CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Paip Bocor, Pejabat Janna Nick Dinaiki Air- Habis Produk Basah

25-9-2021 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5028| Komen: 15

Gara-gara paip bocor, pejabat milik pelakon Janna Nick dinaiki air sehingga menyebabkan beberapa kerosakan pada pagi Jumaat.

Menurut Janna, 26, semasa insiden itu berlaku tiada sesiapa di premis berkenaan dan hanya diketahui oleh kakitangan yang memulakan tugas.



Kredit foto: IG


"Pejabat urusan White Fluffy banjir pagi ini kerana ada paip bocor... siling tandas runtuh, lantai habis penuh air, malah produk pun ada yang basah.

"Sedih sangat sebab saya tak dapat nak tengok keadaan pejabat kerana sekarang ini berada di Cameron Highland menjalani penggambaran drama.

"Balik nanti baru boleh saya tengok jumlah kerugian dan sebagainya... buat masa ni semua staf uruskan! Mereka cuba selamatkan barang-barang yang masih boleh guna," katanya kepada mStar.


Menerusi Instastory, pelakon drama Melastik Ke Hatimu berkongsi video kerosakan yang berlaku di pejabatnya yang terletak di Damansara, Selangor itu.

Dalam pada itu, Janna meluahkan rasa syukur kerana pemilik premis berkenaan sanggup menanggung kos pembaikan dan ganti rugi akibat insiden berkenaan.


Kredit foto: Via mstar


"Ada sedikit kerugian tapi mujurlah pemilik premis baik hati sanggup bayar ganti rugi dan baiki semula kerosakkan.

"Benda dah nak jadi... apa-apa pun syukur Alhamdulillah tak ada sesiapa yang mengalami kecederaan akibat insiden paip bocor ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Janna kini sedang mengarahkan drama terbaharu berjudul Mendua.

Ia dibintangi oleh pelakon hebat Nazim Othman, Emma Maembong dan Dini Schatzmann. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tipahketipung 25-9-2021 10:11 AM
Bontot basah pon cantekkkk
Quote imanjannah 25-9-2021 12:06 PM
kesiannn..
Quote kiah_mai_pulak 25-9-2021 12:22 PM
makin sewel lah pompuan gila nnti
Quote KamikuP 25-9-2021 12:34 PM
Ingatkan paip Jana bocor
Quote cmf_premierleag 25-9-2021 12:46 PM
produk dia ni aku tgk takde lgsg alamat pengilang and ingredients yg digunakan kat kotak packaging
berani ye acik2 kepam pakai demi nak nampak white dan fluffy bagai walau hakikatnya nan hado jah.
Quote dudaberhias 25-9-2021 12:55 PM
Takde rupa pejabat pun.
Btw produk dia packaging gambar kambing biri2.
Tergamak yach acik2 kepam iq 2 digit nak ibaratkan diri cantik seperti kambing. So kiranya beauty standard sekarang ni kena menyerupai kambing biri biri lah ye : Tak mandi, bowdow, kuat berbunyi, makan berak makan berak dan paling penting putih. Asalkan putih kekdahnya. Rupa kambing pun takpe.
Quote dudaberhias 25-9-2021 12:59 PM
cmf_premierleag replied at 25-9-2021 12:46 PM
produk dia ni aku tgk takde lgsg alamat pengilang and ingredients yg digunakan kat kotak packaging
...

Ya kaka, sekarang ni asalkan putih je kaka walaupun wajah macam kambing seperti packaging produk yenna ni. Nak buat plastic surgery di hatyai gigih la haram dosa walaupun memang ahlil neraka dan bertimbun dosa bertambah setiap hari. Tapi mengcekik segala produk yang tak di ketahui kesannya laju je, agama tolak tepi dulu asalkan putih Agittew. Boleh ala2 camouflage dengan warna telekung.
Quote nordin84 25-9-2021 01:05 PM
dia ni xtinggal boipren laki dia kalau berlakon.. tau x laki hang tu kayu
Quote CikYaYaYa 25-9-2021 02:35 PM
Lol umur dia baru 26 kee..?? iolss ingat dahh 30+
Quote slyfynx 25-9-2021 06:06 PM
Ade produk ape pompuan ni?
Skrg ni sng kan nk bisnes
Jd retis, pastu resell.
X yah dah belajar teruk2
Quote TeropongThaico 25-9-2021 06:21 PM
baru tau dia ada keluarkan produk gak. Ingat mengarah jer
Quote cmf_premierleag 25-9-2021 08:24 PM
dudaberhias replied at 25-9-2021 12:59 PM
Ya kaka, sekarang ni asalkan putih je kaka walaupun wajah macam kambing seperti packaging produk y ...

kann...pi letak muka kambing biri2
mmg ramai acik2 kopam teringin nk jd persis kambeng gamaknya
asalkan produk retis, sauk je la pakai
x cek lgsg packaging bagai
konpiden sgt...esok2 jadi apa2, baru gelabah..dah la x tau ingredients apa produk dia pakai
Quote 3480 25-9-2021 10:12 PM
Aku tgk org skrg tambah2 yg br abis sek, budak u, abis u.. kulit putih glowing pink2.. laki pon sama. apa depa tempek kt muka? Kulit putih pink tu x brpa bkenan.. yg licin tu.. woww.. syoq plk tgk.. zmn aku kt u dlu.. semua kepam.. jenoh nk cari yg segak
Quote nakkomenjugak 26-9-2021 01:29 AM
Sekarang dah beralih ke biri2, white unicorn ke as standard keputihan?
Quote MakcikLaksa 26-9-2021 02:33 AM
Sama la dgn paip ko janna.. Asyik bocor je.. Basah je.. Dok posing seksi sne sni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.175047 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top