CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tok Ti Kecewa Wartawan Tulis Cerita Salah

28-9-2021 09:24 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6370| Komen: 20|Original author: Oleh: Cari-Azza



Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kesal dengan laporan media yang menulis cerita tidak betul tentang produk kecantikannya, Simplysiti.

Dengan tajuk sensasi, 25 tahun Siti, 4 tahun jadi RM50 ribu, Siti mendakwa kesilapan itu telah menjejaskan bukan sahaja pengurusan syarikat, malahan kaki tangan, ejen sekaligus memberikan nama buruk terhadap jenamanya.

Lebih dasyat, tiada langsung disebut RM50 ribu dalam kenyataan akhbar yang diberi kepada wartawan, jadi mana datangnya angka itu?


Foto :IG


Menurut Siti lagi, pihaknya terpanggil untuk membetulkan kenyataan tersebut kerana ianya telah ditularkan pengguna media sosial lain hingga menimbulkan salah tanggap terhadap mereka.

"Pihak kami sudah pun menghubungi wartawan yang menulis berita tersebut dan beliau sendiri telah meminta maaf dan saya diberitahu Kosmo dan Utusan Online telah menukar dan membetulkan semula berita tersebut, terima kasih saya ucapkan"



Bagi Siti, penjelasan pihaknya sudah cukup menyatakan kebenaran. Terdahulu, Akim Ahmad juga pernah bengang dengan penulis portal menulis cerita salah mengenai Stacy.

Jadi, diharapkan peminat Siti sudah boleh bertenang ya sekarang. - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hypothetically 28-9-2021 09:52 AM
Rm 4 juta dgn rm50 ribu  perbezaan jumlah yg sgt jauh.
Fact mmg ke laut. Fakta yg betul mmg penting.
Sbb it has everything to do with image.
Quote nanasno 28-9-2021 09:52 AM
tak faham. apa issue dia? statement atas cakap 4 tahun. gambar screenshot cakap 4juta. apa ni apa ni
Quote fadz84 28-9-2021 09:54 AM
nanasno replied at 28-9-2021 09:52 AM
tak faham. apa issue dia? statement atas cakap 4 tahun. gambar screenshot cakap 4juta. apa ni apa ni

I pun keliru.. mungkin artikel atas tu TT tersilap edit masa copy paste tak.. hehe
Quote cap_ayam 28-9-2021 09:56 AM
wartawan tak fokus ke masa ambil maklumat lain yang di cakap lain yang ditulis
Quote Piramida 28-9-2021 10:05 AM
Tertengok dia up hulur tangan kat husband  utk sambut/ cium.. ai is geli gelaman lihat senyuman meleret tok k.. but ok lah tok tie gumbira bahagia hihi
Quote che-cikL 28-9-2021 10:12 AM
Edited by che-cikL at 28-9-2021 10:14 AM

Mmg rendah ya kualiti wartawan pada hari ni.

Masa zaman dulu ( I mean waktu sebelum dan pasca-merdeka), wartawan ni lah golongan yg bijak pandai menyalurkan maklumat, membangkitkan semangat perjuangan, mendidik rakyat.

Tapi hari ni, tengok gaya penulisan, even yg column isu semasa, jenayah, kemalangan bagai2 tu, memang lemah betul.
Kalau wartawan hiburan apa tah lagi, sebaris reply kepada post dok dlm medsos entah retis mana2 pun dia blh tukar jadi berita.... Berita lah sangat! Punyalah tak de pemikiran
Quote melinda_kerr 28-9-2021 10:13 AM
jauh beza figure tu...mengantuk kot wartawan tu..apapun tokti ni waktu bila gambar tkde filter. habis dgn anak2 amik gambar dgn filter.
Quote likilu 28-9-2021 10:18 AM
Ada orang keturunan Indonesia tu wartawan selalu tulis dia mualaf tapi takde pun buat post macam ni
Quote opie5662 28-9-2021 10:46 AM
Tagline hidup die yg tak hidup di puji, tak mati dikeji tu dah kene kambus kat belakang rumah ngan kek mamasabarina ke... Dlu2 tak pernah heran pon sume statement propaganda media buat... Dh tua2 ni byk pulak komplen ye...
Quote September14 28-9-2021 10:50 AM
Betul ke x btul ttp rasa mnyampah tgk dia.. mulut dia tu naper jd lebar
Quote YomiuriLandMae 28-9-2021 03:08 PM
utusan ni makin lama makin merapu.. nak sgt join the hype buat clickbait tajuk.. dah terdesak sgt ke nak jual article kau tu.. sedar la diri sikit dulu kau hampir2 bungkus xde sen..
Quote TeropongThaico 28-9-2021 04:38 PM
Puas hadam berita nak bg faham

