CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 17 Tahun Nikahi Dua Gadis Selang Dua Jam

13-9-2021 09:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2492| Komen: 6

Remaja berusia 17 tahun di Sumatera Selatan menjadi tular kerana melangsungkan pernikahan dengan dua gadis dalam tempoh selang dua jam pada  Jumaat lepas, lapor Suara.com.


Menurut laporan, Supandi menikahi Annisa, 17, dan Sangkut yang juga berusia 17 tahun. Ketiga-tiga  mereka berasal dari kampung sama.

Menurut Setiausaha Kampung Karang Anyar, Wildan Hakim, ketiga-tiga mereka sememangnya mempunyai hubungan rapat sejak beberapa tahun lalu.


Kredit foto: Istimewa

“Kedua-dua datuk pengantin perempuan ialah adik-beradik.


“Pernikahan mereka dirancang dan berlangsung di rumah pengantin perempuan,” kata Wildan.

Upacara akad nikah pertama antara Supandi dan Annisa dilangsungkan di rumah keluarga gadis itu pada pukul 1 petang (waktu tempatan), manakala akad nikah bersama Sangkut dilakukan di rumah gadis itu pada pukul 3 petang (waktu tempatan).

“Pernikahan itu direstui kedua-dua keluarga.

“Bagaimanapun, mereka hanya melakukan upacara akad nikah kerana majlis perkahwinan akan diadakan pada tahun depan,” ujar Wildan.

Sementara itu, Wildan berkata, pemerintah kampung mengingatkan ketiga-tiga pengantin baharu itu bahawa pernikahan tersebut dikategorikan sebagai perkahwinan bawah umur.

“Bagaimanapun, semua keluarga terlibat mempersetujui pernikahan itu dan mereka perlu tinggal bersama ibu bapa masing-masing,” ujarnya.


Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 13-9-2021 09:31 PM
Alahai.
Nikah mmg senang.
Tanggungjawab lepas nikah tu..
Mampu ke.
Nk tanggung.
Isteri pn asal berlaki je ke..
Quote Kurex 13-9-2021 09:35 PM
Hanya tajuk, dah tau dari indon
Quote edayildiz 13-9-2021 09:37 PM
only in yindon
Quote trexxxxxi 13-9-2021 10:46 PM
Kohkohkoh kecik2 lagi dah kawen dua
Only in Indonesia
Quote nakkomenjugak 14-9-2021 01:23 AM
Yendon mariiiiii
So pandai2 laa hidup yaach
Quote che-cikL 14-9-2021 07:50 AM
Editors butakayu 2,3 ketul ni, ceduk berita Indon dan India tak abis2. Pastu berita tu kalau tak pasal kawin pasal rogol.
Kau sekolah tak?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.140404 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top