CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kena Sumbat Dalam But Kereta, Sakit Saraf Aaron Aziz Kembali Menyerang

24-9-2021 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4844| Komen: 13

 Baru sebulan menjalani pembedahan pada sendi leher, pelakon Datuk Aaron Aziz kembali berdepan kesakitan ketika melakonkan babak lasak dalam sebuah penggambaran drama baru- baru ini.


Katanya, demi mencari rezeki buat keluarga tercinta, dia rela menahan kesakitan akibat kecederaan sebaik melakukan aksi masuk ke dalam bonet kereta.


Foto: IG

“Inilah keadaan abang kena lalui demi seni yang abang cintai. Babak kena sumbat dalam but kereta, jadi leher terjejas.

“Abang tahan sakit demi keluarga, abang sanggup buat apa pun untuk keluarga, kasih sayang seorang ayah,” tulisnya dalam Instagram beberapa hari lalu.

Sebelum ini, aktor kelahiran Singapura itu mendedahkan mengalami saraf tersepit pada bahagian lehernya sejak lapan tahun lalu hingga terpaksa keluar masuk hospital.




Kali pertama Aaron, 46, berhadapan penyakit tersebut adalah pada 2012 iaitu sebelum menjalani penggambaran program realiti sukan lasak, Fear Factor Malaysia.

Begitupun, Aaron mengakui perasaan takut menghalangnya menjalani pembedahan mengeluarkan saraf yang tersepit itu seperti disarankan doktor.

Namun, selepas beberapa tahun menahan kesakitan dia memaklumkan perlu melakukan pembedahan segera yang kemudian selamat dijalani pada Ogos lalu.



Sementara itu, perkongsian keadaannya yang terkini dalam laman sosial mengundang komen ramai apabila rata-rata pengikut mendoakan kesejahteraan kesihatan bapa kepada tiga cahaya mata itu.

“Syafakallah, semoga Allah SWT beri kesembuhan dan diangkat kesakitan. Amin,” kata seorang pengikut Instagramnya.

Menerusi perkahwinan dengan Diyana Halik, mereka dikurniakan Danish Anaqi, 16, Ariana, 14, serta Dahlia Arissa, 10. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 24-9-2021 06:23 PM
Seeloknya jangan terlalu lasak utk mereka yg pnh operate slip disc, area leher, hip & joints. Nak angkat benda berat pon tak bole sbb u may get injured. Abam Aaron is no longer in his best form, unlike zmn muda mendonia dulu. Jaga2 lah pergerakan & posture. Jgn smpi rosak saraf & lumpuh.
Quote umbut 24-9-2021 07:49 PM
Anak dia yg gi jepun tu dpt scholarship or duit sendiri. Jepun kos mahal.
Quote Normabaru 24-9-2021 09:01 PM
jacky chan tu patah riuk pon ok lg..msia masuk but kete pon dh terus kiok..sorry sg rupenyehhh..hihi
Quote LadyCarefree 24-9-2021 11:15 PM
Biznes kedai makan dia bangkrap dah ke? Bisnez yg dia buat untuk anak? Bisnez tudung bini? Gasak ko la nk risikokan diri sbb duit. Sendiri tanggung.
Quote nuralisa 25-9-2021 12:08 AM
umbut replied at 24-9-2021 07:49 PM
Anak dia yg gi jepun tu dpt scholarship or duit sendiri. Jepun kos mahal.

Anak dia international school kan..
Internship kot ..
Quote Ayda89 25-9-2021 02:03 AM
Tukar la profesion bang aaron ui. Aku lebih rela cari rezeki dgn cara yg tak memudaratkan diri sendiri walaupun masyuk.

Karang kalau ko dah terlantar takleh gerak lagi naya susahkan family nak jaga
Quote nakkomenjugak 25-9-2021 03:13 AM
Tak payah laa berlakon aksi2 lagiiii
Ang bukan donnie yen
Kang patah riuk terkehel terpeleot
Kan susah
Bukan ateee ada bisnes?
Quote Acikgomen 25-9-2021 08:43 AM
Dah sebeso tiais ko sekarang ye harun
Quote kiah_mai_pulak 25-9-2021 08:55 AM
boyakk dh kau skrg mat haron
Quote zuri154 25-9-2021 11:09 AM
Per kata bang aaron ambik je watak abah2... tak perlu lasak2 janji job masyuk... dulu arwah shukeri hashim byk je watak abah2. Byk je muka arwah di televisyen.
Quote imanjannah 25-9-2021 11:39 AM
sakit gini dah x sesuai buat aktiviti lasak dah
Quote TeropongThaico 25-9-2021 08:31 PM
Dah berusia, badan pula berpenyakit begitu lahhhh
Quote MakcikLaksa 26-9-2021 02:36 AM
Acik kadang konpius dia ni sado ke gemuk?

Tak sesuai dah hang nak melasak.. Ambik watak ayah2 jela.. Jd second lead ke.. Bini ko kan org bisnes gak. Xprlu la nk paksa diri sgt.. Rezeki lain ada kan kt bisnes..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.211521 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top