Muka dia sefamily anak beranak sama sgt. Senang nak jejak kalo dah bertebaran semakin ramai nnt
Quote tikusmontok 28-9-2021 05:04 PM
Why?musim reputz menyembah ccaras dah berakhir ka?
Quote Parit.Hilton 28-9-2021 06:37 PM
che-cikL replied at 28-9-2021 10:12 AM
Mmg rendah ya kualiti wartawan pada hari ni.

Masa zaman dulu ( I mean waktu sebelum dan pasca-mer ...

Pada pandangan iols la kan, tak adil nak compare wartawan dulu dengan sekarang.
Dulu mana ada socmed, whatsapp atau cerita viral.
Nak interview kena jumpa depan. Nak cari info kena membaca fizikal source.
Interview by phone pun takde.

Zaman now, semua serba pantas. nak cepat interview by phone, sekarang lagi advance buat google meet, zoom je
Nak kejar views, reach lagi
Tu yang berita bangang2 pun kena buat
Sebab bila tak buat berita dari socmed, netizen akan cakap
wartawan tak amik tahu isu semasa

dan iols yakin masih ramai wartawan berwibawa yang masih bertugas
iols kalau baca paper akan cari kolum penulis
yang  tulisan dari idea diorang, bukan dari laporan berita semasa


Quote sleepandream 28-9-2021 07:16 PM
ada lagi ke orang baca utusan ni noks?
reporter utusan pun ramai kene berhenti ambik vss dolu2...
skrg org baca berita malaysiakini, fmt, astro awani jah...
Quote shy79 28-9-2021 09:50 PM
siti nk cakap yg nilai jualan simplysiti dah menurun sejak pandemik ni..tp dlm kenyataan akhbar tu dia x sebut pun jualan menurun ke 50ribu..
x tau la reporter tu dpt mana angka jualan 50 ribu tu..
tu yg 4 juta menurun ke 50 ribu..
tp yg 4 tahun 50 ribu, tu akak konpius
Quote haruslah 28-9-2021 10:03 PM
I baca artikel awal kata turun dr juta ke 50k
Pastu mcm bertuah la.tok k ade idea utk company...ade phrase mcm kata sape pekeja sanggup bersama mcm tu la lebih kurang

Ramai hencap dia....konon berentikan staff (idea tok k). Rugi sket je, bertahun untung, dpt 50k nak berenti Kan staff camtu la lebih kurang....

Tu yg dia nak betulkan statement tu kot...
Bg i mucim kobid ni susah/rugi tiap org x sama

Tp nyampah jugak tgk challenge hulur tgn tu
Dua org i tgk, ct...pastu yebit
Quote iraizz 28-9-2021 11:35 PM
September14 replied at 28-9-2021 10:50 AM
Betul ke x btul ttp rasa mnyampah tgk dia.. mulut dia tu naper jd lebar

Aku pun perasan jugak mulut dia lain sikit, macamm pelik jer, lebih lagi time dia tenyeh lipstik sambil menyanyi kat ig live, gigih pomot lipstik baru simplisiti tu
Quote tipahketipung 28-9-2021 11:43 PM
iraizz replied at 28-9-2021 03:35 PM
Aku pun perasan jugak mulut dia lain sikit, macamm pelik jer, lebih lagi time dia tenyeh lipstik s ...

IG dia antara yg paling semak cam iklan kat Shopee ..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.087814 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top