CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alyah Sebak Jumpa Lelaki Mirip Arwah Abangnya

24-9-2021 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3781| Komen: 8

Penyanyi Datin Alyah terharu sehingga menitiskan air mata apabila terjumpa seorang lelaki yang didakwanya mirip seperti arwah abang sulungnya yang meninggal dunia pada April lalu.


Menerusi satu hantaran yang dimuat naik penyanyi itu dalam Instagram miliknya, isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS itu berkongsi fotonya bersama seorang lelaki yang ditemui ketika berada di Melaka atas urusan kerja, kelmarin.


Foto: IG

“Ya Allah Ya Tuhanku. Aku rindu abang aku. Kau maha baik Ya Allah. Kau jumpakan aku dengan seorang yang lebih kurang sama wajahnya dengan arwah abang long,” tulis Alyah.

Kata pelantun lagu Sesal Separuh Nyawa itu lagi, kejadian tersebut berlaku ketika dia menghadiri mesyuarat di Melaka dan menginap di Hotel LaCrista, tempat lelaki yang didakwa mirip arwah abangnya itu bekerja.




“Kejadian semalam (kelmarin) semasa menghadiri mesyuarat di Melaka. Salah seorang pekerja di Hotel LaCrista, Melaka mirip sangat dengan wajah abang saya.

“Encik Saiful Bahri, terima kasih ya. Terubat rindu saya pada arwah abang saya. Masa bergambar, air mata tidak tertahan dan berjurai-jurai,” kongsinya.



Terdahulu, Alyah, 41, telah kehilangan abang sulungnya, Mohammad Fadzil Abu Hassan yang meninggal dunia pada hari Nuzul al-Quran, 17 Ramadan lalu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 24-9-2021 08:34 PM
I feel you Alyah.. Sebab aku pun pernah jumpa somebody yang seiras sangat dengan arwah abah aku. Rambutnya, kulitnya, badan, bentuk muka seiras sangat, senyum je yang tak berapa sama. Aku hanya mampu tengok dari jauh. Uncle tu perasan aku perhatikan dia, dia nod n senyum kat aku. Rasa mcm nak meraung peluk uncle tu kat situ juga huwaaaaaa!!!!!!!
Quote LadyCarefree 24-9-2021 11:12 PM
Lahai iols pulak menitik air mata
Quote unguaurora 25-9-2021 01:03 AM
Nmpk sebak muka tu..
Quote nakkomenjugak 25-9-2021 03:10 AM
Bertabahlah acik alyah....
Quote zie_indah 25-9-2021 11:53 PM
Al-Fatihah salam takziah
Quote sleepandream 26-9-2021 01:00 PM
sedihkan jumpa somebody iras2 org yg dah meninggal yg kita syg
Quote ctkaty 27-9-2021 04:03 AM
Sedih sangat. Memang sedih
Quote awanysss 27-9-2021 11:04 AM
baca pun sedihh..
mesti rasa nak peluk sbb rindu..
tp tu bukan org yg sebenarnya..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.035200 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top