CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selalu Demam Dan Air Kencing Tak Normal, Buah Pinggang Bayi Sahrol Shiro Rosak Dan Membengkak

9-9-2021 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8701| Komen: 46

Keadaan kesihatan anak kepada pelawak Shahrol Shiro iaitu Ismail Rifqi semakin membimbangkan apabila doktor memaklumkan buah pinggang bayi berusia lapan bulan itu mengalami masalah dan sudah berada di tahap kronik.


Isteri Shahrol iaitu Nor Farhanah Syamimi atau lebih mesra disapa Anna berkata anak kedua mereka itu memerlukan rawatan segera selepas kedua-dua buah pinggangnya rosak dan membengkak.


Foto: IG

"Pada Isnin lalu, hasil ujian dan pemeriksaan pakar mendapati buah pinggang Ismail belah kanan sudah tiada, manakala buah pinggang Ismail sebelah kiri pula sudah bengkak.

"Kata doktor Ismail perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan dia hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengkak.


"Memang terkejut dan sedih apabila mendapat keputusan itu. Luluh hati bila dapat tahu buah pinggang Ismail mengalami kerosakan dan sudah teruk," katanya ketika dihubungi mStar.



Sementara itu, Anna berkata dia mula mengesan sesuatu yang tidak kena terhadap kesihatan anaknya apabila Ismail sering demam dan terdapat sesuatu yang tidak normal pada air kencing.

Bimbang keadaan menjadi lebih teruk, Anna dan suami mengambil keputusan melakukan pemeriksaan lanjut di hospital.



"Dia selalu demam on off... kalau tengok secara fizikal dia nampak macam sihat sahaja tapi naluri ibu kita rasa macam ada yang tak kena.

"Apabila tengok dia asyik tak sihat, kami bawa dia bertemu pakar dan buat pemeriksaan lebih menyeluruh.

"Sekarang ini Ismail dimasukkan ke sebuah hospital di Johor dan sedang menerima rawatan antibiotik," ujarnya.



Dalam pada itu, Anna turut memohon orang ramai mendoakan agar anaknya itu segera sembuh dan diberikan kekuatan untuk terus melawan penyakit.

"Mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kesihatan anak Anna. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami.



"Mana tahu atas sebab doa kalian Allah angkat dan makbulkan untuk anak Anna.

"Selitkan nama anak Anna dalam setiap solat dan doa kalian... semoga Allah balas semua jasa baik kalian," ujarnya.




Shahrol dan Anna berkahwin pada 18 Mac 2016. Selain Ismail, pasangan ini dikurniakan anak sulung lelaki bernama Iskandar Rizqi berusia empat tahun.

Shahrol juga mempunyai seorang anak lelaki, Muhd Adam hasil perkahwinan terdahulu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 9-9-2021 09:43 AM
"Pada Isnin lalu, hasil ujian dan pemeriksaan pakar mendapati buah pinggang Ismail belah kanan sudah tiada, manakala buah pinggang Ismail sebelah kiri pula sudah bengkak.

"Kata doktor Ismail perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan dia hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengkak.
Quote archerfahid 9-9-2021 09:50 AM
Allahu..semoga dipermudahkan urusan baby ismail
Quote dudaberhias 9-9-2021 09:52 AM
kesiannya kecik2 dah kena pelbagai penyakit dan dugaan.... semoga diberikan kesembuhan dan di permudahkan urusan dia...
Quote NazRysha 9-9-2021 09:54 AM
sebutlah anak ketiga
Quote krimkraker 9-9-2021 10:24 AM
Baby ismail rifqi ni anak ketiga la kan. Bile disebut anak kedua macam xwujud pulak anak dengan wife terdahulu. Kesian nye baby kecik lagi, da kene hadapi ujian sebegini.

