CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Berkesan Ke Spray Gun Lawan Covid-19?" - Dr Izzar

10-9-2021 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4428| Komen: 14

Sejak negara dilanda pandemik, rata-rata produk yang dijual bertujuan untuk memerangi wabak COVID-19 laris di pasaran.

Ini temasuklah hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman, pelitup muka, topeng muka, sarung tangan dan sebagainya.


Gambar hiasan

Terbaru, timbul pula tentang keperluan penggunaan spray gun atau alat penyembur khas untuk mengurangkan risiko jangkitan virus.

Bagaimanapun, penerangan Dr Sashini Seeni di forum kesihatan Malaysia, Doctor On Call, tiada kajian yang menujukkan keberkesanan Nano Mist Spray dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.


“Oleh itu, anda digalakkan agar mengunakan bahan pencuci yang sebetulnya iaitu hand sanitizer  dengan peratusan alkohol yang disarankan iaitu 65 peratus ke atas.

“Selain itu, anda juga perlu untuk mengamalkan langkah pencegahan lain seperti mencuci tangan dengan sabun dan air.



“Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci. Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19.

“Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang. Mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin. Pakai pelitup muka di tempat awam,” jelasnya.


Kredit foto: IG Izzar

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari juga menasihatkan agar orang ramai memahami risiko penggunaan Spray Gun.


Kredit foto: IG Izzar

Dalam perkongsian yang sama, Dr Izzar juga memaklumkan mencuci permukaan dengan sabun atau detergen sudah memadai untuk mengurangkan COVID-19.




Sumber: Gempak
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 10-9-2021 09:17 AM
Iols tengok ig sorang ni.. badan dappppp..

Dia spray 1 badan dia. Dalam hati iols, tak bahaya ke sebab masuk mulut, masuk hidung, kena mata.. tapi persoalan tu terhenti bila dia bukak baju dia..
Quote sarah82 10-9-2021 09:40 AM
Aku dah beli dah.. Sampai kat lex alor setar tgg depa mai antar sajork

Aku beli nak spray parcel2 aku.. Malas aku nak lap guna disinfection wipes
Quote RatuDunia94 10-9-2021 12:20 PM
Mmg xde kajian keberkesanan. Tp iols pakai utk sedapkan hati je.. huhu.. ala2 ikhtiar juga la
Quote zulka 10-9-2021 03:34 PM
statement yg menjahanamkan bisnes je ni
Quote AdamHaris 11-9-2021 08:57 PM
KKM rasanya ada keluar kenyataan pasal spray tu..tak berkesan katanya..
Quote downiey 12-9-2021 06:21 AM
kalo gune air dgn sanitizer pon x berkesan ek
Quote LadyCarefree 12-9-2021 07:43 AM
Makin sakan dia nak jd aeriljapril.
Quote chinta89 12-9-2021 12:43 PM
yg diorang jual skli ngn air dlm tuh bekesan ke tak..
Quote MelahJanda 12-9-2021 03:24 PM
bahaya sbb aerosol..bercampur kuman virus di ruang udara
Quote hyie 12-9-2021 03:52 PM
bos meols beli bebaru ni, pastu time iols tengah prepare makanan untuk kucing yang meols bela kat belakang opis, dia boleh datang pi sembur kat meols pastu dia sembur kat kawasan makanan yang meols tengah prepare tu, apekebodonya bos meols tu ye...cecepat meols tutup wetfood tu. Cam bodo je tetiba pegi sembur kat orang...satu hari nanti meols nak ambik benda tu dan buang, pastu cakap tatau dah hilang agaknya matilah confession sangat
Quote KamikuP 13-9-2021 02:19 PM
Alamak wife meolls dah beli camno?
Quote dua_chzy 13-9-2021 11:55 PM
Akak baru nak puji lawanya bini dia, rupanya bini dia Unmi Nazeera. Choi.
Quote kakigojes 14-9-2021 04:29 PM
Kurex replied at 10-9-2021 09:17 AM
Iols tengok ig sorang ni.. badan dappppp..

Dia spray 1 badan dia. Dalam hati iols, tak bahaya ke  ...

Alamak, siapa tu
Quote nora_balqis 14-9-2021 04:39 PM
kadang pelik tgk org spray habis 1 badan. tue kan chemical, kita tgk pun takut. blh menyebabkan iritasi pada kulit, mata dan organ lain

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.331760 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top