‘Berpantang maut sebelum ajal’, seorang kanak-kanak berusia enam tahun di India dilaporkan masih hidup selepas dipatuk dan dibelit ular tedung pada bahagian lehernya selama dua jam. Lapor NDTV, kejadian mengejutkan itu berlaku di kampung Wardha, Maharashtra.
Kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Purvi Gadkari itu dilaporkan sedang tidur ketika kejadian. Rakaman video yang menunjukkan mangsa dalam keadaan dibelit ular berbisa itu pada bahagian lehernya menjadi tular di laman sosial. Dalam video tersebut, kanak-kanak itu dilihat sedang tidur dan seekor ular tedung secara tiba-tiba menjalar di atas badannya. Ular tedung itu kemudian mematuk bahagian tangan mangsa. Dalam video tersebut, kanak-kanak itu dilihat mendengar nasihat ibu bapanya dan baring tanpa melakukan sebarang pergerakan selama hampir dua jam.
Purvi juga diminta untuk bertenang dan tidak panik ketika ular tedung itu membelit lehernya. Mangsa kemudian dipatuk ular sekali lagi di bahagian tangannya sebelum meninggalkan kanak-kanak tersebut. Purvi dikejarkan ke hospital berhampiran dan dirawat selama empat hari dan berjaya diselamatkan. Sumber: Utusan
|
kelip2_07 replied at 20-9-2021 10:32 AM
aikk..dlm tempoh 2 jam tu mmg xde buatn ape2 ke..kita kt cni pggl bomba ke jpam ke
kelip2_07 replied at 20-9-2021 10:32 AM
aikk..dlm tempoh 2 jam tu mmg xde buatn ape2 ke..kita kt cni pggl bomba ke jpam ke
matamata replied at 20-9-2021 11:02 AM
Benda ni silap2 kat pedalaman India, kudos to mak bapak sbb bertindak secara betul, tak panik tak ...
kelip2_07 replied at 20-9-2021 11:06 AM
mgkin lah..kita cni sng kn col2 jer smpai..tu pn kdg2 komplen lg..sbb nape bomba xsepantas kelajua ...
kelip2_07: mgkin lah..kita cni sng kn col2 jer smpai..tu pn kdg2 komplen lg..sbb nape bomba xsepantas kelajuan cahaya smpai tmpt kejadian
supernaturalee replied at 20-9-2021 11:40 AM
kes kt srwk
marah lmbt smpi penerajang bomba tu
supernaturalee replied at 20-9-2021 11:40 AM
kes kt srwk
marah lmbt smpi penerajang bomba tu
darkness replied at 20-9-2021 12:16 PM
Aku masih ingat kes tu. Nasib baik saman tu kena tarik balik..
matamata replied at 20-9-2021 11:51 AM
Mungkin ular tu cuma bagi "dry bite" which was patuk tanpa inject bisa... Mostly ular tak inject bis ...
ADVERTISEMENT