CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SOP Solat Jumaat: ‘Sir’ Dah Minta Maaf

20-9-2021 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4181| Komen: 14

Seorang lelaki berusia 59 tahun yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Sir’ membuat permohonan maaf secara terbuka di Masjid Ar-Raudhah, Taman Rasa Sayang, Senawang, hari ini.

Ia susulan tindakannya merakam dan memuat naik video mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan jemaah untuk solat Jumaat di masjid tersebut.


Menurutnya, permohonan maafnya itu adalah kepada pihak masjid, pengurusan, ahli jawatankuasa dan ahli kariah selepas menyedari apa yang berlaku tersebut adalah hanya salah faham.


SEORANG lelaki (kanan) membuat permohonan maaf kepada seorang petugas Masjid Taman Rasa Sayang, Senawang, Adzmi Mahmud sambil disaksikan Zulkifli (dua dari kanan) di pekarangan tersebut hari ini. - FOTO/AFIFI HAFIZ MOHD NOR

“Seperti mana yang telah ditentukan, saya telah buat permohonan maaf kepada pihak masjid, tetapi atas keputusan ahli jawatankuasa masjid, mereka sebulat suara untuk buat sidang akhbar.


“Pihak masjid sudah jelaskan kepada saya bahawa SOP tersebut bukan sengaja dibuat tetapi adalah atas arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS),” katanya pada sidang akhbar permohonan maaf tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, dia juga berharap orang ramai supaya berhenti untuk berkongsikan video tersebut yang telah dimuat naiknya menerusi akaun TikTok.

“Jika tidak, mereka juga akan dikena tindakan dan itu terpulang pada pihak masjid. Ini adalah permohonan maaf terbuka kerana kes ini adalah salah faham,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Kariah Taman Rasa Sayang, Zulkifli Muhamed berkata, video tersebut adalah berunsur fitnah dan jelas telah memburukkan imej masjid.

“Rakaman itu juga berunsur ugutan kerana perakam mengatakan akan menularkan video itu. Kami mengikut SOP yang ditetapkan JHEAINS yang hanya membenarkan 150 orang jemaah masuk ke dalam masjid bagi solat Jumaat,” katanya.

Sebelum ini, susulan Peralihan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), masjid dan surau di negeri ini dibenarkan beroperasi untuk masyarakat awam terhad kepada 150 jemaah terawal.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah berkenaan termasuk pegawai dan ahli jawatan kuasa masjid serta petugas keselamatan dan sukarelawan yang telah melepasi tempoh 14 hari menerima dua dos suntikan vaksin. 


Sumber: UTUSAN
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote merrissa 20-9-2021 06:40 PM
mana video isunya?

tetibe dah minta maaf
Quote jalfa 20-9-2021 07:05 PM
Lapar viral kann..sila saman
Quote edayildiz 20-9-2021 07:08 PM
biru ke kelabu?
alhamdulilah dah bermaafan..bideo mana..xtengok lg bideo
Quote 3chanceno 20-9-2021 07:09 PM
Kesian pada semua yang terlibat..jemaah stress tak boleh gi solat di masjid macam dulu & jawatankuasa masjid stress dgn perlbagai SOP & kerenah jemaah yang kurang faham keadaan semasa

Semuga kobid cepat berlalu & kita dilindungi & di dalam rahmat Allah
Quote MarryPottet 21-9-2021 12:58 AM
Masa tengok video dia kat tiktok aritu, tak rasa pun nak hamun pentadbir masjid ni sebagaimana aku hamun pentadbir masjid putra yang tidak adil
Labih pada nak hamun dia sebab dia ni cam bongkak sangat
Marah orang panggil dia encik, suruh panggil dia sir. Macam ada wayar tercabut atau fius terbakar pun ye jugak acik ni
Quote underground 21-9-2021 01:40 AM
datang la awal sejam.. tu pun tempat aku penuh gak..
Quote nakkomenjugak 21-9-2021 02:37 AM
Sirrrrrrrrrr gituuuuuuu
Pangkat dari kween london maaa
Quote AyaqMeloSuam 21-9-2021 05:56 AM
Pakcik ... dlm kubur dia nk soal nnti x panggey " sir " ke apa...
Quote harisbee 21-9-2021 07:30 AM
Org soh jd mesjid x nak..lepas tu jeles dgn ajk mesjid
Quote king_kenny 21-9-2021 07:45 AM
rakyat Queen E ke,boleh dpt knighted 'Sir'?
Quote me12345 21-9-2021 07:49 AM
Niat dia nk malukan org je..tanpa pikir pjgn zaman skrg kan , ikut hati yg penting viralkan lepas tu minta maaf
Quote AbukRokok 21-9-2021 07:53 AM
underground replied at 21-9-2021 01:40 AM
datang la awal sejam.. tu pun tempat aku penuh gak..

dah kne jarak2...klu semua dtg awal pun tatap ramai xbleh masok


Quote kbyne 21-9-2021 09:02 AM
Pergi la musafir,buat la urusan kat outstation,bukan urusan diorang,sapa nak larang.Yg dapat masuk masjid tu tak semestinya dapat masuk telaga haut nabi.
Tak ada status pun diorang dengan rahmat Allah masuk syurga.
Quote isbritneybich 21-9-2021 10:28 AM
sir? patutla rupa macam caucasian

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.094037 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top