CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dihukum 6 Bulan Cuci, Gosok Baju Wanita Kerana Cuba Merogol

23-9-2021 09:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2051| Komen: 6

Seorang lelaki India yang dituduh melakukan cubaan memperkosa dijamin dengan syarat dia mencuci dan menyeterika pakaian semua wanita di kampungnya selama enam bulan.

Lalan Kumar, 20, perlu membeli sabun pencuci pakaian dan bahan lain diperlukan untuk tugasan itu bagi tempoh enam bulan secara percuma kepada kira-kira 2,000 wanita di kampung Majhor di Bihar.



Gambar hiasan

Pegawai polis daerah Madhubani, Santosh Kumar Singh berkata, Kumar yang bekerja sebagai tukang cuci pakaian ditahan pada April lalu atas beberapa pertuduhan termasuk cubaan rogol.

"Semua wanita di kampung berkenaan gembira dengan keputusan mahkamah.

"Ini adalah perkara bersejarah. Hukuman seumpama ini akan meningkatkan rasa hormat terhadap wanita dan membantu melindungi maruah mereka," kata Nasima Khatoon, ketua kampung berkenaan yang menjadi salah seorang yang akan memantau 'tugas' Kumar.


Wanita di kampung itu berkata, arahan seumpama itu daripada mahkamah memberi impak positif kepada perbincangan terhadap isu berkaitan jenayah terhadap wanita.

"Ini adalah langkah yang mengagumkan dan hukuman seperti ini memberi mesej kepada masyarakat," kata Anjum Perween.

Undang-undang berkaitan jenayah perkosa di India ditambah baik selepas insiden rogol beramai-ramai pada 2012 di New Delhi namun, jumlah kesalahan masih tinggi dengan lebih 28,000 kes rogol dilaporkan pada 2020.

Polis dituduh tidak melakukan apa-apa tindakan untuk mengekang jenayah berkenaan dan gagal membawa kes serangan seksual ke mahkamah.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 23-9-2021 09:47 PM
Begitu lah. Bukan sekadar jaminan buta2 saja
Quote edayildiz 23-9-2021 09:51 PM
Ini adalah perkara bersejarah. Hukuman seumpama ini akan meningkatkan rasa hormat terhadap wanita dan membantu melindungi maruah mereka

yakinnya kamo
Quote Xim 23-9-2021 10:30 PM
Kang ada yg sniff2 baju ompompuan kang...adeh hukumannya pun....
Quote doubleharmonic 23-9-2021 11:21 PM
motip? ko campak segala baju seluar dalam semua ke bagi lahanat tu basuh? lagi syok lah dia boleh buat modal dengan bra panties segala? tau2 dah melekat dia punya air moneyhh kat ko punya kain?
Quote nakkomenjugak 24-9-2021 03:39 AM
Nahhhh this aint it.
Quote pxlbb 24-9-2021 06:35 AM
Acik2 kat atas ni tak reti baca ke apa. Dah mmg jantan tu keje cuci pakaian. Hah hambek kau cuci la pakaian 2000 wanita. Perempuan2 yg berakal kosser nak bg spender bra kat laundry. Ke acik2 biasa je hantar spender koyak pegi laundry

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.041356 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top