CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Che Ta Tak Nak Kerja Dengan Artis Tak Vaksin, "Orang Macam Itu Tak Bertanggungjawab!"

9-9-2021 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3973| Komen: 18

Sebagai pelakon dan mempunyai produksi sendiri, aktres Rozita Che Wan menegaskan dia enggan bekerjasama dengan tenaga kerja yang tidak mahu mengambil suntikan vaksin.

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, semua orang yang terlibat dalam penggambaran diwajibkan mematuhi produser operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.


Foto: IG

"Bagi saya, orang macam tu tak bertanggungjawab. Bukan saja pada diri sendiri tetapi orang lain juga. Saya sendiri ada produksi nak mula penggambaran drama dan berbincang mengenai perkara itu.

"Kena pastikan yang semua orang yang terlibat kena lengkap vaksinasi. Kalau belum lengkap, kita minta maaf tak boleh nak ambil bekerja.


"Kita terpaksa la kena ikut peraturan yang ditetapkan. Tak mahu hanya disebabkan dia seorang, kemudian akan libatkan orang lain," kata Che Ta kepada mStar.



Sebelum ini, pelakon Fauziah Nawi mendedahkan seorang penerbit dan pengurus produksi yang mengambil pelakon tanpa vaksin lengkap untuk bekerja.

Fauziah mengakui bimbang kelonggaran yang diberikan akan ditarik balik jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengetahui perkara itu.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Zain Saidin ini memberitahu lesen produksi akan ditarik semula sekiranya pihak Finas mengetahui mengenai pelanggaran SOP tersebut.



Bimbang mempunyai anak kecil di rumah, Rozita juga enggan mengambil risiko apabila melibatkan soal vaksinasi.

"Kita kena adil, kena bertanggungjawab. Tak tahulah macam mana boleh lepas kalau belum dua dos dapat berlakon.




"Kalau Finas tahu, memang lesen akan kena tarik. Macam saya, saya tak mahu ambil risiko, sebab saya ada anak kecil kan kat rumah,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 9-9-2021 09:59 AM
oooo oq... tak tanya pun nek qokdiang oii...
istana qokdiang bila nak siapnya?

hanq nak mula drama qoduksi apa pulak tu?
qiah qencalok? qiah tepung ubi babas?
Quote vee_zara 9-9-2021 12:28 PM
Tak brapa gemar dengan RSO ni sebab dedulu suka sgt show off. Tapi skrg kurang dah sebab job tak lebat kan.. tp tak dinafikan kalau bab kerja dia mmg komited.
Quote Parit.Hilton 9-9-2021 01:48 PM
compare chetak dgn ritrude iols prefer cheta walaupun cheta suka posing sebelah kiri ja

Quote fadz84 9-9-2021 01:51 PM
Parit.Hilton replied at 9-9-2021 01:48 PM
compare chetak dgn ritrude iols prefer cheta walaupun cheta suka posing sebelah kiri ja

Belah kiri profile dia yg plg cantik.. tu yg gigih bergambar mesti senget belah kiri..
Quote nakkomenjugak 9-9-2021 08:08 PM
fuhhh closet sheol ni mesti meriah
Quote bedahmenjuyah 5-12-2021 12:30 PM
Perli rud ke tu? Ko pun kuat propa gak tp vaksin ni ok lah dia dah ambik walaupun pakaian mcm kat runaway.
Quote luvcomot87 5-12-2021 12:36 PM
Perli acik ridrut ke tuh?? Ye la kn adik sheols bergaduh sakan sesama bekas biras dolu2... Apa2 isu msti ad perli2 sikit acik rid
Quote dudaberhias 5-12-2021 12:56 PM
Chuols kena faham, che ta ni dah nak masuk kategori warga emas. So faham2 la dia adalah orang2 yang berisiko tinggi boleh sakit covid teruk kalau kena. Nampak je luar forever 40, tapi dalaman dah kerepot dan taraf2 acik gomen pencen je. Sape nak sara keluarga sheols nanti? Nekta bukannya boleh dapat pencen. Dah tu macam mana dia nak bersanding tiap2 tahun dan beli baju raya untuk pakai selama 30 hari walaupun sendu.
Quote ketipongtipah 5-12-2021 01:11 PM
dudaberhias replied at 5-12-2021 12:56 PM
Chuols kena faham, che ta ni dah nak masuk kategori warga emas. So faham2 la dia adalah orang2 yang  ...

Rumah bungalow dio apo dah jadi eh?
Ke dah kena kambos dengan lalang jadi sarang mat gian?
Quote dudaberhias 5-12-2021 01:15 PM
ketipongtipah replied at 5-12-2021 01:11 PM
Rumah bungalow dio apo dah jadi eh?
Ke dah kena kambos dengan lalang jadi sarang mat gian?
...

Jangan kata kena ter kamboiiih kaka, entahh2 dah hilang dengan tapak2 sekali masuk ke alam bunian istana kokdiang dia tu. Yihhh

Tak habis2 la cerita bakal pindah sejak awal tahun, lepas raya nak pindah, hujung2 dah nak raya bersama covid kali ke 3 ni pun tak pindah2 lagi
Quote GegarVaganja 9-12-2021 08:09 AM
dudaberhias replied at 9-9-2021 09:59 AM
oooo oq... tak tanya pun nek qokdiang oii...
istana qokdiang bila nak siapnya?


Katanya tajuk baqu,
“Anak Qiah Cikcap di Qokdiang!”
Pelaqon utama anak Cheta.
Soqang dia ja daqi mula sampai abes

Quote marchikobonzo 9-12-2021 11:03 AM
Kita tunggu drama nekta vs royani
Quote hashashes 9-12-2021 11:06 AM
Ngata rakan seutara ke tuuu nekta
Quote ketambangkang 9-12-2021 11:23 AM
eloq la tu ampa sama ampa kelayi
Quote gigi 9-12-2021 11:27 AM
apa habaq... rota royani che ta dah habaq takmo berlakun dengan retis2 yg tak vaksin
Quote pinksarah 9-12-2021 11:51 AM
walaupon ada ketika che ta over, tp bab vaccine ni dia ambil berat..

kurang2 dia bersama dgn majority dan ikut sop..

sapa yg terasa tu lantak la...

rita meroyan terasa ke?

not everything is about you ok, rita
Quote sok_suci 9-12-2021 12:00 PM
Hahahah bodo la ko che ta. Kes covid bsepah2 tu blaku dlm kalangan kita yang dah vaksin jugak. Vaksin x vaksin sama je la ngonggh
Quote mojarean_X 9-12-2021 12:24 PM
Edited by mojarean_X at 9-12-2021 12:33 PM

Smlm tgk drama bkn cinta biasa lakonan Rita dgn Hafiz Roshdi tu. Aisyah dhia rana jd anak Rita tp scene dia langsung x melibatkan Rita sbb Rita dh mati awal. Tp citer tu rasanya sblm covid lg kot

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 1.087772 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top