CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Pi Mai Pi Mai Tang Tu Masuk Netflix-"Bapa Aku Tak Dapat Satu Sen Pun"

9-9-2021 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15397| Komen: 72

Sitkom ikonik yang pernah menjadi fenomena era 1990-an, Pi Mai Pi Mai Tang Tu dikhabarkan mula dapat ditonton ramai menerusi platform penstriman, Netflix pada 30 Oktober depan.


Bagaimanapun, anak kepada pengarah dan penerbit naskhah tersebut, Othman Hafsham iaitu Sharmaine Othman meluahkan rasa tidak puas hati apabila bapanya tidak dibayar satu sen langsung meskipun berperanan sebagai sutradara naskhah yang begitu dekat dengan kebanyakan rakyat Malaysia itu.

“Untuk pengetahuan kalian, bapa aku tak dapat satu sen. TV3 pegang hak sepenuhnya. Malangnya, itulah yang telah dipraktikkan sejak lama dahulu,” katanya dalam beberapa ciapan Twitter.


Foto: Kosmo

Netizen menyarankan agar Shamaine yang juga berkerjaya sebagai seorang anak seni menyalurkan suaranya kepada pihak Netflix atas ketidakadilan perkara tersebut.


“Tolong salurkan suara anda kepada Netflix. Dave Chapelle (pelawak antarabangsa) juga berdepan situasi sama sebelum ini. Chappelle’s Show dimiliki oleh ‘comedy central’ dan Netflix kemudian bertindak memadamnya dari platform tersebut kerana Dave tidak mendapat sebarang keuntungan,” saran seorang netizen.

Balas Sharmaine: “Terima kasih kerana memberi peringatan ini kepada saya. Akan cakap dengan bapa saya (Othman Hafsham). Saya tahu dia berasa sangat gembira kerana siri ini akan ditayangkan kepada audiens yang ramai tapi perkara ini harus mendapat pertimbangan.”

Difahamkan, hak royalti dan pemilikan sitkom yang menceritakan mengenai kehidupan seharian penduduk di Flat Seri Wangi tersebut dipegang sepenuhnya oleh syarikat gergasi televisyen tanah air, TV3.


Foto: Kosmo

Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang sinonim dengan karakter-karakter ikonik bersifat muhibah seperti Budin yang dilakonkan Imuda, Pak Uda (Allahyarham Zami Ismail), Pak Busu (Allahyarham Ahmad Busu), Sathiya (Sathia Periasamay) dan Lucy (Angeline Tan) ditayangkan dari tahun 1985 hingga 2004.

Dalam pada itu, satu lagi sitkom kesayangan rakyat Malaysia, Spanar Jaya dijadualkan akan tiba dalam Netflix pada 15 September sementara Spanar Jaya X pula pada 30 September. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 9-9-2021 09:36 AM
Sama la jugak dgan cite2 p ramlee dekkkk.. dh apak kau yg setuju sign kontrak sebegitu…. Taylor swift lg sedih dekkk… nak beli hak sendiri pun dinafikan n dibuli dek org2 yg dia percaya…
Quote Acikgomen 9-9-2021 09:42 AM
Orix replied at 9-9-2021 09:36 AM
Sama la jugak dgan cite2 p ramlee dekkkk.. dh apak kau yg setuju sign kontrak sebegitu…. Taylor swi ...

Jom chuols nyanyi sat lagu lover
Boleh dak acik nak fefeling lagu lover tu jadi lagu tema wedding acik yg dah bekurun2
Tah2 masa acik kawin tu mak Taylor swift pun tak beranak kat dia lagi
Quote anony-mous 9-9-2021 09:46 AM
Orix replied at 9-9-2021 09:36 AM
Sama la jugak dgan cite2 p ramlee dekkkk.. dh apak kau yg setuju sign kontrak sebegitu…. Taylor swi ...

Apa kes taylor swift tu? Kalau taytay, i sggup angkat sepanduk
Quote dudaberhias 9-9-2021 09:54 AM
memang tak payah berharap la dengan royalti... sebabnya media prima tu pun dah nak bungkus... dah berapa orang dah pekerja kena pecat tahun lepas sahaja...

biar la dia bungkus cepat2... takde program yang bagus pun... cuma kesian la nasib2 anak seni yang lama ambil kontrak dengan media prima tak dapat royalti meskipun dapat masuk netflix...
Quote Wakefield 9-9-2021 10:38 AM
Orix replied at 9-9-2021 09:36 AM
Sama la jugak dgan cite2 p ramlee dekkkk.. dh apak kau yg setuju sign kontrak sebegitu…. Taylor swi ...


Kesian TS tu. Masters dia 2x orang jual beli. Usaha dia, tapi hasil orang lain yang dapat.
Quote Orix 9-9-2021 11:15 AM
anony-mous replied at 9-9-2021 09:46 AM
Apa kes taylor swift tu? Kalau taytay, i sggup angkat sepanduk

Haiyoh. Taktahu ke taytay record balik semua album dia
Quote Orix 9-9-2021 11:15 AM
Wakefield replied at 9-9-2021 10:38 AM
Kesian TS tu. Masters dia 2x orang jual beli. Usaha dia, tapi hasil orang lain yang dapat.

