CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Keluar Dari Perut Mak, Saya Sebut ‘Sushu’ Bukan Susu!” -Netizen Menyampah Dengar Caprice Cakap

9-9-2021 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8136| Komen: 32

Sebut nama Caprice, pasti ramai terbayangkan gaya percakapan penyanyi rap ini yang bertutur dalam slang bahasa Inggeris ketika berinteraksi dengan pengikut di laman sosial.

Isu ini terus menarik perhatian netizen hinggakan ada yang mempersoalkan cara sebutannya dalam bahasa ibunda yang kedengaran asing tidak seperti orang Melayu.

Menerusi Instagram, seorang pengikut bertanyakan mengenai cara pertuturan dan slang yang digunakan dalam perbualan harian.


Foto: IG

"Dari lahir ke cakap memang slang gitu ya?" soal pengikut.

Menjawab pertanyaan itu, Caprice secara berseloroh memberitahu dia sudah terbiasa bertutur dengan cara sebutan berkenaan sejak lahir lagi.


"Tak habis-habis orang tanya pasal slang... ya keluar je dari perut mak terus saya sebut ‘shushu’ bukan... ooo susu! Itulah slang saya.

"Saya cuba yang terbaik! Kalau siapa-siapa pernah kenal awal-awal balik Malaysia (dulu) lagi teruk,” jawabnya ringkas.


Caprice sebelum ini pernah memberitahu dia dibesarkan di beberapa negara di Eropah dan Timur Tengah kerana mengikuti bapanya yang bertugas sebagai pegawai diplomat.

Sementara itu, dalam muat naik yang sama Caprice turut menjelaskan mengenai penghasilan video muzik (MV) dan lagu jihad yang dilakukan sepanjang dua bulan berada di Jordan dan Mesir.


Kredit foto: mStar


Menurut Caprice, lagu dan MV berjudul Tiger of Al Quds itu dicipta bagi menaikkan semangat anak muda Palestin yang sedang berjuang menentang kezaliman Israel.



Niat baik Caprice itu bagaimanapun dikritik netizen dan ada yang beranggapan tujuannya mahu ke negara bergolak itu semata-mata ingin membuat lagu sahaja.

"Saya mulakan karier di Malaysia dengan buat lagu dan buat MV untuk tangkap (hati) anak muda... kemudian baru mula hujah dan jihad, itulah cara saya dekati anak muda.

"Apa cara paling best untuk masuk tempat baru bagi salam kepada orang muda kat sana buat la lagu. Itulah strategi saya.

"Alhamdulillah saya tak terasa langsung, makin lama orang akan nampak apa kita buat sebenarnya dan kebenaran pasti akan terbuka,” ujarnya.


MV lagu Tiger of Al Quds dijangka boleh ditonton di laman YouTube pada 10 Oktober depan.

Sebulan sebelum dilancarkan, Caprice ada memuat naik beberapa sedutan MV lagu tersebut di laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsiannya itu, Caprice bersama beberapa pemuda tempatan dilihat menaiki kenderaan berjenama mewah di padang pasir sambil memegang bendera Palestine. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 9-9-2021 10:07 AM
dia ni kan betul2 menterjemahkan " niat x menghalalkan cara"
ak x tau knp ak x suka dia ..
moga2 dia x jd menantu ak
Quote likilu 9-9-2021 10:18 AM
Mentality bawang show off slang
Quote MsKathryn 9-9-2021 10:54 AM
Poyooossss
Quote cmf_premierleag 9-9-2021 10:57 AM
acik2 sume dh tgk ke belum video klip kepris kat fadang fasir??
kemain tantrum x dpt masuk gaza
skali dia pi buat video klip lagu baru rapping dlm kereta ala2 jihad fisabilillah
israel is shakingggg tgk aksi2 kepris dlm v/klip terbarunya
kepris dh lama rancang, tp yahudi dan israel je yg lalai selama ni
Quote laksmanabentan 9-9-2021 10:57 AM
terbaik la... sambil menyelam minum air...
siap boleh buat MV..
Quote apedehal 9-9-2021 11:02 AM
Xmenariknya lagu
Quote pxlbb 9-9-2021 11:04 AM
Rengsa betul aku dgn dia ni. KRU abam yuci helok je sekolah kat england, balik nyanyi rap melayu rileks je. Aku cuba bersangka baik topinasi ni mempunyai masalah lembab belajar sebab tu susah nak adapt cakap melayu walaupun kecek kelate heols superb agitew. Bagilah dia masa nak baligh. Org umur 15 dah baligh. Bagi dia masuk 40an lg 2-3 tahun kot dtg akal.
Quote KIM.K 9-9-2021 11:11 AM
Sedap lak lagu erebdd dia.
Elok ko stick dgn lagu arab je la..nampak berjenis sikit
Quote noor2 9-9-2021 11:45 AM
cmf_premierleag replied at 9-9-2021 10:57 AM
acik2 sume dh tgk ke belum video klip kepris kat fadang fasir??
kemain tantrum x dpt masuk gaza
sk ...

Haha.....kann...

Depa ni semua ada kepentingan sendiri....
Quote haruslah 9-9-2021 11:49 AM
Shayang la...shayu...shedih
Quote AshkieLa 9-9-2021 12:07 PM
dia ni kat sekolah dulu mesti spesis kena buli kan..
kalau ade batch meols yg perangai gini,
mmg buat bahan gelak je hari2... dan dipulaukan.
Quote isbritneybich 9-9-2021 12:08 PM
that's not slang, that's accent
Quote dewimalam78 9-9-2021 02:06 PM
Kalau tak silap, dr kecik cenonet sampai nk masuk 20thn stay luar negara. Campur dgn macam2 bangsa dan negara.
Balik msia kena kejutan budaya.
Quote dudaberhias 9-9-2021 02:37 PM
geli yakmat la mamat yang kerja mencapub ni...
dari ko gigih dok bershushu shushu...
elok la kau pergi ke yun nam hair care dek untuk free consultation dengan si dewa sekali...
Quote uori 9-9-2021 02:41 PM
haruslah replied at 9-9-2021 11:49 AM
Shayang la...shayu...shedih

dan shushu
Quote noor90 9-9-2021 03:34 PM
KIM.K replied at 9-9-2021 11:11 AM
Sedap lak lagu erebdd dia.
Elok ko stick dgn lagu arab je la..nampak berjenis sikit

lagu kopipes...ada bdk twitter bagi link lagu rapper arab... memang sama bunyinya dgn lagu caprice... tp sedap lg yg arab
Quote ayukpingu 9-9-2021 04:24 PM
eleh...aku ni dari 5 tahun sampai 46 ni merantau kat luar negara, takde pun slang gaya gitu..elok jer...
Quote KIM.K 9-9-2021 04:26 PM
noor90 replied at 9-9-2021 03:34 PM
lagu kopipes...ada bdk twitter bagi link lagu rapper arab... memang sama bunyinya dgn lagu caprice ...

La saduran. Kok gitu lagu ni untuk bangsa mala3u 3ala bukan untuk bazaar bani haseemmm
Quote bankerpencen 9-9-2021 04:30 PM
ayukpingu replied at 9-9-2021 04:24 PM
eleh...aku ni dari 5 tahun sampai 46 ni merantau kat luar negara, takde pun slang gaya gitu..elok je ...

Kan... relax sudah. Pindah sana sini pun, kawan melayu taklah ramai sangat pun helok je aku cakap melayu...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.065020 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top