CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Takde Main-main Dalam JDT, Bila Bini Buat Hal Pun Saya Denda Player" - TMJ

14-9-2021 04:06 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5954| Komen: 17|Original author: Oleh: LilRose

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sangat tegas dengan pasukan bola sepak miliknya, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Justeru, baginda menetapkan undang-undang dan polisi untuk pemain bagi memastikan mereka sentiasa beretika dan disiplin dalam pasukan.


Bukan main-main, malah datang lewat ke latihan juga boleh didenda RM15,000! 


Kredit foto: IG

Dalam temu bual bersama rancangan Bola@Mamak Istimewa yang dipetik Astro Arena, TMJ memaklumkan setiap kesalahan ada denda tertentu bakal dikenakan.

“Tatatertib di sini pun, macam contoh kalau awak salah guna media sosial, denda RM40 ribu. Yes, RM40 ribu dalam kontrak. Kalau awak salah gunakan media sosial, kalau awak salah etika kerja. Kita ada etika dan awak akan didenda. 

“Kalau training lewat ke, macam contoh datang lewat training denda RM15 ribu. So takde main-main dalam cerita JDT dan player pernah tak silap saya Akhyar Rashid pernah lambat sekali, kena bayar denda.

“Bila bini salah guna media sosial pun saya denda player. Kalau bini dia tak boleh kawal, salah gunakan media sosial, yang boleh mencemarkan nama kelab ataupun apa-apa, player masih kena denda. Ini undang-undang dan polisi kelab. 

“Kalau gaji tak cukup, hutang. Jurulatih lambat pun kena denda. Jurulatih kena ada dua jam sebelum training," katanya.



Safiq Rahim yang turut dijemput bersama dalam rancangan itu juga mengakui pernah membayar denda RM15,000 kerana lewat ke sesi latihan.

"Siapa suruh kau datang lambat,” balas TMJ.

Di ruangan komen, ada juga yang berseloroh memetik nama Aidil Zafuan yang tidak pernah menjaja cerita bekas isteri di laman sosial.


Kredit foto: Twitter

Rata-rata warganet bersetuju dengan cara TMJ menangani masalah disiplin pemain. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
7

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 14-9-2021 04:19 PM
Peringatan utk si tua melvin berperangai macam ummah setinggan haram feeling cantik walhal persis bibik tua yang masuk secara haram
Quote Catpaw 14-9-2021 04:27 PM
Ok, komen pertama dah buat aku tergelak{:smile
Quote KIM.K 14-9-2021 04:28 PM
Sepatutnya masuk kelas public speaking dgn news professionals.
Bukan susah pun fluent macam atok.

Level2 english for some royalties masih tahap harith nasi kandar
Quote manehnya 14-9-2021 05:54 PM
Terbaik TMJ, br la ada class tersendiri kan...

Sebbek dah janda si garit , kalau dak jenuh la me.malukan kapten jee...
Quote kitmal9545 14-9-2021 06:00 PM
Setuju..disiplin dan ilmu penting dan bukan untuk target kampung saja
Quote RatuDunia94 14-9-2021 07:03 PM
Betul lah tu.. face it or leave it..
Quote nakkomenjugak 14-9-2021 07:17 PM
Baguslah. bagi berdisiplin.
Quote imransulaiman 14-9-2021 08:37 PM
KIM.K: Sepatutnya masuk kelas public speaking dgn news professionals.Bukan susah pun fluent macam atok.Level2 english for some royalties masih tahap harith n ...


Tak lawan kerabat Brunei. Berucap very convincing dan nampak educated {:good
Quote matjerk 14-9-2021 09:37 PM
Kelihatan so anoyying. Sambil bgtau denda... sambil ketawa. Bila pengacara tu kata tp BERAS KITA BELI.. dia seakan x suka lawak tu.. dia terus dgn angkuh nya... THIS IS POLICY.. pengacara pun mcm takut2 nak ulas lagi....
Quote KIM.K 14-9-2021 10:31 PM
imransulaiman replied at 14-9-2021 08:37 PM
Tak lawan kerabat Brunei. Berucap very convincing dan nampak educated {:good

Kalau kawan dgn mat saleh sampai bila pun english tak improve. Kena banyak menulis, coaching baru keluar bunyi profesional.

Ni macam translate simple english dalam otak ke bahasa Better belajar cara penyampaian halus, sarcasm, joke
Quote Mini.Me 14-9-2021 11:14 PM
Bagus gak buat gitu...baru disiplin belaka...kelab lain pon boleh tiru cara gini...
Quote doubleharmonic 14-9-2021 11:30 PM
so pemain dengan bini je lah yang salah guna media sosial? yang suruh terjun klcc tak dikira salah guna media sosial gituh? tak dikira mencemarkan nama baik kelab gituh?
Quote doubleharmonic 14-9-2021 11:35 PM
matjerk replied at 14-9-2021 01:37 PM
Kelihatan so anoyying. Sambil bgtau denda... sambil ketawa. Bila pengacara tu kata tp BERAS KITA BEL ...

annoying dan awkward sangat nak habiskan tengok yach. yang kasut putih tepi sekali tu pon tergagap2 jah menjawab nampak tak konpiden sangat lepas tu kena bantai pulak sapa suruh datang lambat
Quote LadyCarefree 14-9-2021 11:56 PM
Apa kena komen 'beras kita beli'. Agak bodoh tak kena.
Quote eyansss 19-9-2021 10:03 AM
doubleharmonic replied at 14-9-2021 11:30 PM
so pemain dengan bini je lah yang salah guna media sosial? yang suruh terjun klcc tak dikira salah g ...

ko berani argue dengan jamaica?  manusia paling power tu...  dia buat takpe tapi orang lain takleh...  menderhaka gitchew...
Quote AdamHaris 19-9-2021 02:17 PM
betullah tu..diaorg dibayar gaji..
Quote tipah89 24-9-2021 11:16 AM
oo yekeee..ok next

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.158716 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top