Meolss xbape paham bab perubatan nie, tapi camne ye die ade sakit buah pinggang tu? Ade kaitan dengan pemakanan or emosi ibunye mase mengandung ke?
Quote ciksaenara 9-9-2021 10:33 AM
kesiannya.. kuat ya sayang...
Quote beta_carotene 9-9-2021 10:38 AM
sedihnya.. semoga Allah sembuhkan baby Ismail ye..

tak kisahlah anak kedua ke anak ketiga ke.. amboi netizen ni ponnnn
Quote nipskacang 9-9-2021 10:39 AM
Sedih pulak baca.. Semoga Allah mudahkan urusan baby ni and parents...
Quote Thunderclouds 9-9-2021 10:40 AM
Syafakallah baby. Semoga dberi kesembuhan.
Quote apedehal 9-9-2021 11:08 AM
Besar dugaan mu anak..semoga Allah merahmati,sedih plak
Quote TeropongThaico 9-9-2021 11:19 AM
Allahu ciannya... Kecik lagi udoh diuji dugaan berat gitu. Sedih acik mendengarnye weii...
Moga diberi kesihatan yg baik semula & kekuatan pada mrk sekeluarga
Quote amlisa 9-9-2021 11:27 AM
Semoga cepat sembuh baby...ank aku dulu pun buah pinggang bengkak sebelah..aku dpt tau ms buat detail scan..lps je bersalin aku dah mentally prepared yg ank aku akn kena operate..keluar masuk hospital jgk la masa tu..alhamdulillah skrg dia dah sihat dah 5 tahun..ms aku dalam wad dulu ada sorang akak ni ank dia kanser..dia bgtau aku baca alfatihah letak tgn dekat tempat yg ank kita sakit tu..doa utk kesembuhan..lps tu banyakkan bersedekah n mintak org yg kita sedekah tu doakan ank kita..

Kepada ibu2 mengandung aku sarankan buat la detail scan..lebih baik tahu awal drpd lewat sbb kita blh buat sesuatu..tp ramai yg xnak buat detail scan sbb takut kalau ada apa2 yg x kena dgn baby diorg..
Quote kakakko 9-9-2021 11:37 AM
Allahuakbar... Kesiannya 8 bulan dah sakit2 gitu.
Quote kakakko 9-9-2021 11:37 AM
amlisa replied at 9-9-2021 03:27 AM
Semoga cepat sembuh baby...ank aku dulu pun buah pinggang bengkak sebelah..aku dpt tau ms buat detai ...

operate untuk buang buah pinggang tu ke sis?
Quote schabella 9-9-2021 12:49 PM
Syafakallah baby Ismail.. Kesian kecik2 dah me derita penyakit kronik
Quote nsmy 9-9-2021 01:17 PM
Semoga segala urusan dipermudahkan..aminnnn
Quote awenda507 9-9-2021 01:25 PM
Moga diberikan kesembuhan utk baby
Quote evlinne 9-9-2021 01:27 PM
Kesiannya baby lagi dah kena ujian mcm ni... dah la comel
Quote Parit.Hilton 9-9-2021 01:39 PM
masa iols lepas lahirkan anak ke 3, baby ada problem dengan urine
tak keluar urine, tapi mcm crystal.
so nurse KK terus suruh pegi hospital.

pastu lama jugak tunggu doktor round ward.
sampai la iols rasa nak ke toilet sangat, so minta husband ganti tunggu
takut doktor round

keluar je dari toilet, husband bagitau doktor baru lepas round
iols pun tanyala doktor cakap apa prob baby
husband iols cakap baby ada masalah buah pinggang
ya Allah menggigil iols dengar memang terus menangissssss


husband iols pelik apasal iols menangis
masa tu rasa nak pukul je dia sebab takkan la tak faham
masalah buah pinggang serious kottt
dah la baby baru umur 3 hari masa tuuuuu

lepas tu ada nampak nurse dok bagi susu kat baby sebelah
dengan nangis2 tu iols minta nurse panggil doktor sebab nak tanya betul2

alhamdulillah doktor datang jumpa dan explain
rupanya bukan masalah buah pinggang!!!
tapi baby iols dehydrate tak cukup susu sebab tu urine dia mcm crystal
so cara nak atasi masalah tu adalah dgn bagi susu
rupanya baby tak puas dapat direct feed
so iols terus campur formula

alhamdulillah lepas tu ok.

iols terus marah laki iols sebab salah faham apa iols cakap
boleh pulak dia cakap dia dengar buah pinggang je
so dia ingat masalah buah pinggang ehhhhh geramnya akuuuuuuu

alangkah dapat berita false alarm macam ni pun iols dah menangis sedihhhhh
moga baby shahrol cepat sembuh. kesian anak


Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.216466 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top