CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tiada Penjarakan Saf, Tiada Diskriminasi" Lana Nordin Kongsi Video Suaminya Solat Jumaat Di AS

25-9-2021 03:04 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 33763| Komen: 368



Pelakon Lana Nordin, 41, yang kini berada di Amerika Syarikat (AS) dilihat sering berkongsi momen di Instagramnya untuk tatapan peminat.

Terbaru, Lana berkongsi satu video memaparkan suaminya David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckienzie yang selesai menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid berdekatan dengan kediaman mereka.

Menariknya, menurut Lana disana dibenarkan solat rapat saf serta tiada diskriminasi untuk memasuki masjid.

"Hari ni saya dah suami dapat menunaikan solat Jumaat berjemaah dekat Masjid Hamzah di Clearwater...Alhamdullilah, dengan izinNya, masjid ini hanya beberapa minit saje dari tempat tinggal kami...surprisingly ramai umat Islam menunaikan solat Jumaat dan semasa kami solat Jumaat, saf di sini tidak ada penjarakkan sama seperti saf sebelum wujudnya Covid dan tiada diskriminasi yg dikenakan untuk memasuki masjid ini...masyallah" tulisnya.




Perkongsian video Lana itu seakan memulangkan paku buah keras kepada netizen yang mengkritiknya sebelum ini dengan menunjukkan suasana di AS yang telah bebas tanpa perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) seperti di Malaysia.

Pelakon itu turut mendoakan semoga Allah SWT memudahkan segala urusan serta memberi perlindungan kepada keluarga, sahabat-sahabatnya di Malaysia serta seluruh umat.

Alhamdulillah, seronok tengok umat Islam disana dapat solat tak ada penjarakan saf. Sama-sama kita doakan Malaysia juga akan pulih dari pandemik dan dapat solat rapat saf seperti dulu. - CARI


2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 25-9-2021 03:16 PM
dekat Aussie pun dah lama solat rapat tapi still kena pakai mask dan stoking. ada budak2 student kongsi video dulu
Quote rosannazmia 25-9-2021 03:20 PM
Alhamdulillah ,semuga dipermudahkan…semuga kita2 dilindungi dr virus covid19, aminnnnnn….cpt lah xde covid19 dah   
Quote Piramida 25-9-2021 03:26 PM
Ikutlah lana oiii.. dah duduk sana ikut lah cara sana.. masuk kandang kambing ke.. kandang lembu ke... apa sajalah..
Hidup tempat org kena adapt cara situ.
Tak perlu dah merenyek2 beza bezakan negara... happy dah kan kat sana.
Quote fadz84 25-9-2021 03:28 PM
Kecoh la acik ni... Duk diam2 je kat sana blh tak.. gigih nk provoke x abis2..
Quote noor2 25-9-2021 03:28 PM
Suami dia nampak baik....dan mahu mengerjakan solat...mcm Suami Nurul tu pun baik juga tapi x pernah nampak solat
Quote Skuau 25-9-2021 03:28 PM
'Kita mampu merancang...hanya Tuhan menentukan,tak perlu dikisahkan...ho-wo-wo-wo.....
Quote matperiksa 25-9-2021 03:29 PM
den doakan mogo2 dapek hidayah & terus tutup aurat dgn sempurna kek sano...

doakan den yo sbb den pun baru nk blajar agama x pandai sgt
Quote adeqbun 25-9-2021 03:50 PM
Ig die deactivate ke cemane
Quote Suchi 25-9-2021 03:53 PM
Tak faham napa org beria2 nak solat rapat2, tanak pakai mask bagai.
Memang tak percaya covid tu wujud  ke apa?
Sebab belum kena kan jadi rasa ianya cuma demam biasa kan.
Ia bukan demam or selesema biasa!
Hat tak de gejala pun tau2 1/4 peparu rosak.

