CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zarina Zainuddin Bengang Ada Lagi Yang Persoal Caranya Jaga Anak

21-9-2021 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9550| Komen: 48

Pelakon, Zarina Zainuddin,51, meluahkan rasa kecewa kerana sehingga sekarang masih ada kalangan warganet yang mempersoalkan caranya menjaga anak-anak istimewanya yang menghidap autisme.


Menurut Zarina, dia berpendirian bahawa setiap orang mempunyai cara masing-masing dalam membentuk, mendidik dan menjaga anak dan urusan itu tidak seharusnya perlu dilakukan dengan cuma menuruti kata orang.


Foto: IG

“Anak saya, sayalah jaga. Saya lebih kenal anak sendiri. Makan minumnya saya jaga dari kecil, didik dia, setiap orang itu berbeza cara hidupnya. Kenapa nak suruh saya kena buat macam itu, buat macam ini?

“Cara saya, sayalah jaga. Cara kita tak sama. Saya tak nak hidup sebab nak tunjuk pada orang yang diri ini baik. Semua Allah SWT yang nilai, bukan manusia. Zahir saja manusia nampak, baik buruknya kita sendiri yang tahu,”katanya.




Zarina berkata demikian dalam satu perkongsian di Instagram (IG) hari ini.

Terdahulu, Zarina berkongsi sebuah video ringkas di IG dengan memaparkan anaknya, Azil dan usaha untuk membawanya ke kedai gunting rambut hari ini bagi merapikan diri.



“Azil sudah 25 tahun dan sudah dewasa. Selalu saya cakap padanya, Allah SWT sayang Azil. Dia tiada dosa dan tak boleh berkata. Azil tak boleh berfikiran macam orang lain selain tiada nafsu macam orang lain.

“Selalu orang cakap jangan cium anak itu, dia pun ada nafsu. Tapi Azil tak ada pun macam itu. Kadangkala dia mandi pakai tuala depan tutup, belakang nampak. Belakang tutup, kadang depan nampak. Kalau dia sedang mengamuk, dia buka saja.

“Orang gaji saya pun sudah berhenti. Apa pun alasan dia berhenti, saya terima seadanya,”katanya.



Dalam pada itu, Zarina juga berpendapat dia lebih selesa untuk menjadi diri sendiri selain bimbang untuk bergaul dengan orang yang mula menilai dirinya.

Sebagai seorang manusia, kata Zarina, dia tentunya sentiasa mencuba memperbaiki diri dan kelemahan diri perlahan-lahan.

“Namun saya berterima kasih kepada semua yang memberi teguran. Cuma jangan tegur saya di IG, saya akan padam dan sekat. Nak tegur sila mesej di ruangan peribadi atau DM, saya akan cuba perbaiki.

“Terima kasih untuk doa dan kasih sayang semua,”katanya.



Untuk rekod, Zarina adalah ibu kepada pasangan kembar autisme, Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal).-CARI

Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 21-9-2021 09:27 AM
Dah kata xbernafsu pulak{:laugh{:laugh tuari bukan gigih mencari calon menantu ka?
Rasanya dia ni salah didik ank autism..ramai ja org ank autism yg dididik dgn cara betul boleh berdikari mcm manusia normal.
Takkan selamanya nak harap dia jaga ank2 dia yg dah tua bangka tu
Quote airisa 21-9-2021 09:43 AM
orkid_amani replied at 21-9-2021 09:27 AM
Dah kata xbernafsu pulak{:laugh{:laugh tuari bukan gigih mencari calon menantu ka?
Rasanya dia ni s ...

yg cari jodoh tu utk azal kan yg cerdik sikit ada ig sendiri ...

azil ni yg tak boleh cakap langsung kan
Quote LostStar 21-9-2021 09:55 AM
tgk zz ni dok up status gune ank jek... teringat cerita itanggang yg bru dua episod tu... huhu
Quote Miss.Rara 21-9-2021 10:14 AM
time azil tgh tantrum atau ngamok kalau dia boleh becakap aku rasa dia macam nak jerit jer balik kat mak dia suruh stop jgn asik nak merakam jer keje nya..
Quote tikusmontok 21-9-2021 11:33 AM
orkid_amani replied at 21-9-2021 09:27 AM
Dah kata xbernafsu pulak{:laugh{:laugh tuari bukan gigih mencari calon menantu ka?
Rasanya dia ni s ...

