke?

Sardin cap ayam tak perlukan pembuka tin sis, sardin lain barangkali yaaa
Quote kikiharris 8-9-2021 02:30 PM
Mana boleh diam diam..
Prevention is better than cure.
Name & shame je

Quote ayse 8-9-2021 02:40 PM
Ibu marah sape tu
Quote JohnyEnglish 8-9-2021 02:41 PM
Nek dh tua elok la berundur dr donia seni ittu
Quote uori 8-9-2021 02:51 PM
bukan antivaksin, sakit dan nyusukan anak katanya
Quote chinta89 8-9-2021 03:02 PM
Lana Nordin
Quote dudaberhias 8-9-2021 03:05 PM
Suchi replied at 8-9-2021 02:25 PM
Sardin cap ayam tak perlukan pembuka tin sis, sardin lain barangkali yaaa

Ooo mungkin pembuka tin beskot cap tip tap keluaran bersaudara... Untung ritrud boleh cucuk2 isi filler dalam dagu bagi jadi pembuka tin... Tapi nak cucuk vaksin takut...
Quote NFBZCantik 8-9-2021 03:27 PM
haaaa mengata sape tu?

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.159608 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top