CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Pernah Terbayang Diberi Rezeki Solek Wajah PM

24-9-2021 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4912| Komen: 34

"Selepas ujian mesti ada hikmah. Siapa sangka antara wajah pertama yang saya solek dan siapkan selepas industri seni dan kreatif dibuka semula adalah wajah Perdana Menteri."

Demikian kata jurusolek selebriti terkenal, Deqsha yang teruja apabila diberikan peluang untuk merias wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Kredit foto: IG Deqsha

"Tak pernah saya terfikir dan terbayang diberi rezeki dan peluang sebesar ini. Antara satu pengalaman yang saya kira sangat berharga sepanjang bergelar jurusolek.

"Sejujurnya empat bulan lepas adalah waktu yang sukar untuk saya dan rakan-rakan industri kreatif yang lain. Tawaran kerja memang tak ada langsung sebab situasi Covid-19 yang menduga.

"Tapi saya tidak mahu mengeluh dan cuba cara lain untuk cari rezeki bagi menyara anak dan keluarga," kata pemilik nama Muhamad Shahrul Azlan Abdul Rauf berusia 42 tahun itu.




Menurut Deqsha, sepanjang empat bulan tiada tawaran pekerjaan, dia mula mencari alternatif lain untuk menyara keluarga.

"Saya datang dengan idea menjual kerepek pisang dan popia sebagai alternatif lain untuk mencari rezeki.

"Awal memang susah, saya langsung tak ada latar belakang perniagaan tapi saya tawakal dan gagahkan diri untuk mencuba juga cari rezeki halal demi sesuap nasi.



"Syukur Allah permudahkan dan ia mendapat sambutan yang sangat positif. Sekarang, Alhamdulillah segalanya makin pulih dan industri seni dan kreatif juga dibenarkan bermula semula dengan SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budakshinchan 24-9-2021 09:45 AM
ouh itu hasilnya.. teknik solekan sembap tu bejaya.. aura kelam tu nampak
Quote sukacactus 24-9-2021 09:59 AM
budakshinchan replied at 24-9-2021 09:45 AM
ouh itu hasilnya.. teknik solekan sembap tu bejaya.. aura kelam tu nampak

Kah3 kalau dah xde nur tu, tepek cemana pun nampak kelam jg
Quote Suchi 24-9-2021 10:07 AM
Deqsha ni dengar nama igtkan jenis lembut tp katanya dah kawen n ada anak.
Tp okla mekapnya tak nampak gomak dan nampak natural.
Mekap ala barbie ke apa ni kureng minat.

Quote ninja9 24-9-2021 10:13 AM
budakshinchan replied at 24-9-2021 09:45 AM
ouh itu hasilnya.. teknik solekan sembap tu bejaya.. aura kelam tu nampak

haahhhah......                                    

Quote LadyCarefree 24-9-2021 11:31 AM
PM xde aura. Sama mcm abahcow.
Quote isbritneybich 24-9-2021 11:42 AM
umm rasanya jangan quit 100% biz kerepek tu kot
Quote TomyamPuteh 24-9-2021 12:27 PM
Mesti kawan Daffi ni.
Quote hareeeesah 24-9-2021 12:33 PM
Laaa, dia ni ada anak ke? Ke stok hael jugak?
Quote nakkomenjugak 25-9-2021 03:59 AM
Hehehehe
Bagi kaka nurul shukor jela
Dari muka desa berubah ke internasional
Quote fadzyjemi 25-9-2021 04:17 AM
Dia bela ank angkat deqsha ni. Da besar bdknya. Elok dia jaga
Quote stingerhercules 25-9-2021 05:07 AM
LadyCarefree replied at 24-9-2021 11:31 AM
PM xde aura. Sama mcm abahcow.

Bukan kriteria utk jadi piyem.....

Kau yg persona pecah pintu pun boleh jadi piyem....as long as you apply the right scheme of things...

kahkahkahkahkah

Quote Orix 25-9-2021 09:26 AM
LadyCarefree: PM xde aura. Sama mcm abahcow.


Dh lembab di dalam lembab sembab jua lah di luaran.
Quote zidane_ziege 25-9-2021 09:56 AM
mekap utk apa? bukan rajin keluar tv mcm mahiadin pun
Quote LadyCarefree 25-9-2021 11:00 AM
zidane_ziege replied at 25-9-2021 08:56 AM
mekap utk apa? bukan rajin keluar tv mcm mahiadin pun

Teringin laaaaa jugak.
Quote tripleid 25-9-2021 12:54 PM
muka lgsg  xde aura pemimpin..muka Pak Jakowi yg jawa habis tu pun jauh lebih berwibawa drpd muka sembab bapak dafi nih
Quote MelahJanda 25-9-2021 12:57 PM
dah siap mekap ke ropa itu?
Quote Firenzza 25-9-2021 01:12 PM
LadyCarefree replied at 24-9-2021 11:31 AM
PM xde aura. Sama mcm abahcow.

Klau amik gmbr berdua dgn KJ, pasti org luar ckp KJ tu piem...semail ni xde karisma seorg pemimpin
Quote domestobot 25-9-2021 01:20 PM
tajuk berita pun sangatlah macam majalah URTV tahun 90an dulu
Quote LadyCarefree 25-9-2021 03:28 PM
tripleid replied at 25-9-2021 11:54 AM
muka lgsg  xde aura pemimpin..muka Pak Jakowi yg jawa habis tu pun jauh lebih berwibawa drpd muka se ...

Aduuuuhhh tapi kok benaran gitu ya buk

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.045057 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top