CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Galakkan Orang Ke Masjid, Bukan Melancong,"- Rita Rudaini Puji Pahang Benarkan Orang Belum Vaksin Masuk Masjid

24-9-2021 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7311| Komen: 41

Pelakon Rita Rudaini memuji tindakan Pahang yang membenarkan kehadiran jemaah belum divaksin untuk menunaikan solat fardu dan Jumaat di semua masjid mahupun surau di negeri itu.


Menerusi hantaran terbaharu dalam InstaStorynya, Rita bersyukur atas tindakan kerajaan negeri itu yang membenarkan umat Islam untuk menunaikan amal ibadat tanpa wujud diskriminasi.

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Moga Pahang sentiasa dirahmati Allah. Tiada diskriminasi untuk yang belum vaksin, pondan atau pengkid ke masjid (dengan berpakaian ikut jantina),” tulisnya.



Tambah Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 45, negeri-negeri lain sepatutnya mengikut jejak langkah Pahang untuk mengimarahkan masjid berbanding meramaikan tempat pelancongan.


“Sepatutnya lebih menggalakkan orang ke masjid. Ramaikan masjid bukan ramaikan tempat pelancongan,” katanya lagi.

Semalam, kerajaan negeri Pahang membenarkan kehadiran jemaah yang belum menerima suntikan vaksin Covid-19 untuk menunaikan solat fardu dan Jumaat di surau serta masjid mengikut prosedur operasi standard (SOP) baharu yang berkuat kuasa semalam.


Foto: IG

Terdahulu, nama pelakon filem Mami Jarum Junior itu menjadi bualan netizen dalam Twitter selepas didakwa sebagai anti vaksin apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar InstaStorynya memaparkan dia sedang merebus bunga cengkih.

Malah, ibu tunggal kepada dua cahaya mata kelahiran Perlis Indera Kayangan itu turut bertindak menyiar semula beberapa hantaran yang seakan menguatkan dakwaan dirinya tidak percaya dengan vaksin Covid-19.

Rita juga pernah bersuara membidas tohmahan seorang pengacara televisyen yang mendakwa dirinya sebagai seorang anti vaksin dan kerap menyebarkan dakyah berkaitan perkara berkenaan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkidorkido 24-9-2021 05:27 PM
Ke masjid untuk solat, beribadah
Melancong untuk mengaktifkan ekonomi, riadah
Konsep yang berbeza sistur ooiii
Jangan duk campur aduk mereng habis
Quote abadi84 24-9-2021 05:41 PM
Dah agak dah dia akn meroyan psl ni.
RitRude benganglah kan x dpt book hotel ke tu??
RITrude mmg x trcapai akal nak paham ttg travel bubble..ni sbg prsediaan utk kita beralih ke fada endemik..ahhh pelakon mavam ritrude tak kan boleh paham
Quote tomatome 24-9-2021 05:42 PM
Bisingla acik ni.. ank2 makin membesar mesti sedikit sebanyak akan rasa malu
Quote twins 24-9-2021 05:45 PM
korang rasa kalau la melancung & masjid sama2 buka serentak untuk antivax... rasa2 nya akak kita ni pi mana dulu......?
Quote amansihat 24-9-2021 06:54 PM
perlu ke nak  komen atau kondem bukan bidang dia?masjid itu adalh tentang agama.ekonomi tu tentang rakyat ramai jadi peminta sedekah sebab ekonomi tak berjalan.sop masjid adalah untuk jaga  masyarakat.ekonomi perlu dibuka supaya ramai rakyat boleh kerja.jika tak ramai rakyat jadi peminta sedekah tak bayar zakat,tak bayar cukai ,tak makan,tak sekolah.kemiskinan mendekatkan kpd kekufuran.jika miskin tak makan masjid pun orang tak datang sebab susah .nak isi minyak motor tiada.nak beli basikal mahal.nak jln kaki jauh.nak masuk kuliah tak larat sebab lapar.agama kita seiring dengan doa,usaha dan tawakal.bukan berdoa je.usaha cucuk vaksin.dah usaha kena penyakit tawakal..
Quote MyLadyMarmalade 24-9-2021 07:03 PM
Yihhhhhh ada aje dia nk menempel comment acah terpaling..diam la royani..bingit..patut laki cari lain
Quote arffa 24-9-2021 07:18 PM
After acik Rita kalau masjid buke nanti gi ke masjid 5 kali sehari? Aku tau yg pom pang pom pang ni sembahyang jemaah kat surau office pun haram takde.
Quote helicornia 24-9-2021 07:45 PM
Alahai yg meroyan masjid tk bukak tu, bila dh bukak tk muncul pun. Cerita benar
Quote amansihat 24-9-2021 07:56 PM
sabarlah jadi anak dia.esok dapat menantu 2 pompuan pagi-petang di komennya anak menantu tu sampai dicarutnya semua orang.dia ni kena msuk hospital buat rawatan mental.tangan lebih laju dari mulut.dari igsnya kuat meroyan macam tak cukup kasih sayan.cuba fokus benda positif.contoh tulis macam ni"syukur Alhamdulilah masjid dah buka.jom kita ramai-ramai meriahkan masjid.Jaga SOP"
atau."Tak lama lagi pusat pelancongan dibuka.Jom kita support pelancongan dalam negeri.Kita Jaga SOP bila melancong tau..ingat..kita..jaga kita".Rakyat pun menerima denagn positif.semua otomatik jadi positif sebab kita melihat dari sudut positif..
Quote umbut 24-9-2021 07:56 PM
Arwah pakcik aku meninggal sebab gi masjid masa kes mencanak . Satu rumah jangkit. Jenis x percaya cobid. Nak gi masjid pastikan dah vaksin lah. X ckp vaksin kebal. Yg selalu pung pang soh sembahyang rapat2 tapi x vaksin ni sebenarnya tak gi masjid pun. Asal boleh kecam kan
Quote amansihat 24-9-2021 07:58 PM
bila semua dicarut,menganjing dan komen negatif nadanya kita rasa dia seorang yg ada penyakit mental.orang yg normal bukan semua nak dicarut dan nganjing.ini serba-serbi dari kehidupan peribadi dan juga kerjaya,negara.tiada satu pun yg positif.orang kata dari hati turun ke tangan dan jari-jemari,,
Quote trexxxxxi 24-9-2021 08:01 PM
Bising-bising saja lebih

