CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gigih Selongkar Paya Bakau Cari Mainan, Ibu Tak Sabar Bagi Kejutan Pada Anak

9-9-2021 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2577| Komen: 10

Di sebalik rimbunan pokok paya bakau, seorang wanita kelihatan bersungguh-sungguh mencari sesuatu.

Satu persatu barang dikutipnya di sekitar kawasan itu, dengan niatnya hanya satu iaitu mencari permainan untuk anak kesayangan.



Kredit foto: mStar

Bukan di kedai permainan atau pusat beli-belah, hakikatnya hutan paya bakau menjadi tempat si ibu mahu memenuhi kemahuan si jantung hati.

Wanita berkenaan, Asniah Abdul Halim berkata, video yang dikongsinya di aplikasi TikTok dirakamkan ketika mencari permainan buat anak perempuannya berusia lima tahun di kawasan paya bakau di Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah, akhir Julai lalu.


Ibu berusia 27 tahun itu memberitahu, ketika itu tempat tinggalnya di Kampung Landung Ayang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama enam minggu berturut-turut berikutan kenaikan peningkatan kes Covid-19.



"Saya baru berpindah ke sini sejak empat bulan lalu. Jadi, banyak barang termasuk permainan anak yang hanya beberapa buah tidak dibawa sekali.

"Tapi anak mengadu bosan, PKPD pula menyebabkan kami tak boleh keluar ke mana-mana. Saya cuba ikhtiar cari permainan buat anak di kawasan paya bakau," katanya kepada mStar.

Mengulas lanjut, dia yang lebih dikenali sebagai Yoona berkata, kedudukan hutan paya bakau itu yang berdekatan dengan laut menyebabkan banyak bahan buangan dihanyutkan ke kawasan itu.

"Saya cari bahan buangan yang boleh dijadikan permainan di hujung paya bakau. Kebanyakannya sampah, tapi kalau cari betul-betul boleh jumpa yang sesuai untuk anak.

"Hampir dua jam juga saya pusing cari, ditemani sepupu. Banyak juga yang saya kutip seperti senduk, gelas, bekas makanan termasuk anak patung.

"Memang seronok dia boleh main masak-masak. Syukur Alhamdulillah, saya pun layankan teman dia bermain," ujarnya yang berasal dari Kota Marudu, Kudat.

Yoona yang masih dalam proses penceraian menjelaskan video rakamannya mencari permainan itu bukan untuk meraih simpati atas kesusahan yang dialaminya.



"Saya bukan tak mampu, masih ada wang simpanan. Cuma tak banyak yang tinggal selepas bisnes kedai runcit saya di kampung rugi dan terpaksa ditutup akibat PKPD.

"Alasan utama saya ke paya bakau cari permainan untuk anak sebab saya tak boleh ke pekan kerana PKPD, walaupun berjalan kaki hanya mengambil masa kira-kira 15 minit," katanya sambil menambah keluarganya bukan orang kaya, tapi masih menjalani kehidupan secara sederhana.

Tambah wanita itu, dia bagaimanapun amat bersyukur kerana dikurniakan seorang anak yang begitu memahami keadaan ibunya tanpa meminta-minta.

"Anak tak tahu saya kutip mainan di paya bakau. Alhamdulillah, dia tak cerewet, tak pertikaikan, sebaliknya terima apa yang saya bawa balik ke rumah.



"Syukur juga ramai yang mengirimkan permainan buat anak saya selepas video tular. Terharu sebab ada yang dari Semenanjung kirimkan permainan terpakai untuk anak.

"Terima kasih saya ucapkan atas bantuan dan kiriman anda semua. Semoga Allah lindungi mereka dalam keadaan yang ceria dan selamat serta dimurahkan rezeki.

"Saya berharap anak-anak seelok-eloknya diajar dari sebawah-bawahnya supaya rasa susah akan menyenangkan... dan bila senang, kita akan ingat waktu kita susah. Saya percaya anak-anak akan lebih menghargai," kata Yoona.


Sumber: mStar

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lagubestbest 9-9-2021 02:02 PM
biasa tepi pantai byk mainan wau tali putus, foam aeroplane, boomerang, senduk turtle ada baldi bagai..
Quote dua_chzy 9-9-2021 02:35 PM
One man's trash is another man's treasure. Syabas sis sebab tak meminta2 unlike some hanats sampai anak bini dikata dah mati.
Quote nononcrux 9-9-2021 02:35 PM
nampak baru-baru juga toy nye tu.. semoga dipermudahkan urusan.
Quote RatuDunia94 9-9-2021 02:49 PM
Lahanat mana lah buang sampah dalam laut..
Quote exclusive_vvip 9-9-2021 03:06 PM
nononcrux: nampak baru-baru juga toy nye tu.. semoga dipermudahkan urusan.

tu la..mata i pun nampak mcm baru je..siap ada set plak..hmmm, zaman hadap viral ni susah nak husnuzon kan..haha
Quote Belibis 9-9-2021 03:51 PM
Tak berani nak ambik kalau anak patung.kot2 ada yang guna untuk buang jin..masak laaaaaa.
Quote any42 9-9-2021 03:55 PM
siapa buang smpah dlm laut
bru2 lak tu mainan biar betik
Quote nakkomenjugak 9-9-2021 09:14 PM
danggggg
kuat bebeno buang sampah merata yach
Quote ninja boy 9-9-2021 09:31 PM
Serupa zoo rumah penuh binatang wakaka
Quote Adrif 10-9-2021 12:11 AM
Belibis replied at 9-9-2021 03:51 PM
Tak berani nak ambik kalau anak patung.kot2 ada yang guna untuk buang jin..masak laaaaaa.

kaannn. aku pun terfikir benda sama  

ada ritual membersih/ membuang barang berhantu ni, antaranya kena buang di sungai yang mengalir airnya ke laut.

tapi secara spesifiknya, tak tau camane. kena la tanye mereka yang berkecimpung dalam industri perbomohan tu

malam2, jadi Toy Story

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.030609 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top