CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fouziah Gous Teringin Suami Hadiahkan Al-Quran, Dapat Juga Akhirnya

21-9-2021 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3427| Komen: 15

 Pelakon dan juga pengacara Datin Fouziah Gous terharu dan gembira apabila menerima hadiah istimewa berupa senaskah al-Quran daripada suami tercinta, Datuk Zhafran Yusof sempena ulang tahun perkahwinan mereka hari ini.


Ujar Fouziah, dia menganggap pemberian al-Quran itu sebagai hadiah yang sangat istimewa kerana sudah lama menyimpan impian untuk dihadiahkan kitab suci itu daripada suami sendiri.

Foto: IG


“Hadiah ini sangat bermakna untuk saya. Gembira tidak terkata. Sejujurnya jauh di lubuk hati saya, memang nak sangat hadiah al-Quran daripada awak,” tulisnya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Kata bekas pengacara Nona itu lagi, sebelum ini dia membaca al-Quran yang dihadiahkan oleh orang lain dan berharap supaya suatu hari nanti boleh membaca al-Quran yang dihadiahkan sendiri oleh suaminya.




“Selalu baca al-Quran hadiah daripada orang lain. Setiap kali khatam, mesti teringin nak khatam al-Quran pemberian suami dan akhirnya tahun ini saya dapat apa yang saya mahukan,” katanya.

Biarpun tidak pernah memberitahu suami tentang keinginan tersebut, Fouziah, 39, suaminya seolah-olah memahami apa yang terdetik dalam hatinya dan bersyukur dengan pemberian hadiah tersebut.

“Terima kasih sayang. Bukan saya tidak hargai hadiah orang lain, tetapi saya betul-betul tersentuh hati dan sangat gembira,” katanya yang tidak sabar khatam al-Quran hadiah ulang tahun daripada suaminya itu.




Fouziah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Zhafran pada 21 September 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, Fouziah dan suami dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Zeeshan Yusof, 6 dan Zaheen Yusuf, 4. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-9-2021 04:02 PM
Ya Allah....
Ni pun nak dijadikan cerita.. lainlah suami hadiahkan kitab syaitan, baru kita boleh gossip
Quote slyfynx 21-9-2021 04:07 PM
La.
Kene ke geltis semua retis nk tunjuk baik ni.
Semak la weh
Quote syabee 21-9-2021 04:21 PM
mintak jer la... ape yg susah sgt nya. takpun ko pilih suh suami bayar
Quote krustykrab 21-9-2021 04:21 PM
Dr dulu sampai skrg kapel ni hantu gigi
Quote AyaqMeloSuam 21-9-2021 05:27 PM
Kna masuk news gak ke? Adoiiuu {:freak
Quote ReginaGeorge 21-9-2021 06:15 PM
Luasnya..........
Quote nakkomenjugak 22-9-2021 02:43 AM
Jap. Bila heshe berdua dapat title?
Mak aihhh shinkansen punya train
Jauh tertinggal iol
Quote che-cikL 22-9-2021 04:18 AM
Kenapa tak de letak dlm dulang hantaran dulu?
Quote doubleharmonic 22-9-2021 07:35 AM
so? apa yang nak digosipkan ni? kitab hadiah orang lain tu apa jadi?
Quote damsel_fiji 22-9-2021 08:31 AM
slyfynx replied at 21-9-2021 04:07 PM
La.
Kene ke geltis semua retis nk tunjuk baik ni.
Semak la weh

kena la tunjuk suci..demi kekal relevan dan memenuhi citarasa para peminat pprt acah2 yislamik


Quote bottombikini 22-9-2021 08:50 AM
Kurex replied at 21-9-2021 04:02 PM
Ya Allah....
Ni pun nak dijadikan cerita.. lainlah suami hadiahkan kitab syaitan, baru kita boleh g ...

baru nak komen benda yg sama
ni pun nak cerita keeeee


Quote Zaien 22-9-2021 09:03 AM
nak jugak laaa limelight.. kena paham skang musim retis2 hijrah gituuu
hahahahha
Quote nanasno 22-9-2021 09:09 AM
bila masa plak heols dapat title. iols ingat lagi dulu masa kerja kejap dekat company bapak dia. bapak dia cakap dia takmau title dato nanti ramai orang datang mintak derma lolss. tiberr anak dia dapat title dato. heols ni tak sambung jadi pilot kan. ex heols dulu lawa betul stewardess. tapi at last kahwin dengan orang tua rasanya and kantoi rupanya laki heols gay. motip iols cerita kat sini. anyways tahniah laa dapat quran.
Quote epal21 22-9-2021 11:27 PM
che-cikL replied at 21-9-2021 08:18 PM
Kenapa tak de letak dlm dulang hantaran dulu?

Baru nak tanya. Masa nikah dulu tak dapat ke?
Quote ctkaty 27-9-2021 05:09 AM
Yawnnnnn.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.190659 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top