Bodohnya tak cakna
Hang kan orang Perelih?
Patut lebih tau prosedur masjid di sana
Titi Chai tu pun masjid dekat saja

Bodoh tak boleh diajaq
Quote nazurah 24-9-2021 08:02 PM
Aku terbayang acik rita menjadi ellie suriaty menjerit2 jadi pembela ummah takmo vaksin

Kesian dia ni...kena cari suami la baru dia dok diam.
Quote kikiharris 24-9-2021 08:12 PM
Kalau area KL and Sgor dah bebas, dah boleh masuk masjid..mohon acik Rita up pic pi solat jemaah.
Yelah ko pun selalu up pic  solat ,mengaji kat umah kan.
Action biar selari dgn kata2 ya tak.

Apa fungsi masjid dgn sector pelancongan pun ko tak faham. Dua sebab yg berlainan lah kak.. nk selamatkan ekonomi and nk selamatkan ramai org dari jobless. Sampai bila asyik nk korek kwsp tabung haji semua..

Kids, bila mak ayah hantar pergi sekolah..focus dlm kelas. Belajar rajin2. Cukup2 lah ramai artis benak, asal bg statement je.. malu nak baca.
Quote dino 24-9-2021 09:44 PM
bleh je p masjid tp kena register la.. tu je
dasar pompuan 3 suku kaki pitnah
Quote Cik_jantung 24-9-2021 09:52 PM
Edited by Cik_jantung at 12-1-2022 08:06 AM
amansihat replied at 24-9-2021 06:54 PM
perlu ke nak  komen atau kondem bukan bidang dia?masjid itu adalh tentang agama.ekonomi tu tentang r ...


..........
Quote manehnya 24-9-2021 09:54 PM
Smlm tgkive ig edel, kembar n paklong, hensem sgt la haiii.... Sanpai mlm td termimpi lah

Ptt la nenek ni teringat bekas dia
Quote Piramida 24-9-2021 09:54 PM
Acik rita... ginilah..
Ibarat acik pakai tudung... atau acik berlakon babak2 tak senonoh.
Satu utk agama... satu utk duit demi kelansungan hidup acik.
Quote OyaTonggek 24-9-2021 10:10 PM
janda ni mmg dah sangap sgt ni

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.046002 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top