Iols tak suka doakan yg buruk2 kat org lain tapi iols harap sgt org lain tak perlu kena covid ni.
Biarlah virus ni lekas2 berakhir dan tak kembali lagi walaupun mcm mustahil.
Quote apedehal 25-9-2021 03:55 PM
Ntahla cene tp shuben iols g semayang, iols risau jugak kalau duk rapat2 dgn org..nk2 jenis da tau beringus terbersin manjang pun nk jugak g jumaat
Quote wnwa05 25-9-2021 04:13 PM
baguslah dia share..baru tahu AS  rupanya terbuka juga bab agama ingatkan islamphobia.  

lagi pun sana rakyat dia kalau rasa tak betul terus loud bersuara.. dah kata ambil vaksin untuk kembali normal kepada nak solat jarak lagi kan.bagi la solat rapat kalau kesan lepas vaksin akan kurang jika kena covid. atas diri masing2 la berani tak berani ambil risiko..sampai bila nak berjarak2



Quote LadyCarefree 25-9-2021 04:13 PM
Suchi replied at 25-9-2021 02:53 PM
Tak faham napa org beria2 nak solat rapat2, tanak pakai mask bagai.
Memang tak percaya covid tu wuj ...

Betul tu. Orang tak vaksin dan tak peduli SOP rasanya memang jenis xpercaya virus covid19 ni. Mesti dia ingat kisah2 kat hospital, kisah kematian dan juga long covid tu semua tipu.

Quote LiveYourLife 25-9-2021 04:15 PM
Gigih lana masuk area situ utk record video. Husband dia nmpk mcm ok2 je. Lana siap tanya touching2, saf rapat (not further) haha. Lawak pulak iols.
Quote LadyCarefree 25-9-2021 04:17 PM
Apa tujuan Acik Idung ni gigih pi area lelaki sampai kena tegur dan jawab menipu konon nak ambil kunci kereta dari suami semata nak merekod tanpa izib muka2 orang kat situ pastu tanya soalan provokasi kat suami pasal solat ada penjarakan atau tidak. Untuk apa? Nak suruh msia pon takyah sop kat masjid? Kenapa pulak msia nak kena ikut surau mana entah tu. Kenapa xikut tempat lain kat sana yg kena ikut segala sop?
Quote irvene 25-9-2021 04:17 PM
tak habis lagi ke acik hidung? since suami ko p solat kt masjid. jd ko bila nk bertudung? gittew
Quote Suchi 25-9-2021 04:35 PM
LadyCarefree replied at 25-9-2021 04:13 PM
Betul tu. Orang tak vaksin dan tak peduli SOP rasanya memang jenis xpercaya virus covid19 ni. Mest ...

Itulah pelik,kalau korang kena tak bergejala teruk takpela tapi cemana dgn close contact korang?
Mcm iols jd close contact ngn suami yg mula2 kena covid ni. Dia tak teruk sgt gejala dan cepat sembuh.
Tapi iols plak yg teruk sampai arini dh sebulan lebih masih sakit2 badan. Tekak pun sakit blk sama mcm kena aritu.
Ingat seronok ke? Nak keje balik pun susah  sbb tu jd geram bila ada org tak percaya dan amik mudah.
Quote rastaf 25-9-2021 04:35 PM
bagus lana..teruskan usaha murnimu buka mata orang2 yg masih terlena. kebenaran itu pahit   

dah vaksin nak solat rapat berapa minit je pun tak boleh , bersesak kat pasar, kat mall..kat tempat kerja.kat air terjun ok pulak. oh sana tak ada covid..lupa
Quote farhani87 25-9-2021 04:42 PM
noor2 replied at 25-9-2021 03:28 PM
Suami dia nampak baik....dan mahu mengerjakan solat...mcm Suami Nurul tu pun baik juga tapi x pernah ...

Haah. Nampak husband dia baik jer.
Quote naisyahmh 25-9-2021 04:48 PM
rastaf replied at 25-9-2021 04:35 PM
bagus lana..teruskan usaha murnimu buka mata orang2 yg masih terlena. kebenaran itu pahit   

da ...

Prevention is better than cure.. smyg berjarak pun Allah terima.. apa masalahnya

Lihat semua komen(368)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.123824 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top