Kerajaan Zimbabwe akan memaksa kakitangan awam dan guru yang tidak divaksin supaya meletak jawatan. Negara selatan Afrika itu sudah menjadikan vaksin sebagai mandatori untuk berniaga di pasar, bersenam di gimnasium, mengunjungi restoran dan menduduki peperiksaan universiti.
Langkah sama diikuti oleh sebilangan syarikat swasta. "Jika ada adalah penjawat awam, untuk melindungi orang lain, dapatkan vaksin," kata Menteri Kehakiman, Ziyambi Ziyambi kepada stesen radio tempatan. Beliau berkata, jika tidak mahu berbuat demikian, individu terbabit termasuk guru, boleh meletak jawatan.
Terdapat kira-kira 300,000 kakitangan kerajaan dan kira-kira 100,000 guru di negara itu. Hanya kira-kira 2.7 juta orang daripada jumlah 15 penduduk Zimbabwe sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19. Setakat ini, ia merekodkan lebih 125,600 kes Covid-19 dengan 4,490 kematian. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT