CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Larangan Pondan Masuk Masjid Bakal Dilaksanakan Di Wilayah Persekutuan

24-9-2021 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5923| Komen: 49

KEMAMAN: Kerajaan sedang meneliti untuk melarang golongan transgender daripada memasuki masjid di Wilayah Persekutuan, seperti yang dikuatkuasakan di Perlis.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, tindakan itu adalah wajar demi menjaga kedaulatan agama di samping kesucian masjid sekali gus mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat.


Gambar Hiasan

“Jika golongan transgender masuk ke masjid, contohnya individu lelaki yang memakai tudung, tentunya perbuatan itu sangat tidak sesuai kerana bukan sahaja mengelirukan ramai, malah mengganggu privasi golongan hawa terutama soal aurat.

“Jadi kita sedang meneliti untuk melaksanakan larangan sama di Wilayah Persekutuan manakala di peringkat negeri pula terpulang kepada pihak berkuasa agama masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas Program Inspirasi Qaseh Kami : Food Bank Yapeim 3.0 di pekarangan stesen teksi di sini, hari ini.


Selasa lalu, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, golongan mak nyah atau transgender diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina, kerana boleh mengganggu suasana ibadah.

Dalam pada itu, Ahmad Marzuk berkata, sekiranya golongan transgender memasuki masjid untuk bertaubat, maka kedatangan tersebut adalah dibenarkan.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai pencerobohan golongan transgender di masjid dan pihaknya percaya, Perlis melaksanakan larangan tersebut sebagai langkah pencegahan. -CARI

Sumber: Utusan
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 24-9-2021 03:23 PM
tp kan ponen yg mcm bamjat..pudin tu pun takdenya nk p masjid kan..yelah kalau g masjid dorg ni nak solat pakai telekung ke camno? solat kt umah jer la bamjat..
kak vee take note
Quote sharlenetexas 24-9-2021 03:24 PM
Macam toilet gak. Terganggu privacy kami.

Quote sharlenetexas 24-9-2021 03:25 PM
edayildiz replied at 24-9-2021 03:23 PM
tp kan ponen yg mcm bamjat..pudin tu pun takdenya nk p masjid kan..yelah kalau g masjid dorg ni nak  ...

Kak vee handsome berbaju Melayu

Quote edayildiz 24-9-2021 03:31 PM
sharlenetexas replied at 24-9-2021 03:25 PM
Kak vee handsome berbaju Melayu


mcm oppa gituh kak vee time jd zantan..geng kelempuk  yg i rasa herlok is nazzy..habang umi...jd jantan herlok..jadi pempuan pun herlokk..dgr dia ckp pun ..sora dia melting..hrp2 ada perempuan yg dpt membawa heshe kepangkal lengan
Quote caprut 24-9-2021 03:55 PM
edayildiz replied at 24-9-2021 03:23 PM
tp kan ponen yg mcm bamjat..pudin tu pun takdenya nk p masjid kan..yelah kalau g masjid dorg ni nak  ...

Kalau pondan cmtu tkdenye prgi masjid. Awal2 pon diri sendiri mmg da rasa jauh dgn islam.
Quote PEPPERMAN 24-9-2021 03:59 PM
si Clara dulu penah buat video dia gi semayang jumat di masjid wilayah..tapi takda plak dia tunjuk cmana penampilan dia.. Mungkin rambut panjangnya disanggul masuk bawah ketayap?
Quote Piramida 24-9-2021 04:19 PM
Bagus ... kena bertegas. Kata negara islam.
Quote bakingsoda 24-9-2021 04:20 PM
setuju ngan replies kat atas, mcm lah pondan nak gi masjid. yg pakai jantan sejati pon bersepah culas solat jumaat sblm kobid kalau aku buat je undang2 tidak dibenarkan memondan dlm negara!!! ko masuk thailand lantakaww lah
Quote CARI-MRO 24-9-2021 05:35 PM
KEMAMAN: Kerajaan sedang meneliti untuk melarang golongan transgender daripada memasuki masjid di Wilayah Persekutuan, seperti yang dikuatkuasakan di Perlis.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, tindakan itu adalah wajar demi menjaga kedaulatan agama di samping kesucian masjid sekali gus mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat.




