KOTA TINGGI: Empat beradik hanya mampu menumpang kasih bapa saudara mereka apabila menjadi yatim piatu selepas pemergian ibu yang meninggal dunia akibat Covid-19, awal bulan lalu.
Kanak-kanak malang tersebut, Nur Atirah Zafirah Hail Halim, 13; Nor Aimi Zakiah, 11; Nor Asyikin Zulaikha, 10, dan Nor Aisyah Zafirah, 4, kini menetap bersama abang kepada arwah ibu mereka, Mohd. Nazir Nordin, 46, di rumah pusaka keluarga di Felda Air Tawar 2, dekat sini. Mohd. Nazir yang dipanggil Pak Tam oleh anak saudaranya itu berkata, adiknya Zalipah, 40, meninggal dunia pada 7 September lalu selepas ditidurkan ekoran bacaan oksigen menurun ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA). “Saya memang sangat rapat dengan anak-anak arwah, bahkan sejak suaminya meninggal tiga tahun lalu akibat sakit, saya kerap ulang-alik ke rumah adik di Skudai untuk menziarahi dia dan anak-anak.
“Saya pernah ajak adik tinggal bersama selepas suaminya meninggal, namun arwah menolak kerana dia mahu berdikari membesarkan anak-anak sendiri. Arwah adik hanya mengambil upah menjahit,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Rosleli Jahari. Mohd. Nazir berkata, sebelum meninggal dunia, arwah pernah berpesan kepadanya untuk menjaga kanak-kanak itu jika berlaku apa-apa kepadanya. Katanya, dia akan cuba menjadi ‘ibu dan bapa’ terbaik buat keempat-empat anak saudaranya agar amanah yang diberikan digalas sebaik mungkin bagi menjaga mereka sehingga kesemua anak-anak Allahyarham berjaya. Sementara itu, anak sulung kepada Zalipah, Nur Atirah Zafirah berkata, dia turut positif Covid-19 sehingga dimasukkan ke hospital pada hari yang sama dengan arwah ibunya, namun hanya mengetahui tentang pemergian ibunya sehari kemudian melalui telefon. “Masa itu saya terus tanya Pak Tam, mama ada lagi tak. Pak Tam tidak bersedia memberitahu saya terus kerana bimbang mengganggu emosi saya. Kemudian seorang ibu saudara menerangkan semuanya kepada saya. “Saya sangat sedih sehingga tidak berhenti menangis ketika itu. Sebagai kakak saya turut memaklumkan kepada adik-adik yang lain, adik yang bongsu dia hanya menangis sekejap sahaja mungkin masih kecil tidak tahu apa-apa. “Tapi bila tiba waktu malam dia mencari mama. Masa tu saya hanya peluknya dan memujuk memberitahu mama sudah tiada,” katanya. Ujar Nur Atirah Zafirah, ibu mereka tidak sempat berpesan apa-apa sewaktu ke hospital ekoran keadaannya yang sesak nafas dan dipakaikan oksigen ketika itu tetapi sebelum ini sering berpesan agar sentiasa menjaga solat dan belajar rajin-rajin. Sementara itu, orang ramai yang mahu menyumbang meringankan beban keluarga tersebut boleh menyalurkan bantuan ke akaun CIMB 7043195345 atas nama bapa saudara kanak-kanak itu, Darwis Nordin. – CARI Sumber: Utusan Online
|
miszclassique: Harapnya bapa saudara adik2 ni tak macam bapa saudara adik highway duke
spankee_fili replied at 24-9-2021 06:51 PM
Uols, apa yg bapak saudara adik hiway Duke buat?
Edited: bawah ni nak reply kat @monreyes
spankee_fili replied at 24-9-2021 06:51 PM
Uols, apa yg bapak saudara adik hiway Duke buat?
Edited: bawah ni nak reply kat @monreyes
miszclassique replied at 24-9-2021 05:39 PM
Harapnya bapa saudara adik2 ni tak macam bapa saudara adik highway duke
DARSITA replied at 25-9-2021 05:02 AM
Harap janganlah anak anak sedara ini jadi "mangsa" ... harap pak sedara bukan jenis lalang.
talapia replied at 25-9-2021 01:41 AM
beza jugak tu.. kalau ada anak lelaki.. pakcik dia ni x dapat faraid pusaka.. now takde anak lelak ...
spankee_fili replied at 24-9-2021 06:51 PM
Uols, apa yg bapak saudara adik hiway Duke buat?
Edited: bawah ni nak reply kat @monreyes
ADVERTISEMENT