CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Since Lock Down, Korang Naik Badan, Maintain Or Turun?" - Raf Yaakob Turun 5kg Dalam Seminggu

10-9-2021 06:05 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 7885| Komen: 32



Seperti sudah menjadi satu fenomena buat kaum lelaki berlumba-lumba mahu tampil dengan tubuh kekar atau lebih biasa kita dengar sebagai "Sado" supaya kelihatan segak selain untuk sihat. 

Raf Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal menerusi Instagramnya berkongsi satu hantaran bahawa dulu dia tidaklah mempunyai bentuk badan yang sasa malah nampak lebih gempal.


Namun berkat kesabaran dan usaha gigih selama berbulan-bulan bersenam dan menjaga diet pemakanan, akhirnya Raf telah mendapat bentuk badan idamannya selama ini.


Menurut suami kepada pelakon Mawar Rashid ini, berat badannya dulu mengalami kenaikan sehingga 16kg selepas menjalani pembedahan dan pembetulan ligaman ACL namun selepas kembali aktif bermain bola sepak, gim dan jaga makan, dia berjaya turunkan berat sebanyak 22kg dalam masa 5 bulan.


"Satu ketika dulu after my 3rd ACL (Yes Raf 3x operate ACL), Raf naik from 75kg to 91kg. Bila lutut dah ok, I start back my football training, gym and eat clean. I lost 22kg in 5 months."

Bagaimanapun menurutnya lagi, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berat badannya kembali naik sehingga 90kg namun berjaya diturunkan sebanyak 5kg dalam masa seminggu.  

"Since lockdown, Raf naik balik to 90kg. But ni dah start diet since 1st September, now dah turun 85kg. Turun 5kg in 1 week"

"Beza dulu ngan skrang, dulu lambat turun but now skejap je turun. Sebab muscle memory. I'm targeting to be 75kg by end of this month. October dah nak start shoot tuk Netflix"



"Since lock down, korang naik badan, maintain or turun?" tanya Raf kepada netizen.

Jadi apa jawapan korang tentang soalan Raf ini, naik, kekal atau turun? - CARI


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 10-9-2021 06:53 AM
Betul ke body dia yg belah kiri tu..bila dia gemuk camtu? Nampak macam kurus je manjang
Quote dudaberhias 10-9-2021 07:01 AM
Tetap la tak tasty... Dia ni gigih pesen rambut sana sini nak bagi nampak hensem kata dek nah, tapi tetap la kejowoan pari pari wajahnya. Ni gigih kurus dan buat badan pulak tapi sekilas pandang wajahnya teringat kelindan lori sahaja sebab kelindan lori pun wajah lebih kurang tapi badan berketak2 agittew.
Quote lanse 10-9-2021 07:09 AM
Bukan memang dia ni kurus ke?
Quote awenda507 10-9-2021 07:12 AM
Acah2 hensem
Quote KIM.K 10-9-2021 07:17 AM
Kuyu je raf. Hari2 qiam di sepertiga malam
Quote Scheherazade 10-9-2021 07:39 AM
Dia ni adik badik fazley apakenama tu ke? Rupa mcm ada iras je.
Quote Catpaw 10-9-2021 07:40 AM
Who r yus, motif jadi bahan berita utama. Apa sumbangan heshe, blakon drama tv tiga suku kah
Quote mantan 10-9-2021 07:46 AM
tak pernah pun tgk gambar dia dalam keadaan yang kiri sekali tu. rasa macam dia ni selalu jugak post gambar. namun demikian, tetaplah sendu. lagipun ni adik dan laki retis je kan, bukannya retis pun
Quote dudaberhias 10-9-2021 07:51 AM
mantan replied at 10-9-2021 07:46 AM
tak pernah pun tgk gambar dia dalam keadaan yang kiri sekali tu. rasa macam dia ni selalu jugak post ...

Tu la kaka, mungkin nak bawak keluar produk baru la tu knowing pasangan ni kalau ada gosip je mesti pasal nak lakukan produk. Sifu dia sifu jamal la tu yang suruh update artikel dekat sini kot, bayar pun takpe janji jalan walaupun bukan retis pun.
Quote Kurex 10-9-2021 08:24 AM
Bosannnnnnnnn tak tasty hauk
Quote KamikuP 10-9-2021 08:43 AM
Sapo dia nih? kepamnye la hai
Quote bulalof 10-9-2021 08:48 AM
tak malu nak kongsi benda camni kat umum. low class sgt.....
Quote LadyCarefree 10-9-2021 09:06 AM
Ada la produk timbang kilo yg nak dijualnya tu kot
Quote Suchi 10-9-2021 10:35 AM
wnwa05 replied at 10-9-2021 06:53 AM
Betul ke body dia yg belah kiri tu..bila dia gemuk camtu? Nampak macam kurus je manjang

Ramai je kurus tapi body fat tinggi.
Kurus tapi bila duduk perut berlipat2.
Kurus tapi perut lembik dan muncet.
Bila pakai baju mmg nampak cam kurus je tp bila buka alahai.
Badan dia belah kiri tu kalau biar je gitu jadi badan abah2 la boroi.
Quote RatuDunia94 10-9-2021 12:37 PM
Bukan dh bersuci dibawah lindungan ebit lew ke? Pesal post gambar berlengging lg?
Quote damsel_fiji 10-9-2021 01:15 PM
ala ckp jela amik steroid..
Quote noor2 10-9-2021 01:20 PM
Muka India.....
Quote Harley_Quinn 10-9-2021 01:29 PM
Tbe kang kluar product kurus sendiri.

Quote hotmak 10-9-2021 01:29 PM
mak aih 5kg seminggu, turun fat ke air atau muscle? cop dia edit ke gambar tu, nampak berpinggang badan lelaki bukan lurus je ke

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.112718 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top