Aah pdahal dia mampu jah nak beli n mmg dia nk beli dari BMR tp biasalah diorg nk sakitkan hati taylor sbb xmo sambung kontrak dgan diorg
Quote F685 9-9-2021 11:25 AM
Memang selama ni pun TV station pegang hak sepenuhnya lepas beli produk daripada producer ..

Sebab tu ada yg sedang fight supaya hak itu dikembalikan kpd producer slps beberapa tahun ..

Jika producer pun tak dapat , yang terlibat dlm program tu lagi lah tak dpt apa2

Ni yang aku dengar cerita la drpd org industri .. aku pun kurang faham jgk hal2 industri ni

Dlm industri kreatif ni ... yang untung singer song writer ... royalty banyak dpt
Quote TeropongThaico 9-9-2021 11:35 AM
Uncle OH ni dgn yg lelain kli tak salah semua makan gaji je kan bawah tv tu. Dah deme sain agreement cam gitu kan... Memang tak dpt loyalty la..
Sama gak dgn geng Senario & P Ramlee tu. Kot diberi pun bonus. Tapi tu pun ikut ehsan company kot ade.
Itu cara penguasaan company keatas deme2 ni. Kes mcm ni yg Apek & Yassin tu protes ke mcm mn yg last2 dpt gak loyalty tu tp taraf artis jemputan la jdnya
Quote JohnyEnglish 9-9-2021 11:37 AM
Masa pkp total lockdown dulu aku hr2 layan PMPMTT kat Yutiub.dh masuk Netflix agaknya kat YT dh x blh tgk
Quote beta_carotene 9-9-2021 11:45 AM
mse dia sign kontrak tu xtau lak ada such things as netflix ni khuenss
agaknya klausa kontrak simple je..
Quote anony-mous 9-9-2021 12:08 PM
Orix replied at 9-9-2021 11:15 AM
Haiyoh. Taktahu ke taytay record balik semua album dia

Xtahu uols. Baru lg ke jd?
Quote dino 9-9-2021 12:17 PM
beta_carotene replied at 9-9-2021 11:45 AM
mse dia sign kontrak tu xtau lak ada such things as netflix ni khuenss
agaknya klausa kontrak simpl ...

dah kontrak asal mcm tu
mcm brp kali tyg, rerun.. boleh jual blk ke apo.

mcm drama skrg, masa deal kontrak dah beza tu sbb tyg kat utube. tyg kat utube dpt hasil.. tu ade certain drama tetiba takde lagu sbb copyright.. tv3 taknak byr so kena remove soundtrack

dr segi undang2 yea takde hak.. tp dr segi bg saguhati ke wajar la. sbb tu kena faham kontrak undang2, nak dpt slot kat tv tu bkn senang, tmbh2 prime time tu
Quote dino 9-9-2021 12:19 PM
TeropongThaico replied at 9-9-2021 11:35 AM
Uncle OH ni dgn yg lelain kli tak salah semua makan gaji je kan bawah tv tu. Dah deme sain agreement ...

more pd ehsan la dr segi law takleh dpt apa
zaman skrg artis tak pyh bergantung pd stesen tv.. youtube ade nan create channel apa pun
Quote dino 9-9-2021 12:25 PM
dudaberhias replied at 9-9-2021 09:54 AM
memang tak payah berharap la dengan royalti... sebabnya media prima tu pun dah nak bungkus... dah be ...

tv3 tak bungkus pun restructure je
tahun 1998 tu gawat lahir media prima

so skrg market berubah so biasa perubahan la utk adapt dgn market. satu dunia media tgh struggle. .. dgn platform digital dominate.. tv3 pun ade tonton cinema wpun sendu

Quote supermum 9-9-2021 12:31 PM
Patut la artis berlakon banyak-banyak masa muda tapi bila dah tua nampak miskin. Ingatkan dorang dapat royalty. Macam kat Hollywood ada artis menten kaya makan duit royalty je berpuluh juta setahun.
Quote kukukatablog 9-9-2021 12:36 PM
Orix replied at 9-9-2021 09:36 AM
Sama la jugak dgan cite2 p ramlee dekkkk.. dh apak kau yg setuju sign kontrak sebegitu…. Taylor swi ...

tay2 tu dulu pembuli gak,
duk buli Katy Perry, sampai kawan tu takut nak attend award, sbb si tay2 bawak squad dia...
walaopon dah baik now...
btw album Folklore dia mmg bestt, walaopon lagunya sendu, mmg kesian kna gigih rakam semua album dia balik...
Quote TabletSusu 9-9-2021 12:36 PM
dino replied at 9-9-2021 04:17 AM
dah kontrak asal mcm tu
mcm brp kali tyg, rerun.. boleh jual blk ke apo.

tak paham aku, anak nak meroyan dah kenapa

mmglah bapak ko yg terbitkan sitkom tu
tp dah jual hak ke tv3 kan?
so tv3 punya hak 100% atas semua ep sitkom tu
ms jual, dah dpt duit kan?
so nak bising apa lg?

samalah mcm drama2 slot2 akasia segala bagai ni.
lps tayang kat tv.. sukati tv tu lah nak jual kat siapa pulak
dah hak dia sepenuhnya


ko dah jual kat tv
pastu ko dok bising lg pasal hak? apooo
Quote Orix 9-9-2021 12:38 PM
Dunia Baru pleaseee msuk netflix pleaseeee

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.039963 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top