CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Hidup Selamanya, Pengasas Amazon Biayai Penyelidikan ‘Henti Penuaan’

13-9-2021 06:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6616| Komen: 48

Sekaya mana pun golongan bilionair di dunia, dua perkara iaitu mati dan tua tetap menjadi mimpi ngeri buat mereka.

Jika boleh, mereka mahu melawan arus kehidupan de-ngan hidup selama beratus tahun.

Perkara itu cuba dibuktikan pengasas Amazon dan ‘pentaksub’ penerokaan angkasa lepas, Jeff Bezos apabila menyalur dana kepada Altos Labs yang cuba menyelesaikan penyakit manusia paling ditakuti iaitu kematian.




MIT Tech Review melaporkan, Altos Labs juga menerima dana daripada bilionair Rusia, Yuri Milner dan isterinya, Julia.


Milner sangat terkenal dalam pelaburan terhadap syarikat besar seperti Twitter, Spotify, Face-book dan Airbnb.

Penyelidikan Altos terhadap ‘kehidupan yang kekal abadi’ bermula awal tahun lalu di Amerika Syarikat (AS) dan Uni-ted Kingdom (UK) di lokasi syarikat itu ditubuhkan.

Syarikat itu melantik beberapa saintis dari universiti terkemuka bagi menjalankan penyelidikan tersebut dengan tawaran gaji sangat lumayan.

Semuanya tidak mustahil apabila melibatkan nama besar seperti Bezos dengan nilai kekayaan melebihi AS$200 bilion (RM900 bilion).

New York Post melaporkan, Bezos turut melabur dalam sebuah syarikat Unity Biotechnology yang berusaha ‘menghentikan pe-nyakit’ penuaan.


Sumber: Utusan

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Drmu 13-9-2021 06:37 PM
Mcm mustahil je nak hntikan penuaan. Lambatkn blh kot. Hntikan xblh. Ada hadis kata semua pnkyit blh smbh kcuali pynkyit tua.
Quote cucutokwan89 13-9-2021 06:58 PM
Org yg pegi kelas KAFA fahamlah..
Quote JohnyEnglish 13-9-2021 07:04 PM
Aku tgk iklan kt tv oil of ulan pun blh hentikan penuaan.produk timbang kilo pun claim camtu
Quote namemysoul 13-9-2021 07:05 PM
Tak lama dah tu...
Quote edayildiz 13-9-2021 07:05 PM
when u hv lots of money that u loved so much it becomes harder for u to leave them behind....this is what we called spending for nothing
Quote ResellerMaxis 13-9-2021 07:09 PM
Drmu replied at 13-9-2021 06:37 PM
Mcm mustahil je nak hntikan penuaan. Lambatkn blh kot. Hntikan xblh. Ada hadis kata semua pnkyit blh ...

mana ada yang mustahil. Virus ciptaan tuhan untuk menjahanamkan manusia pun manusia boleh cipta vaksin untuk lawan.
Quote ninja9 13-9-2021 07:24 PM
Penuaan itu satu proses... tapi tak ada seorang pun yang faham bagaimana. Kalau dah faham mungkin ada sahaja trick yg dapat dipakai untuk buat manipulasi. Sma spt vaksin.. Nak cari punca kepada penuan pun belum establish sepenuhnya..

pernah tengok youtube yang kata tak boleh hindarkan kematian kerana sifat itu dah tertulis dalam gen..setiap kali replikasi maklumat itu akan semakin pendek sehingga keupayaan untuk replikasi terjejas.... beratus tahun lagila baru ada breakthrough.. tp mungkin juga ianya sangat simple cuma kita semua tak perasaan sahaja..

Contohnya Li Ching-Yuen hidup 250 tahun  ke atas guna simple filosophy spt dibawah..

Keep a quiet heart, sit like a tortoise, walk sprightly like a pigeon and sleep like a dog.


Quote Adrif 13-9-2021 08:02 PM
immortality is a curse, not a gift
Quote sharlenetexas 13-9-2021 08:04 PM
Jadi highlander ke?
Quote Kakalongmu 13-9-2021 08:34 PM
ninja9 replied at 13-9-2021 07:24 PM
Penuaan itu satu proses... tapi tak ada seorang pun yang faham bagaimana. Kalau dah faham mungkin ad ...

Tak sanggup la kaka nak hidup 250 tahun. Muka 80 pun kedut berkeping2 dah. Baikla mati sementara muka masih jelita.
Quote CiliPadiSedap 13-9-2021 08:39 PM
nak jadi mortality senang je, gesel dahi dengan sohai setiap malam kaliwon
Quote Lagubestbest 13-9-2021 08:41 PM
Edited by Lagubestbest at 13-9-2021 08:45 PM

Seumur hidup.. nak habiskan 1billion tu susah (makin banyak belanja makin banyak points credit card terkumpul). Kalau 200billion kekayaan, perlu la hidup 200 kali kelahiran.

[attach]591281[/attach]
1) rata2 marhaen

[attach]591282[/attach]
2) rata2 geng2 AMG/ m40 bersara mampu sini je

[attach]591285[/attach]
3) retis hollywood tunjuk kaya tetiap hari takde pun yg dpt byk ni.

[attach]591283[/attach]
3) jeff bezos 2020

[attach]591284[/attach]
4) jeff bezos 2021

Quote shernazz 13-9-2021 08:43 PM
Teringat cite blake lively tu..tajuk adeline ke.apa.tu...
Jeff bezos kena disambar petir dolu lahhh
Quote MissYouSayang 13-9-2021 08:46 PM
Badan dah bau tanah  tp sibuk nk umur pjg lak.apa guna umur pjg tp kalau x solat ..keh3
Quote TomyamPuteh 13-9-2021 08:50 PM
Org yg cintakan dunia mmg takut tua/takut mati.
Quote Guccibamboo 13-9-2021 09:38 PM
Dah mcm cite Get Out....nak sgt diaorg ni hidup lame berkekalan abadi ye....sayang betul nak tinggalkan dunia ni ye
Quote kakikuDibibirmu 13-9-2021 09:46 PM
Walaupun hidup seribu tahun, kalu asyik PKP apa gunanya
Quote dudaberhias 13-9-2021 09:49 PM
actually bukannya rata2 orang nak hidup lama pun...
tapi lebih kepada nak badan yang boleh bertukar2 macam character...
if somehow ingatan kita boleh transfer ke badan lain lebih berbaloi...
ala2 immortal dan tak mati juga sebab kadang2 hidup lama pun badan atau kehidupan orang tu tak sempurna... ujung2 stress mati juga...
Quote Rayna90 13-9-2021 09:52 PM
Bila aku tengok documentary pasal scientist siam tu frozen kan anak dia yang dah mati sebab brain cancer pun otak aku macam nak pecah. Like how this people so advance thinking

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.121811 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top