Berdoalah byk2 agar ko tak mandul atau beranak oku.
Quote JohnyEnglish 21-9-2021 11:41 AM
tak pyh share kalau tak mau org persoal
Quote trexxxxxi 21-9-2021 11:46 AM
Miss.Rara replied at 21-9-2021 11:14 AM
time azil tgh tantrum atau ngamok kalau dia boleh becakap aku rasa dia macam nak jerit jer balik kat ...

Kannn
Sikit2 rekod, tengah drive pun rekod

Anak2 dia tantrum bukan biasa2
Quote awenda507 21-9-2021 12:25 PM
Rengsa bila dia record ank tgh tantrum. Kdg2 nmpk mcm dia provoke ank tu buat ank makin nk amukan. Bila org komen manjang sentap. Tah pape je
Quote heythere123 21-9-2021 12:42 PM
JohnyEnglish replied at 21-9-2021 11:41 AM
tak pyh share kalau tak mau org persoal

betul, berpada la kalau nak share. Bukan semua benda sesuai nak share dengan public. Pastu kalau orang tegur, mulalah melenting
Quote heythere123 21-9-2021 12:43 PM
awenda507 replied at 21-9-2021 12:25 PM
Rengsa bila dia record ank tgh tantrum. Kdg2 nmpk mcm dia provoke ank tu buat ank makin nk amukan. B ...

haha, finally bukan iols sorang je fikir macam ni. Dia ni macam guna tantrum anak dia for clout bukan untuk bagi kesedaran
Quote supermum 21-9-2021 04:17 PM
Kalau nak tengok macam mana parents handle anak autisme aku prefer Iman Wan. Dia tak rekod sendiri, dia akan tenangkan Adam while orang lain rekod. Bolehlah jadi awareness untuk orang macam aku yang takde exposure terus dengan orang autisme
Quote Miss.Rara 21-9-2021 05:00 PM
trexxxxxi replied at 21-9-2021 11:46 AM
Kannn
Sikit2 rekod, tengah drive pun rekod

khennn...

kata mak nya lebih kenal anak..

anak tgh tantrum teruk2 lagi mau rekod.. anak tu tgh rimas kot duk rekod tak sudah..

kita yang tertengok bideo nya pun rasa nak tlg stop kan pulak..
Quote dua_chzy 21-9-2021 05:06 PM
Zarina bodoh.

Yang mengata tu pun bodoh.

Baik korang pi tanam bunga. Lagi berpekdah.
Quote LadyCarefree 21-9-2021 05:54 PM
Miss.Rara replied at 21-9-2021 09:14 AM
time azil tgh tantrum atau ngamok kalau dia boleh becakap aku rasa dia macam nak jerit jer balik kat ...

Dulu pernah azal suruh mamanya jangan rakam dia nak makan. iols rasa benda gini ada effect kat anak esp azal yg ada IG tu dia boleh baca apa semua.
Quote LadyCarefree 21-9-2021 05:54 PM
awenda507 replied at 21-9-2021 11:25 AM
Rengsa bila dia record ank tgh tantrum. Kdg2 nmpk mcm dia provoke ank tu buat ank makin nk amukan. B ...

Ooohhhhh yessssss memang dia banyak provoke kot. Psl nak kahwin.
Quote Nenasketum 21-9-2021 05:59 PM
Buloq perhatian kah? Dalam iklan duolingo ada la dia ni jual ubat katanya semua boleh sembuh, dari darah tinggu ke kanser. Katanya lagi, doktor2 pakar seluruh donia dah approve. Giler khinzir saper yang beli ubat tu
Quote nakkomenjugak 22-9-2021 12:31 AM
Sudah2 laa record benda2 personal.
Uruskan diam2 je
Quote Cik_jantung 22-9-2021 12:42 AM
Edited by Cik_jantung at 11-1-2022 06:57 PM
Nenasketum replied at 21-9-2021 05:59 PM
Buloq perhatian kah? Dalam iklan duolingo ada la dia ni jual ubat katanya semua boleh sembuh, dari d ...


..........
Quote fry 22-9-2021 02:25 AM
itula beza didikan iman wan dan didikan dia..

iman wan dia nak create awareness pasal autisme ni...dia didik kita bagaimana nak handle n layan dengan betul...

yg acik ni plak lebih  nak suruh kita kesian 1, nak bagi org kagum  aku boleh je jga mereka...

nampak beza kan..



Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.071544 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top