CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Cinta Dia Kepada Saya Luar Biasa,"-Wanita 59 Tahun Gembira Kahwini Pemuda 22 Tahun

23-9-2021 08:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19164| Komen: 156

Jelebu: "Cinta dia kepada saya luar biasa," kata Norlida Mohamed Salleh, 59, isteri kepada Muhammad Sabree Razaman, 22.

Itu respon ibu enam anak, Norlida mengenai pernikahannya bersama jejaka pilihan yang dua kali ganda lebih muda daripadanya.


Dia yang sudah mempunyai enam cucu berkata, dia tidak menyangka perjumpaan kali pertama hanya sebagai pelanggan di gerai tempat bekerja kini bertukar menjadi peneman hidup.

Norlida berkata, perkahwinan ini adalah kali ketiga buatnya dan menganggap Muhammad Sabree antara suami yang terbaik.


Foto: Harian Metro

"Tak semestinya gagal dalam rumah tangga yang lepas buat kita putus asa kerana kebahagiaan perlu dicari.


"Jika bercakap soal suami dan peneman hidup ini... saya ada pun okay, tiada pun tidak menjadi masalah kerana sudah lanjut usia.

"Tetapi disebabkan dia (suaminya) yang bersungguh-sungguh ingin melangsungkan perkahwinan, jadi saya terima," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini

Menurutnya, peribadi Muhammad Sabree yang sentiasa mengutamakan keluarga menjadi faktor utama dia memilihnya.

"Ini perkahwinan paling bahagia kerana semua ahli keluarga terima dengan hati terbuka dan memang dari awal rapat dengannya.

"Sejak kenal dulu pun dia tidak pernah meminta malah sekarang suruh jaga kad ATM miliknya untuk kegunaan barangan keperluan kami," katanya yang kini suri rumah sepenuh masa.

Sementara itu, Muhammad Sabree berkata, dia bersyukur perkenalan selama dua tahun bersama isterinya itu akhirnya membawa ke jinjang pelamin selepas pelbagai rintangan dilalui pada 17 September lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu, Negeri Sembilan.

"Alhamdulillah, saya amat berterima kasih kepada semua yang mendoakan kami dan kepada keluarga isteri yang sentiasa menyokong dari awal hingga ke penghujung.

"Saya harap kami sentiasa bahagia dan diberikan kesihatan yang panjang," katanya yang bekerja sebagai petugas pembersihan SWM Environment Sdn Bhd.

Dalam pada itu, anak ketiga Norlida yang hanya mahu dikenali sebagai Ecah, 34, turut gembira atas perkahwinan ibunya yang mesra dipanggil 'mama'.

"Saya gembira mama ada peneman, saya lihat mereka sangat bahagia, solat dan makan semua bersama.

"Kami semua terima tanpa rasa kekok sebab bapa muda ini jenis 'sporting' dengan anak-anak dan cucu," katanya.

Terdahulu, gambar pasangan yang memiliki jarak usia 37 tahun ini tular di media sosial selepas dikongsi anaknya di aplikasi TikTok. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 22-9-2021 09:51 PM
Musim ka skrg ni, budak kanyiaq ngan makcik2

Betuah la makciknya pun, dpt batang muda
Quote shernazz 22-9-2021 09:56 PM
Erm...dahsyat juga
Jauh betul gap nya...
Quote KIM.K 22-9-2021 10:05 PM
Pasaipa   
Quote meteorspeed 22-9-2021 10:25 PM
Nak tanya makcik tue keje apa..
Quote Raline 22-9-2021 10:28 PM
Selamat berbulan MADU ya dik... pilihlah LANGKAWI
Quote Raline 22-9-2021 10:28 PM
meteorspeed replied at 22-9-2021 10:25 PM
Nak tanya makcik tue keje apa..

SPRM
Quote JohnyEnglish 22-9-2021 10:43 PM
Dh lama x dgr kabar mek wook.masih hidup ka dia?
Quote awenda507 22-9-2021 10:54 PM
Peh..makcik tu pun blh terbuka hati nak kawen ngn lelaki yg jauh lg muda?? I cannot brain this
Quote bakingsoda 22-9-2021 11:14 PM
ini bukan mcm mak ngan anak dah, nenek ngan cucu
Quote mamajawie 22-9-2021 11:30 PM
Makcik ni keje gomen ke cam cikgu grooming anak murid sampai bercerai ngan ex somi deni gilakan batang muda tu?

