Penerbit Fadzil Teh mempertahankan keputusan stesen TV berasaskan penstriman yang menetapkan syarat pelakon yang ingin muncul dalam saluran itu perlu mempunyai jumlah pengikut atau 'followers' lebih sejuta di Instagram.
Fadzil berkata, syarikat penerbitannya menyambut baik perkara itu, sekali gus menggalakkan peminat artis berkenaan memuat turun dan menonton kandungan disediakan dalam saluran terbabit. "Biarpun syarat ditetapkan agak ketat dari segi skrip dan jumlah 'followers' artis, bagi saya ia bukan masalah utama. Sebaliknya, ia adalah cabaran untuk setiap syarikat produksi dalam menghasilkan karya yang lebih berkualiti. Dalam masa sama, drama yang dihasilkan itu juga menampilkan pelakon yang popular," katanya kepada Harian Metro. Bagaimanapun, perkongsian Fadzil mengenai perkara itu dalam hantaran di Facebook mendapat pelbagai maklum balas termasuk beberapa penggiat seni.
Ada beranggapan tindakan saluran TV itu tidak wajar selain menyifatkan ramai pelakon yang mempunyai jumlah 'followers' lebih sejuta tidak berbakat, 'kayu' dan sekadar menjual populariti. "Bagi saya tidak perlu timbulkan isu populariti dan bakat. Sebenarnya, ramai juga dalam kalangan pelakon yang berjuta 'followers' ini berbakat. Popular dan ramai pengikut itu adalah bonus buat mereka sehingga memberi kelebihan dari segi tawaran kerja. "Jadi, bagi artis yang dikatakan berbakat dan kurang 'followers' itu sepatutnya mereka perlu tingkatkan inisiatif dengan aktif di media sosial. Sebab 'trend' hari ini pun berbeza. Mahu atau tidak mereka perlu akur dengan permintaan sebegitu. Tidak wajar jika mahu menyalahkan satu pihak saja," katanya. Sumber: Harian Metro
|
eely_shana replied at 5-11-2021 07:06 AM
dia ni lah kan yg asyik cakap kena ada rupa, pollowers kena ramai
dua_chzy replied at 4-12-2024 02:08 PM
Dia dengan Aida Aris.
Dua2 direktor yang tak penah menang apa2 award berkaitan kualiti drama/file ...
miamiot replied at 4-12-2024 02:20 PM
A Aida la bkn Aida Aris ... Dua2 AA
ADVERTISEMENT