Kontroversi membabitkan Nur Sajat bukan saja mendapat liputan meluas dari negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Portal dari China, South China Morning Post (SCMP) turut mempersoalkan tindakan Malaysia yang seolah-olah mensensasikan mengenai persembunyian Sajat di Thailand. Malah, kumpulan hak asasi manusia juga mendesak agar kerajaan Thailand tidak menurut permohonan Malaysia untuk mengekstradisi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kerana bimbang ia boleh membahayakan keselamatan usahawan sensasi itu.
"Penting bagi kerajaan Thailand untuk menyedari bahaya yang menanti Nur Sajat sekiranya dia dihantar pulang ke Malaysia," kata penyelidik Human Rights Watch Thailand, Sunai Phasuk. Sajat yang kini dikenali dengan nama Bella dan memegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dilaporkan turut memohon untuk berpindah ke Australia dengan bantuan negara tertentu. Kenapa orang luar beria risaukan keselamatan Sajat? - CARI
|
Meiizu replied at 27-9-2021 11:09 PM
Sajat ni kalau mati jenuh kluar thread versi mastika
Meiizu replied at 27-9-2021 11:09 PM
Sajat ni kalau mati jenuh kluar thread versi mastika
Abahmung replied at 28-9-2021 01:13 PM
rasanya dah ramai maknyah mati..dikuburkan mcm biasa je,tak jadi apa2 yg pelik pun masa pengebumia ...
ADVERTISEMENT