Kalau ye memang hamlau la sah2 jantan tu nk kikis duit ko je nek..hat laki pon bangang kawen nenek expired bleh ke nk dpt anak??gila
Quote Paiya 22-9-2021 11:50 PM
makcik ni  kalis  cercaan

dan sangat positif

mungkin juga sedikit gila

atau serakah kerana nak pucuk muda

good luck lah ya makcik


Quote Mini.Me 23-9-2021 12:11 AM
Erkkk...tak menopos lagi kah
Quote nakkomenjugak 23-9-2021 02:36 AM
Congratssss!

So nampak gaya tunggu iol tua menopos baru dapat laki ke camne ni?
Quote MissYouSayang 23-9-2021 04:18 AM
Bak kata acik forum ,dapat paypeck lebam jah
Quote CARI-MRO 23-9-2021 08:01 AM
Jelebu: "Cinta dia kepada saya luar biasa," kata Norlida Mohamed Salleh, 59, isteri kepada Muhammad Sabree Razaman, 22.


Itu respon ibu enam anak, Norlida mengenai pernikahannya bersama jejaka pilihan yang dua kali ganda lebih muda daripadanya.


Dia yang sudah mempunyai enam cucu berkata, dia tidak menyangka perjumpaan kali pertama hanya sebagai pelanggan di gerai tempat bekerja kini bertukar menjadi peneman hidup.


Norlida berkata, perkahwinan ini adalah kali ketiga buatnya dan menganggap Muhammad Sabree antara suami yang terbaik.




Foto: Harian Metro




"Tak semestinya gagal dalam rumah tangga yang lepas buat kita putus asa kerana kebahagiaan perlu dicari.


"Jika bercakap soal suami dan peneman hidup ini... saya ada pun okay, tiada pun tidak menjadi masalah kerana sudah lanjut usia.


"Tetapi disebabkan dia (suaminya) yang bersungguh-sungguh ingin melangsungkan perkahwinan, jadi saya terima," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini


Menurutnya, peribadi Muhammad Sabree yang sentiasa mengutamakan keluarga menjadi faktor utama dia memilihnya.


"Ini perkahwinan paling bahagia kerana semua ahli keluarga terima dengan hati terbuka dan memang dari awal rapat dengannya.


"Sejak kenal dulu pun dia tidak pernah meminta malah sekarang suruh jaga kad ATM miliknya untuk kegunaan barangan keperluan kami," katanya yang kini suri rumah sepenuh masa.


Sementara itu, Muhammad Sabree berkata, dia bersyukur perkenalan selama dua tahun bersama isterinya itu akhirnya membawa ke jinjang pelamin selepas pelbagai rintangan dilalui pada 17 September lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu, Negeri Sembilan.


"Alhamdulillah, saya amat berterima kasih kepada semua yang mendoakan kami dan kepada keluarga isteri yang sentiasa menyokong dari awal hingga ke penghujung.


"Saya harap kami sentiasa bahagia dan diberikan kesihatan yang panjang," katanya yang bekerja sebagai petugas pembersihan SWM Environment Sdn Bhd.


Dalam pada itu, anak ketiga Norlida yang hanya mahu dikenali sebagai Ecah, 34, turut gembira atas perkahwinan ibunya yang mesra dipanggil 'mama'.


"Saya gembira mama ada peneman, saya lihat mereka sangat bahagia, solat dan makan semua bersama.


"Kami semua terima tanpa rasa kekok sebab bapa muda ini jenis 'sporting' dengan anak-anak dan cucu," katanya.


Terdahulu, gambar pasangan yang memiliki jarak usia 37 tahun ini tular di media sosial selepas dikongsi anaknya di aplikasi TikTok. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote noor2 23-9-2021 08:06 AM
Muka lelaki x mcm 22...
Quote noor2 23-9-2021 08:12 AM
Eh..59 dah monopos...

Erm x pela...aku pun ada anak lelaki...x berani aku nk kritik...nanti anak aku suka orang umur 60 mampos aku...
Quote fefeeling 23-9-2021 08:26 AM
Baru kawin tak sampai 2 minggu kau dah cakap dia suami terbaik? betul2 angau acik ni… acik ada pencen ke teww?
Quote Friska 23-9-2021 08:30 AM
Cinta Itu Misteri

Tidak ada yang tahu datang dan hilangnya rasa itu. Bisa saja cinta itu muncul dengan tiba–tiba. Cinta pada pandangan pertama, cinta karena terbiasa atau bahkan benci jadi cinta. Semua itu memang misteri

Lihat semua komen(156)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.203672 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top