|
Penyanyi Lah Ahmad berdepan detik mencemaskan apabila dia bersama empat orang kru produksi terperangkap dalam lif di aras 31 sebuah bangunan yang terletak di Cheras.
Berkongsi pengalaman malang itu, Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad berkata, kejadian itu berlaku berikutan lif yang dinaiki mengalami gangguan teknikal. "Kejadian berlaku lebih kurang jam tiga petang, ketika itu saya ada shooting untuk rancangan terbaharu. "Kami ke tingkat atas bangunan untuk dapatkan footage di bahagian outdoor, selepas selesai kami mahu turun ke tingkat bawah. "Bila masuk ke dalam lif, tiba-tiba lif tersangkut di tingkat 31. Masa itu kami berlima termasuk kru produksi," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.070290 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.