Gambar Hiasan




“Jika golongan transgender masuk ke masjid, contohnya individu lelaki yang memakai tudung, tentunya perbuatan itu sangat tidak sesuai kerana bukan sahaja mengelirukan ramai, malah mengganggu privasi golongan hawa terutama soal aurat.


“Jadi kita sedang meneliti untuk melaksanakan larangan sama di Wilayah Persekutuan manakala di peringkat negeri pula terpulang kepada pihak berkuasa agama masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas Program Inspirasi Qaseh Kami : Food Bank Yapeim 3.0 di pekarangan stesen teksi di sini, hari ini.


Selasa lalu, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, golongan mak nyah atau transgender diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina, kerana boleh mengganggu suasana ibadah.


Dalam pada itu, Ahmad Marzuk berkata, sekiranya golongan transgender memasuki masjid untuk bertaubat, maka kedatangan tersebut adalah dibenarkan.


Bagaimanapun, katanya, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai pencerobohan golongan transgender di masjid dan pihaknya percaya, Perlis melaksanakan larangan tersebut sebagai langkah pencegahan. -CARI


Sumber: Utusan
Quote Kurex 24-9-2021 05:56 PM
Kalau pondan tu berpakaian seperti sepatutnya (berpakaian lelaki), why not......

Lagi satu, settlekan jugak pasang speaker kuat2 bacaan suci alQuran. Kau larang pondan masuk masjid, tapi bab speaker, kau suruh orang lain yg settle sendiri dgn ajk masjid yg rata2 orang tua, muka berkerak, azan pun tak cukup nafas
Quote krustykrab 24-9-2021 06:01 PM
Kurex replied at 24-9-2021 05:56 PM
Kalau pondan tu berpakaian seperti sepatutnya (berpakaian lelaki), why not......

Lagi satu, settl ...

"Selasa lalu, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, golongan mak nyah atau transgender diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina, kerana boleh mengganggu suasana ibadah."

-tu dia dh gitau...kalau masuk as lelaki mmg tak salah..
Quote angelofish 24-9-2021 06:06 PM
kalau yang ada video macam penderma n azmin ali boleh tak masuk
Quote edayildiz 24-9-2021 06:08 PM
bukan dah ada ke thread ni td
Quote Xim 24-9-2021 07:47 PM
Thread dah ada : https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1273296
Quote Decaffeinated 24-9-2021 08:01 PM
kalau dia ada dua alat kelamin how?

Quote ~boolean 24-9-2021 09:55 PM
tak baik uols kutuk pondan..

pondan opis aku ni walaupun datang kerja bermekap, tapi sembahyang jumaat tak tinggal...
muka memang ori jambu, cantik.. takde operate2 tapi cantik mengalahkan mira filzah..
Quote edayildiz 24-9-2021 10:08 PM
Decaffeinated replied at 24-9-2021 08:01 PM
kalau dia ada dua alat kelamin how?

pilih lah salah satu..pastu ikut la pilihan yg di pilih itew ke jalan benar..
Quote edayildiz 24-9-2021 10:10 PM
~boolean replied at 24-9-2021 09:55 PM
tak baik uols kutuk pondan..

pondan opis aku ni walaupun datang kerja bermekap, tapi sembahyang j ...

heshe p kerja berpakaian lelaki khenzz..ada few ponen yg selalu dtg lepak umah i ni sekadar kelempuk jah..tp takde lah sampai tahap bamjat hihi
Quote che-cikL 24-9-2021 10:13 PM
Apa yg trigger tindakan Perlis tu? Ada ke nyah datang pakai telekung masuk masjid sana? Kenapa pulak wartawan perlu tanya utk statement Pak Menteri ni pasal perkara ni utk KL pulak?

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.158876 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top